Assalamualaikum.. terima kasih admin sudi share kisah aku.
Lately, ada ternampak beberapa post pasal tips perempuan single, nak kahwin la. senang cite pasal jodoh. Terpanggil rasa nak share sikit pengalaman yang ada. Untuk pengetahuan aku dah berumur 26 tahun, ada kerjaya tetap, mempunyai kewangan yang stabil, seorang yang peramah, mempunyai raut wajah yang biasa biasa.
Masa zaman belajar aku sedar aku bukanlah pilihan ramai lelaki. Aku mempunyai karakter yang boleh memimpin. Apa-apa pasal kepimpinan, orang akan calonkan aku. Ketika zaman belajar, jika kawan-kawan lain sudah dicop untuk dijadikan sebagai teman hidup, aku masih single. Pernah juga confess minat seseorang dan gunakan orang tengah. tapi kena reject. Mungkin sebab si dia masa tu dah ada pilihan hatinya sendiri. dia admire seseorang. aku tahu pasal kawan-kawan dia bagitahu.
Bila masuk alam pekerjaan, ibubapa dah mula bagi green light untuk mencari calon. jujur masa tu memang tiada sesiapa. Tak lama kemudian, rakan sekerja kenalkan dengan seseorang. sempat berkawan untuk beberapa bulan. tapi tak jadi sebab ibu bapa tak berkenan. tak restu atas sebab-sebab tertentu. mula-mula down juga sebab pertama kali dalam hidup ada yg betul-betul nak kahwin dengan aku.
Tak lama kemudian, aku dikenalkan dengan orang lain pula. sempat berkawan beberapa bulan. tak declare apa-apa pun. tapi biasalah perempuan bila dah ada orang suka, rasa juga feeling-feeling tu. dan akhirnya tak menjadi. siap kena cop gemuk lagi! sakit hati juga. tapi aku sedar, jika dia tak boleh terima aku seadanya, siap kata macam-macam, dia bukan orangnya.
Selepas itu ada lagi orang cuba kenalkan aku dengan orang lain. keluarga pun nampak suka. sempat juga berkenalan. tapi tak jadi pun akhirnya. tak tahu pasal apa.
ramai sudah bertanya pasal hal ini pada aku. biasalah orang nampak kita macam ok, ada segalanya tapi tak berkawan dengan sesiapa. tambah bila dalam keluarga kau ada yang dah kahwin. dah ada anak, jadi orang mulalah bertanya itu ini.
Aku rasa ramai je perempuan diluar sana yang alami nasib macam aku. macam kau tengok drama tv3 pukul 7 yang ceritanya lebih kurang sama plot, watak je berbeza. Ada orang siap bagi tips itu ini sebagai persediaan untuk menjadi wanita sejati, aku terima dengan hati terbuka. namun kena faham.. bila aku belajar semua tu dan aku lalui semua pengalaman di atas ini, kau akan sedar bahawa hidup ini bukannya nak aim mengenai kahwin saja.
selepas peristiwa-peristiwa tersebut aku suka tambahkan keyakinan diri aku dengan bergaul dengan lebih ramai orang, explore macam-macam perkara, aktif dalam sukan dan suka aktiviti luar. aku juga dah stop nak terima kenalan dari orang yang suka jadi match maker ni. fobia agaknya?
bagi aku, tak salah perempuan nak explore macam-macam dari tunggu di ceruk dapur menanti jodoh. aku bukanlah orang menidakkan kahwin muda. kahwin awal. atau tak kahwin langsung. ini semua mengenai jodoh. Allah tahu persediaan kita, Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita.
Setelah melalui beberapa episod dalam pencarian jodoh ini, banyak juga yang aku faham tentang hidup ini. Aku lebih mengenali sikap seseorang. aku lebih kenal diri aku. malah inilah masanya untuk aku berbakti pada keluarga. Banyak perkara lain yang buat kau sedar hidup ini bukan berkaitan jodoh saja.
Masa frust dulu ada yang cakap awak muda lagi dik. Awak tak berapa cantik, dah makin gemuk. ubah la itu ini. awak chill je dulu, macam-macam nasihat. ramai je aku pernah jumpa muda lagi dari aku dah kahwin. biasa-biasa dari aku lagi pun dah kahwin. akhirnya aku sedar semua ini mengenai jodoh. Jodoh ini bukan sebab kau hitam, dia putih, kau kurus, dia gemuk etc.
Akhir sekali, aku nak menyeru wanita-wanita single diluar sana jom kita tingkatkan produktiviti diri kita, dekatkan diri pada Allah, bersangka baik pada Allah (bila kau dah banyak kali frust kau punya iman percaya kpd qada dan qadar tu punyalah kelaut! astaghfirullah…), berbakti pada keluarga dgn seikhlasnya dan paling penting jadilah wanita yang terbahagia! Bagi orang-orang yg suka bertanya awak bila lagi tu.. apa kata tukarkan kepada 'awak, semoga cepat bertemu jodoh ya!' terasa sangat disayangi daripada diperli.
Apa pun, jangan ambil hati sangat. kalau makcik-makcik di kampung tu tanya anggap saja dia beramah mesra dengan kita. Kalau dia tanya lagi banyak kali, awak tanya saja 'makcik ada anak lelaki tak? sambil kelip-kelip mata. Tamat.
– Miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
saya bg 5 bintang… huhuhu
Camni lah semangat yang kita mahukan… InsyaAllah when right times comes, the right person will come.. one fine day, when you finally married to the joy of your life, you will understand why it didnt work up with orang yang kita kena previously…
*kenal
Daripada penulisan awak, saya dapat rasa awak memang berpewatakan yg baik.. In shaa Allah, apa pun ketentuan-Nya utk kita, itulah yg mungkin terbaik utk kita, cuma kita belum tahu Selamat Hari Raya! ☺️
sama! tersenyum baca:-)
Betul! Saya pun fikir macam tu. Penulis seorang yang ceria dan bersikap positif. =)
Tulah.. Mungkin apa yg penulis rasa, dia simpan and tahu sendiri.. Tapi suka tengok her view on her life.. Sangat positif.. And betul, saya pon senyum je baca hihi ??
setuju sangattt. Esp bila confessor tulis psl tny kat macik ade anak laki tak sambil kelip2 mata. Xde pon confessor nak badmouth balik macik2 haha. I do believe confessor ni a gud person. Keep it up! ?
Nina Hadi hat ni hang kena baca. Inspiration
Ya Allah lagi panjang. Nanti2 la aku baca aemua yg hg mention aku hahahaha
Alaaaaaa nyampah betui
Amik nota ✏
Sape2 yg single meh pm tepi.. Kita ade 3 lg kuota x isi. Make sure isi form dlu ye. Sekian…
Nur Artiqah ayat last dy comel haha
k tim, boleh apply ayat tu, muahahahah
Hahahahahaa siuttt je hahahaha
pernah pegi kenduri kawan, n time salam tu die kate moga korg pun dipermudahkan jugak urusan. rase happy je. haha
Ok… Tanya jgk husband makcik nk no 2 x…? Hehehehe
1000 kali likes..
Tengok Kwn2 semua dah Khwin.. de Yg Dah Ada Ank 2 (baru 24tahun) bukan Tak mencari tapi bila calon tgk aku..semua reject sbb aku gemuk..tapi aku relax jer..sbb dari dulu smpai skrg mak aku terima seadanya aku..tak de pula mak aku nk reject aku.. so sementara mak aku masih bernafas.biar aku jaga dan bahagia kan mak aku..sbb aku xde peluang nak jaga arwah abah aku dlu.. sape2 yg blm kahwin @ selalu kena reject..rilex sudah..jaga mak ayah korang btul2..sbb tu syurga korang..
Makcik ada anak lelaki tak? Wink wink Cik Syu Ariesya Zifrie
Hasliza Md Mazuki raya nti jgn lpa bt mcm ni
Aisya Helanie
? apasal sebijik mcm cerita aku ni ? haha pdhl betullah dia ckp tu.. Mmg aku dh fed up dh kahkah
Ke kau yg tulis ni?
Tu la dh la umur sama
NurulHuda RazaliArzila ArshadCik Maia
NurulHuda Razali, Arzila Arshad
Inspirasi
banyak je cara nak gembira. dan x menolak kahwin tu salah satu darinya. tapi kalau dah xde jodoh lagi. memang la x kawin lagi. tapi x perlu la nak down nak segan segala kan. hehehe.
sampai jodoh tu, ada le.. jangan sedih2, kehidupan kita ni boleh di isi dengan bermacam2 kebaikkan dan kegembiraan. kheeeennn ❤️
Inspirasi..
bile sis ckp “sy dh umo 26” umpama Umo 26 tu dh tua. sy pn cm sis jugak dlu..masa umo 26 masih manja ngn mak ayah, masih menikmati keindahan hidup single bersama kwn2.xde ape yg kurang..jgn difikir sgt psl jodoh..Allah tu Maha Mengetahui.Dia tahu bila kita bersedia utk pikul tanggungjawab.just enjoy your single life to the fullest.
Cik Nadia
Yup! Teruskan apa yg sedang di lakukan. Sy sambubg study lg, dan percaya jodoh itu ada. Cuma belum bertemu.. mungkin kami sedang searching lg.. hebe.. berbakyi kpd keluarga smnetara ada ruang dan waktu..
Syazana Mastura
Nice deep sgt
Perempuan kalau umo 25 ke atas tp tak kawen lagi, dia punya risauuu mcm umur baya2 nenek kebayan dahh. Ahahaha
Hi uolls, member I Adam Noor single and available
Bg sy sis yg cite ni bukannya risau. Dia cuma share pengalaman dia dan camne dia build up blek smgt dia. Lain org lain pengalamn. Apa pn salute sis sbb bg inspirasi kpd yg lain. Tahniah!
Paav
Nur Kha Lida
Smoga cepat bertemu jdoh..Ameen.. Sy tua sikit dr awk and still enjoying my single life wlaupun bila tgk kwn2 ad baby, rsa nak jugak
I like it…thank you so much..I m in the same situation right now.keep myself busy now.. Zumba..part time business..part time real estate agent is in my mind..scuba diving..
Bg pndpt sy, kalau makcik2 tnya..xpela lagi. Sbb yela..makcik kan..seiring dgn perwatakan makcik itu. Tp..kalau kwan tny…Tmbah2 dia seusia n dh kawen…. rasa mcm xpatot sgt. Tp xpela…bg yg single…pk je kwan korg ni kurang sensitiviti thdap org sekeliling. Org mcm2 ragam. Igtlah Allah ni sgt baik kat hambaNya. Setiap org ada psangan. Percaya setulus hati. Hehe. ❤
Siti Nasrah Zakaria don’t worry.. Kite nikmati single life.hehe
Ajal maut, jodoh tu semua Allah yg tentukan.kita hanya mampu berusaha ke arah itu..usaha n tawakal..selebihnye Allah yg tentukan sape jodoh kita.bila ajal kita..jgn risau..Allah maha merancang segalanya..sy da 31..still single..da cuba try berkawan..n ada juga dikenalkan oleh sedara-mara..tpi still blum smpai jodoh utk berkawin.belum smpai seru kun fayakun..mgkin Allah nk kita berbakti dlu kpd kedua ibubapa.ade sebab musabab pd setiap yg berlaku..insyaAllah..percaya pd qada’ n qadar-Nya.sentiasa bersangka baik dgn setiap percaturan dlm hidup kita yg telah ditentukan oleh Allah.
Teringat cerita Bidadari dari Syurga lakonan Nirina Zubir (indonesian).
Nur Sakinah Tajudin
Sy faham ape awak rase sbb sy pun pernah rase. Tak jadik, tak jadik n mcm2 drama melayu ni, frust tertonggeng, mulut puaka org lg, kengkawan dah beranak pinak, dah cerai n kawin lg sekali pun ada. Tiba 1 masa sy ‘let go’ n terima saja hakikat yg sy mungkin jd andartu n redha n semoga Tuhan pelihara sy bile sy dah tua n takde siapa nak jaga sy. Lps sy ok dgn semua2 tu, sy lg happy n hidup makin stabil. Makan seimbang, bersenam, baca buku minimum 1 jam setiap hari, travel jalan2 n kenal lg ramai kawan. Masa umur sy 29, kenal 1 mamat ni kat fb. Setahun kemudian kami selamat bernikah n anak kami dah usia 4 tahun sekarang. Sy gemuk la sekarang tp sy happy. Bila kita serah padaNya, Dia janji akan jaga kita, insyallah. Hargai masa single ni.
Samaa kes. Bile dh let go and move on, hdup lg tratur kwn makin dekat dn akn lbih mghargai diri. Bina kerjaya, bersenam (after move on, dh trun 9kg ?, alhamdulillah) Cume sy blum smpai part jodoh. Doakan sy ye. InsyaAllah. Smoga awk juga bhgia dunia akhirat ye. ☺
Like… Hihi. Jujur, jeles tgk member kawen tp belum sampai masa..
Taknak lah aku tanya makcik ada anak ke tak. Nanti bermertuakan ngn mak cik mcm tuh hahahahahaa
Ajk kna kelip2 mata skali klu ado ore sibuk tnyo bilo Farah Hanan nk kawin
Beressss :)
Jodoh tu akan dtg tepat pada masanya… in sha allah…
rileks dik…akak kawin umo 31….akak bukan x lawa…muka cam kepop…seorang periang…manja…da ade pendapatan sendiri…kereta sendiri…keje bank…kurus (dulu) …eh masuk bakul lak aku…hahahannn.jodoh tu ada…cuma kita x tau bila…rilek2 je…huhuhy
Hahahahahha..
Suka sangat perenggan akhir tu !! chumel..
Makcik ade ank lelaki x? Hehe Noor Azrina
“tlambat nak..Anak lelaki mkcik dh kawin semuanya.. ” hahaha
lek lu kak. kate nak jmp jodoh dlm flight seat sebelah?
Hahaha… seat sebelah kosong nak :p
Khadijah Amin Uwais Cahaya Sidah 3x kali dah seat sebelah asyik kosong je. ?
haha tu namanye tak payah nak berangan?
Khadijah Amin xpe. Berangan tu free..haha
Samat hari raye korang~
You r good writer :)
Tq for sharing.u gv me strength..
Jodoh ajal kte smue x tau..insyaallah masing2 ade jdoh..brbkti ngn family lgi penting..mungkin rezeki allah nk bgi supaya kte blh lme bermanja dgn family..think positive =)
btol2…pengalamn uh is the best teacher ever…xpe sis…the right person time will come with the right time..x ksh la lambat ke cpt…asalkan dgn org yg btol…past is past ye dok… ;)
Nurul Hidayah
Syafirah Shaari Norfarhana Saad
Kahwin bukan tujuan..hahahah