Assalamualaikum.. terima kasih admin sudi share kisah aku.
Lately, ada ternampak beberapa post pasal tips perempuan single, nak kahwin la. senang cite pasal jodoh. Terpanggil rasa nak share sikit pengalaman yang ada. Untuk pengetahuan aku dah berumur 26 tahun, ada kerjaya tetap, mempunyai kewangan yang stabil, seorang yang peramah, mempunyai raut wajah yang biasa biasa.
Masa zaman belajar aku sedar aku bukanlah pilihan ramai lelaki. Aku mempunyai karakter yang boleh memimpin. Apa-apa pasal kepimpinan, orang akan calonkan aku. Ketika zaman belajar, jika kawan-kawan lain sudah dicop untuk dijadikan sebagai teman hidup, aku masih single. Pernah juga confess minat seseorang dan gunakan orang tengah. tapi kena reject. Mungkin sebab si dia masa tu dah ada pilihan hatinya sendiri. dia admire seseorang. aku tahu pasal kawan-kawan dia bagitahu.
Bila masuk alam pekerjaan, ibubapa dah mula bagi green light untuk mencari calon. jujur masa tu memang tiada sesiapa. Tak lama kemudian, rakan sekerja kenalkan dengan seseorang. sempat berkawan untuk beberapa bulan. tapi tak jadi sebab ibu bapa tak berkenan. tak restu atas sebab-sebab tertentu. mula-mula down juga sebab pertama kali dalam hidup ada yg betul-betul nak kahwin dengan aku.
Tak lama kemudian, aku dikenalkan dengan orang lain pula. sempat berkawan beberapa bulan. tak declare apa-apa pun. tapi biasalah perempuan bila dah ada orang suka, rasa juga feeling-feeling tu. dan akhirnya tak menjadi. siap kena cop gemuk lagi! sakit hati juga. tapi aku sedar, jika dia tak boleh terima aku seadanya, siap kata macam-macam, dia bukan orangnya.
Selepas itu ada lagi orang cuba kenalkan aku dengan orang lain. keluarga pun nampak suka. sempat juga berkenalan. tapi tak jadi pun akhirnya. tak tahu pasal apa.
ramai sudah bertanya pasal hal ini pada aku. biasalah orang nampak kita macam ok, ada segalanya tapi tak berkawan dengan sesiapa. tambah bila dalam keluarga kau ada yang dah kahwin. dah ada anak, jadi orang mulalah bertanya itu ini.
Aku rasa ramai je perempuan diluar sana yang alami nasib macam aku. macam kau tengok drama tv3 pukul 7 yang ceritanya lebih kurang sama plot, watak je berbeza. Ada orang siap bagi tips itu ini sebagai persediaan untuk menjadi wanita sejati, aku terima dengan hati terbuka. namun kena faham.. bila aku belajar semua tu dan aku lalui semua pengalaman di atas ini, kau akan sedar bahawa hidup ini bukannya nak aim mengenai kahwin saja.
selepas peristiwa-peristiwa tersebut aku suka tambahkan keyakinan diri aku dengan bergaul dengan lebih ramai orang, explore macam-macam perkara, aktif dalam sukan dan suka aktiviti luar. aku juga dah stop nak terima kenalan dari orang yang suka jadi match maker ni. fobia agaknya?
bagi aku, tak salah perempuan nak explore macam-macam dari tunggu di ceruk dapur menanti jodoh. aku bukanlah orang menidakkan kahwin muda. kahwin awal. atau tak kahwin langsung. ini semua mengenai jodoh. Allah tahu persediaan kita, Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita.
Setelah melalui beberapa episod dalam pencarian jodoh ini, banyak juga yang aku faham tentang hidup ini. Aku lebih mengenali sikap seseorang. aku lebih kenal diri aku. malah inilah masanya untuk aku berbakti pada keluarga. Banyak perkara lain yang buat kau sedar hidup ini bukan berkaitan jodoh saja.
Masa frust dulu ada yang cakap awak muda lagi dik. Awak tak berapa cantik, dah makin gemuk. ubah la itu ini. awak chill je dulu, macam-macam nasihat. ramai je aku pernah jumpa muda lagi dari aku dah kahwin. biasa-biasa dari aku lagi pun dah kahwin. akhirnya aku sedar semua ini mengenai jodoh. Jodoh ini bukan sebab kau hitam, dia putih, kau kurus, dia gemuk etc.
Akhir sekali, aku nak menyeru wanita-wanita single diluar sana jom kita tingkatkan produktiviti diri kita, dekatkan diri pada Allah, bersangka baik pada Allah (bila kau dah banyak kali frust kau punya iman percaya kpd qada dan qadar tu punyalah kelaut! astaghfirullah…), berbakti pada keluarga dgn seikhlasnya dan paling penting jadilah wanita yang terbahagia! Bagi orang-orang yg suka bertanya awak bila lagi tu.. apa kata tukarkan kepada 'awak, semoga cepat bertemu jodoh ya!' terasa sangat disayangi daripada diperli.
Apa pun, jangan ambil hati sangat. kalau makcik-makcik di kampung tu tanya anggap saja dia beramah mesra dengan kita. Kalau dia tanya lagi banyak kali, awak tanya saja 'makcik ada anak lelaki tak? sambil kelip-kelip mata. Tamat.
– Miss N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awak, semoga cepat bertemu jodoh ya!
Amiin.
Wan Nur Atika Rosely!
Rilex n chill je…akk umoq dh nk masuk 34 dik..kje stabil..rumah ada kereta ada..bila akk single mcm ni ramai yg kata akk memilih…pd hal xde org nk pon..akk x amik pusing sgt..akk hadapi dgn penuh positif…akk travel solo smpai ke europe…akk enjoy being single..