Assalamualaikum admin. Terima kasih approve.
Entah kali ke berapa kerap saya membaca luahan gadis yang resah ingin bernikah tapi sudah tiada dara. Saya ingin titipkan pesan, mudah2an jadi ingatan sepanjang zaman.
Sesiapa saja yang pernah terlanjur, wajib atasnya taubat. Itu no 1. Kerana dosa zina bukanlah dosa kecil. Soal resah diterima pasangan, letakkan no 2. Letakkan Allah sentiasa no 1, dan makhluk no 2. Sesali dosa dengan sepenuh hati. Dosa zina terlalu besar, sehingga mendekatinya saja telah dilarang, apatah lagi melakukannya.Mudah2an dengan taubat nasuha, Allah mengampunkan anda dan memilih anda menjadi hamba yang solehah.
Apabila anda telah benar2 insaf, barulah anda memikirkan bagaimana ingin teruskan hidup tanpa dihantui masa silam. Buat yang ingin menikah, jangan pernah ceritakan masa silam anda. Sebatas pengetahuan saya, 3 perkara yang diharuskan untuk menipu
1) Ketika dalam peperangan
2) Mendamaikan 2 pihak yang berbalah
3) Dalam rumahtangga
Menipu dalam rumahtangga bukan bermaksud anda boleh curang tapi menipu sebaliknya. Tapi untuk elak dari pergaduhan, atau menipu bahawa pasangan anda cantik/ tampan walaupun sebenarnya tidak. Apabila Allah menutup aid anda, haram untuk anda membukanya kecuali dalam keadaan tertntu yang diharuskan syarak. Contohnya 6 perkara menurut persyaratan Imam Alghazali.
Jika ditanya kenapa tidak ada dara, berilah alasan bahawa dara anda hilang selain dari jalan persetubuhan seperti terjatuh atau bersukan lasak.
Adapun jika jika hilang dara melaui jalan rogol atau cabul, ia bukan satu dosa. Anda boleh berterus terang sebelum nikah. Anda tidak dara secara fizikal, tp masih dara mengikut hukum agama. Masih memerlukan keizinan wali untuk bernikah. Jika dia tidak dapat terima, boleh tinggalkan lelaki tersebut kerana ia bukti lelaki tersebut dangkal agamanya.
Selalulah minta pertolongan Allah, dalam masalah kecil atau besar.
– kejayaan agama-
– kejayaan agama
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
syukran ya sadiqi
Alhamdulillah. Lega saya kerana ada nasihat sebegini. Harap kita semua ambil serius setiap point yang dirungkai ni. Thank you penulis, pahala berpanjangan buat awak :-)