xoxo

Mak aku cakap akulah yang paling degil, paling keras hati dalam family. Mak aku tahu. Yes, indeed that is who I am. Tapi kalau diikutkan hati aku x keras mana pun, cuma depan orang je aku pura-pura kuat. Aku susah nak menangis, lebih-lebih lagi depan orang, x kisahlah family, kawan atau sesiapapun. Aku akan tahan dan tahan lepas tu aku luahkan pada Tuhan. Takpun aku baca Al-Quran sambil air mata berjuraian kat kalam Tuhan yang Maha Agung. Aku bukan nak kerek, tapi aku nak bercerita. It is up to all of you to judge me in your own perspectives.
.
Tapi malam ni aku x dapat tahan. Aku menangis. Air mata aku menitik. Semuanya disebabkan apa yang AmranFans post pasal gambar sister UIA #anakfelda yang viral tu. Sebab apa? haha. Sebab mengingatkan balik kepada ayah aku. Ayah aku dah x de. Dah lama dah.
.
Bila tengok sis tu post kat IIUM Online, hati aku tersentuh. Aku faham keadaan tu. Mak aku gembira gila. Nampak sinar mata dia semasa graduation day kakak aku. Aku nampak, sebab aku perhati, aku ada masa tu. Mak bapak mana yang x happy bila anak graduate kan? lagi-lagi kalau anak dia dapat anugerah dekan.
.
Sedih..sebab AmranFans memutarbelitkan post tu. Haha. Aku x marah pun AmranFans. Cuma sedih dan menyampah dengan bait-bait kata dalam post tu. X menyampah dengan tukang post. Haha. Sesuka hati je macam tu. Gambar tu pada aku melambangkan kasih sayang. Nampak kot betapa sayangnya sister tu pada ayah dia. Aku ni hanya mampu sayang dan doa dari jauh. Ayah aku dah pergi jauh sangat. X mampu dan x kan boleh kejar lagi dah. Aku dan ayah dipisahkan di antara dua alam yang berbeza.
.
Kalaulah..si AmranFans ada follow page ni, aku just nak bagitahu ni:

" Aku rasa kau ada penyakit hati. Wallahua'lam. Segala benda dipandang negatif. Berdasarkan semua post2 kau semuanya bagi aku bagaikan sampah. Maaf. Kau suka mengepost kata-kata nista , membash sana sini. Nak menegur biarlah berhemah. Kau sangat jauh dari berhemah. Beza kau dengan Mat Lutfi? cara orang educated dengan orang x educated. Sorry tapi kau x layak nak mengata pasal gambar sister UIA #anakfelda tu. Sikit pun x layak. Aku x tahulah sama ada kau faham erti keluarga ataupun tak. Aku x tahulah sama ada kau pernah hilang salah seorang family member kau ke tak.

Aku x tahulah sama ada kau faham ke tak. Dulu aku follow kau sekadar suka-suka, sebab kadang-kadang walaupun kasar gila tapi lawak. Lama-lama aku sedar, buat apa nak bertemankan post2 yang x berapa sangat tu. Banyak benda lain lagi. Kecewa, sedih dengan kau, AmranFans. Kesian jugak. Sebab x faham. Aku rasa kau lagi tua daripada aku. Betullah kan, kematangan seseorang tidak diukur melalui umur seseorang. Sudah-sudahlah AmranFans, sekurang-kurangnya janganlah nak putarbelitkan lagi benda-benda macam tu. Jangan jadi macam Najib dengan Ahmad Maslan. Kesian pada sister UIA tu. Untuk pengetahuan kau, gambar tu dikongsi sebagai motivasi bukan untuk dibenci. "
.
Nak komen kat page AmranFans tapi nanti orang tahu kisah aku pulak. Aku taknak orang tahu. Cumanya nak bagitahu family ni walau macam mana buruk perangai sekalipun , tetap family dan x boleh putus sampai bila-bila. Hargai sementara ada, doakan sentiasa, in sha Allah hidup gembira. May Allah bless all of us and our family…

– trulybudakuia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *