waktu sembahyang 1.0

Assalamualaikum ..
.
saya merupakan pelajar lepasan uia (uia mana tu, dirahsiakan, hahaha *tetiba*)..sekarang ni saya menyambung pelajaran di luar Negara..
.
saya merupakan pelajar aliran sains dan tidak dapat lari daripada lab berjam2 lamanya..kadang2, lab saya daripada pukul 10am sehingga 6pm dengan gap 1 jam (1pm- 2pm)sahaja. Memandangkan sekarang ni menghampiri musim sejuk (sejuk giler mak aiihh) waktu zohor bermula pada pukul 11.50am, asar bermula 2.05pm, maghrib bermula pukul 4.25pm dan isya' bermula pada pukul 6.05pm..
.
boleh dikatakan saya tidak boleh meninggalkan lab saya walaupun seminit sehingga sy betul2 habiskan lab sy pukul 6 kerana saya berkerja dengan bahan2 kimia yang memerlukan perincian yang khusus (rendam dalam air panas 5 minit, x leh lebih, pastu biarkan sejuk 15 minit, masukkan lagi dalam air panas..lebih kurg mcm ni lah)
.
semasa waktu rehat (lunch hour, 1pm-2pm)saya hanya boleh sembahyang zohor, kerana waktu asar masuk semasa lab telah bermula. saya pernah balik drp lab pukul 6pm, solat isya, qada' maghrib dan qada' asar sekali gus..persoalan di sini, adakah itu rukhsah (diharuskan berbuat demikian) bagi saya ataupun saya perlu untuk curi2 masa semasa lab untuk amik wudhu dan solat…

terima kasih bagi yang bagi respons.sejujurnya, saya sgt memerlukan respons kalian.

– fr

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *