Semasa hari terakhir bermusafir ke luar negara dulu, duit dah tak ada langsung, tinggal untuk yang perlu sahaja, sedangkan hadiah & cenderamata untuk adik beradik dan sahabat masih belum dibeli…Setiap saat hanya mampu berdoa kepada Allah, boleh jadi berlaku keajaiban, kata orang bumi yang aku berada ketika itu berkat, bumi yang pernah didoakan oleh nabi, mustajab doanya..
Berjalan sambil termenung, tiba2 terlihat seorang wanita bertudung lusuh dan membawa anak kecil sedang duduk termenung diatas sebuah jejantas, perasaan simpati tak terbendung, terus sahaja saku seluar diseluk dan kelihatan ada beberapa wang syiling, seraya diberikan kepada wanita tersebut tanpa berfikir panjang, ikhlas lillahi taala!
Perjalanan diteruskan ke bandar, didalam teksi berkenalan dengan seorang penumpang, dia kelihatan manis dengan senyuman, bajunya kelihatan lusuh, agak berusia orangnya, dia memulakan perbualan, dan aku cuba menjawab dengan dialek dan bahasa rakyat tempatan yang sangat terhad, dia sangat takjub dengan negara kita, apatah lagi diriku datang jauh ke negaranya untuk menuntut ilmu agama.
Semasa keluar dari teksi, dia memanggil dan menggenggam tanganku kemas, sekeping not yang tak kelihatan angkanya berada di genggaman, diriku sedaya upaya menolak, tapi dia tetap berkeras agarku menerimanya, kami bersalaman dan dia mengukirkan senyuman sambil berlalu pergi, hampir luruh jantung ini apabila melihat angka 100 Dolar Amerika di genggaman tanganku, terketar-ketar, ternyata Allah membalas terus kebaikan yang kita lakukan sekelip mata apabila niat kita ikhlas, beberapa sen digantikan Allah dengan 100 USD…Terasa bak mimpi!
Nasihatku kepada kawan-kawan semua, usahlah berkira untuk membuat kebaikan biarpun ianya sangat kecil, percayalah sekecil manapun kebaikan yang kita buat, nescaya Allah akan balasnya segera, kalau tidak di dunia, insyaAllah di akhirat nanti, semoga kita tidak lokek bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
– Aku