Wanita Penggoda

Aku mmg seorang perempuan yg agak liar waktu skolah dulu. Tak, aku bkn kaki clubbing, aku tk isap rokok mahupun shisha. Aku liar dari segi hubungan aku dgn lelaki. Cium2 dgn lelaki hatta kawan skali pun itu perkara biasa bg org dlm circle aku. Aku dulu free hair. Sampai satu masa Allah bukakan pintu hati aku utk pakai tudung. Namun perangai ttp masih mcm biasa. Rambut ditutup, tapi hati masih bernafsu besar. Wpun mcm tu, aku belum pernah smpi ke tahap "itu". Bahkan, aku pernah ditinggalkan lelaki yg aku amat syg hanya kerana aku tk mahu memberikan makhotaku.

Allah mmg Maha Baik. Dia bukakan lg hati aku utk menutup aurat sepenuhnya. Aku mulai menjaga batas2 aku dgn lelaki. Ramai juga kawan lelaki yg aku tgglkan. Kemudian aku kenal dgn seorang tahfiz. Sgt baik. Aku fikir Allah pasti hadirkan aku seorang tahfiz kerana Dia tahu aku mahu berubah. Yela mcm kawan aku ckp. Orang baik akan attract orang yg baik.

Awal perkenalan mmg sgt bagus. Namun lama kelamaan kami menjadi semakin tidak terkawal. Aku start bg gmbr2 sexy pada dia. Aku ada phone sex dgn dia. Mcm2 yg kami buat bersama. Tapi aku dgn dia jarang jumpa. Dlm tempoh 2 tahun bercinta hanya 2 kali kami dating. Oh lupa,kami kenal di kolej. Semasa baru kenal, dia kluar kolej. Sbb tu jarang jumpa. Dia plak duduk jauh.

Setelah itu, aku kenal lg dgn seorang lelaki. Berlatar belakangkan skolah agama, aku rasa dia lbh jauh mempraktikkan agama dlm kehidupan seharian daripada si tahfiz itu. Banyak kerja2 sosial utk membantu masyarakat yg kami lakukan bsama. Lama kelamaan, kami berkasih syg. Aku tahu dia lelaki yg sgt2 baik. Bukan sekadar topeng atau pakaian. Tapi mmg dia punya hati yg sgt baik. Namun, dia ttp tewas dalam tgn seorang wanita seperti aku. Dan aku jugak tewas dgn hawa nafsuku. Kami mula bermesra mesra seperti mana aku dahulu dgn pasangan2 ku. Melihatkan keadaan yg begitu, kami sedang usaha sekeras mgkn utk berkahwin.

Aku risau, sekiranya kami terlanjur ke perkara yg lebih teruk. Kami pernah tertangkap ketika sedang enak melayan nafsu(tapi tk smpi ke tahap "itu"), nasib baik kena tgkp dgn polis. Kalau dgn pejabat agama, aku rasa Mak ayah aku blh masuk hospital koma terus. Aku tkut kalau tk boleh kawal nafsu, kami terlanjur dan kena tgkp lagi. Gila kau. Mana nk letak muka. Mana nk dpt duit file kan kes. Mak ayah aku, dorg mcm mana? Aku tknk rosakkan dia. Aku tahu dia sgt baik dan sgt menjaga diri dia. Dgn prmpn lain sblm ni pun dia tk pernah lgsg bersentuh. Sering solat jemaah, dan buat smua perkara utk menyelamatkan ummah. Itulah cita2 dia. Namun dlm pertarungan sebegini. Acap kali syaitan mendahului. Apa yg harus aku lakukan? Hati aku tk tenang Sgt. Aku rasa mcm kalau aku kawin je beban ni smua akan terlepas.

Aku stress. Kadang2 benci dgn diri sendiri. Adakah aku wanita penggoda? Yg merosakkan lelaki2 baik dan mencampak mereka ke dalam neraka? Solat aku pun entah mcm mana. Subuh ke laut. Kadang2 isyak pun ke laut.

Korang ada nasihat tak? Doakan lah aku, maksud aku, kami. Supaya dpt lawan nafsu ini. Dan semoga dimurahkan rezeki. Aku stress hdup dalam dosa. Aku nak kembali kepada yg Maha Esa. Entah kenapa, aku dpt rasakan Dia terlalu jauh dariku. Seakan Dia tidak lgsg ingin memandangku wpun ketika solat. Rasa mcm bila aku solat, Dia palingkan wajahNya kerana terlalu marah.

Apa harus aku lakukan? Doakan jodoh kami berkekalan.

– Cik Bulan

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

One comment

  1. Jaga solat . sebab kalau kita betul betul jaga solat , kita akan betul betul jaga diri kita daripada terjerumus dengan perkara macam ni . InsyaAllah . :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *