yang bernama perempuan, sila baca.

Assalamualaikum admin, hope admin approve ye. Penat type ni haa.

Ok ni aku nak bagi nasihat sikit untuk sapa2 yang tak kawin lagi. Tapi aku khususkan untuk ompuan yer.

Wahai adik2 kakak2 yang tak kawin lagi,
Tugas hangpa banyak lagi tau lagi2 tengah dok jiwa muda ni. Kalau umo dah cecah 21, hangpa sepatutnya dah kena faham tanggungjawab hangpa as perempuan.

1. Bukannya dok perabis masa dengan kawan2 pegi food hunting, lepak2, habiskan duit yang korang dpt dri review insta atau jdi modelling, semata2.

2. Sepatutnya time ni kalau kat u hangpa improvekan skill kerja rumah. Bukan apa tau, benda ni lagi penting untuk jangka hayat hangpa bila dah ada keluarga nanti instead of belajar make up sanggup pi make up class bagai. Buang duit oi.

3. Belajar banyak2 pasal hal rumah tangga. Tak pun, kalau balik rumah tu belajar masak ngan mak. Bukan tunggu sebulan lagi nak masak baru nak kenal2 ngan lengkuas, halia, bawang holland semua tu. Sepatutnya bab2 masak ni semua dah mahir sejak kat u lagi tau. Malu oi dah kawin laki suruh masak hang masih tgk tutorial utube.

4. Haa ni lagi satu, hangpa takyah banyak sangat update pasal diri hangpa ni rajin ka, tengah masak apa, dah kemas rumah, semata2 nak ada mana2 laki pm hang nak masuk minang. Takyah eh takyah. Nampak annoying.

5. Ok lah ni last, kalau nak tahu hidup lepas kawin ni macam mana, aku citer macam cuaca kat luar negara tu ada 4 musim tapi bab rumah tangga ni mcm2 musim kau akan hadapi. Musim masam muka, musim bahagia gila, musim kecik hati, musim gaduh benda kecik, musim mengungkit, musim tak reti syukur dan lain2 musim. So benda apa kau kena buat? Kau balancekan emosi kau. Perbaiki leklok perangai dan emosi. Kalau jenis cepat merajuk, ubah cepat2. Kalau jenis takleh dengar cakap, ubah cepat2 sbb suami tak suka pompuan tk dengar ckp. Dan byk lagi ya kena improve.

So bersedialah sebaiknya sebelum nak nikah. Nikah bukan sebab nak lumba2 laki sapa paling sweet, sapa paling banyak baju sedondon. Alahaii..

– mak2

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

414 Comments

  1. Sebelum kawen, aku lepak2, food hunting, shopping, x reti masak..
    Once da kawen, wlpn x reti masak, aku cuba belajar..setiap hari text mak aku tnya resepi..lucky me, join grup memasak, dpt bljr ilmu dari tu, da kawen pun still melepak, mlm2 kluar dgn suami lepak mamak atau kedai siam, klu blik kmpg sorg2, mnta izin suami nk jmpe member..

    Tak kisahlah teruk mana zaman bujang kau, asalkan bila kau kawen, kau tau tanggungjawab kau, bersedia berubah untuk lebih baik, sanggup bljr benda baru, sabar, tolak ansur, insyaAllah, semuanya boleh..

  2. Aku suka travel, hiking, dan boleh fokus semua bendaa, rugi kalau kau takreti nak bagi masa, dik.
    Kehidupan ni menyuruh kita “masuk” dalam semua aspek. Belajar menjadi suri rumah pun satu kerja yg mustahak juga. Tp jangan ditinggalkan aspek2 lain. Bg aku, masa single ni la kau kena cari masa keluar dari rumah, kenal dan bergaul dlm masyarakat.

  3. Rasanya confessor suruh kita upgrade skill sama ada skill memasak, menjahit, hias rumah, etc. Skill2 tu penting bila dh berumah tangga. Drpd food hunting san sini, baik la simpan duit utk ms dpn. Buat investment ke, anything la yg boleh generate income. Kalo nk berjinak dgn bisnes, masa bujang ni la masa yg sgt sesuai. Sbb xder komitmen xperlu nk minta izin bagai. Sbb duit kita, sepenuhnya kita punya unless kalo tanggung family la. Bila dah kahwin, pendapatan kita terpaksa berkongsi dgn psgn utk perbelanjaan rumah dan anak2. Zaman skrg ni mn ade murah2 oiii. Nk food hunting skali skala xsalah. Nk travel pon xsalah. Boleh buat bila ada duit lebih sket. Bnyk2 la bergaul dgn org yg kahwin. Diorg pasti akan share psl anak2, pregnancy, ipar duai dan kdg kala psl husband diorg. Tu bagus utk tambah knowledge kita. Belajar memasak pon penting. Kita xtahu bakal mertua kita mcm mn perangai dia. Dh kahwin nnt baru tahu true color diorg. So, prepare la drpd skrg. Chill!!

    • Yg p travel, p food hunting pon depa rajin cari duit tu. Dont worry. Buat je apa yg kita suka asalkan tak menyalahi suruhan Allah swt. For me hidup ni kalau nak fikir pandangan orang je or penghargaan manusia je memang penat. Dah jadi menantu nt pon jadi diri sendiri je. Tiada istilah nak berlakon konon kita pandai serba serbi. Kita cuma manusia biasa. Ada kekurangan gak. InshaAllah semua baik2 sahaja. Dan paling best selalunya kalau kita memang jenis rajin dr kecik, Allah akan hadirkan pasangan yg rajin gak bantu kita wat kerja2 rumah. Ngeh3. So rajin2lah dr zaman remaja tak perlu nak tunggu da nak kawen baru nak belajar semua benda sampaikan nak sekat2 minat p travel ke apa ke lah.

    • Setuju sgt dgn pandgn Ungku Emmy Rina ni.. Excellent ???
      Ye la klau nk food hunting ke travel ke xde mslh yg tu if we have more time n money.. Yg keperluan masa depan tu mmg kena blajr la skill apa semua.. ?

  4. Mak sy ada suruh sy ambil make up class. Sbb tu salah satu kemahiran. Kemahiran sekarang sangat penting sbb boleh jana pendapatan. Rasanya takpa je kalau lepas kahwin nanti, nak masak, tengok YouTube? Tak jadi masalah rasanya?

  5. Hmm sebenarnya kan, bila dh jd housewife @ ibu bnda nie smua (kmas rmh, masak, etc) automatic boleh buat sndiri.. mngikut pengalaman sndiri & org yg terapat.. huhu.. jodoh kita xtahu dtg bila, tup2 nak kena kahwin, dulu smua org hidangkan, skrg nie kita plak kena hidang kan plak.. automatic sifat, ciri2 & t.jawab tu smua dtg sndiri..✌ contoh mcm saya.. hehe.. dlu xpnah pgang baby, xreti jaga baby,tiba2 jodoh smpai awl sgt smua bnda boleh buat sndiri.. dulu xreti masak, tiba2 kahwin, suma hujung jari ekekekekeee
    Dun worry girls, sifat isteri & keibuan pastu sudah ada dlm diri, walau ganas mcm mana pon ppuan tu, sifat tu pasti ada ✌

  6. Some people are born to sit by a river
    Some is struck by lightning
    Some have an ear for music
    Some are artists
    Some swim
    Some know buttons
    Some are Shakespeare
    Some are mothers
    And some people dance

    -Ending of curious case of benjamin button

    Confessor is a mother. Jgn kecam dia. :)

  7. Such a sad way of viewing people. As if girls yang travel/food hunting tu tak reti masak, x reti kemas rumah. Nasihat yang baik, tapi, it shows your perceptions/bad judgements toward others.

  8. Ala,akak ni dulu tak pandai masak LANGSUNG sampai tahap goreng ayam yg segera tu pun hangus ok.Tapi lepas kawen pandai2 la belajar.Yang penting tu ubah sikap janganla pemalas dan kena pandai adjust diri sebab itu paling penting dalam hidup.Kebolehan kau untuk adjust ikut keadaan.Kalau ko boleh adjust,inshaAllah semua akan ok.
    Tengah muda single enjoy jelah life tu dulu.Nanti dah kawen banyak restrictions and limitations and also banyak komitmen.So stop worrying about the future too much and live your life to the fullest.

  9. Berdasarkan komen2 yg ak baca kat sini, bila teguran dan kemarahan dilepaskan dkt lelaki, perempuan dan lelaki yg pro feminist akn gembira habis, tapi bila teguran dan nasihat disampaikan ke org pompuan, pompuan menjadi terlalu cpt melatah dan selalu bertanya knape tak tegur laki? Padahal bnyk post kat sini yg menegur dan menyelar laki. Bagi org pompuan, org bagi nasihat dan teguran dah menjadi salah. Tengok komen pun dah tau. Nmpk sngt pompuan zaman skang lebih kurang jer biadapnya mcm laki.

  10. Kalau sebelum kawin pun kena fokus buat persediaan diri sebelum menempuh alam perkahwinan, ape lah ertinye hidup ini. Huhu.

    Saya dah 5 tahun kawin cakap je nak masak ape. Semua saya tak tahu. Hehehhe.

    Awal tahun ni baru berjinak2 membaking. Alhamdulillah, xmalu pun dengan suami. Die pun xkisah.

  11. Mane ade pmpn perfect kak, xsalah g travel xsalah tgk tutorial masak dkt youtube, xsalah blaja makeup as long pandai balance..multitask gitu, dont focus 1 thing je…klu dok masak, kemas umah,muka selekeh je, lari plk tok laki nnt..

  12. Haaa.. Bangga pompuan kata 5 tahun kawen tak reti masak lagi.. Laki tak kisah la bagai

    Diam diam lelaki.. Dia tak bgtau.. Dia perati je perangai kau..

    Tau tau je tu jadi punca kau dapat payung emas terpaksa rela

  13. Orang muda patutnya fikir tentang impian mereka, baik lelaki atau perempuan. Hidup ni bukan hanya untuk kahwin. Perempuan pun ada impian, kami bukan robot. Jangan ingat kerja rumah hanya untuk perempuan.

  14. X slh nak g food hunting bljr makeup. Tu kepuasan diri sendiri. Zaman dah moden. Lelaki men facebook tau tanggungjawab laki menyediakan makan minum isteri. Go girl, do what you want. Sampai masa, nak masak, bukak je youtube, astro go. Kat astro, byk channel masak. Small matter.

  15. a shallow confession, i might say..don’t put so much restrictions taught upon ourselves which are passed down from our culture when Islam itself is fostering respect and collaboration during marriage, as Rasulullah SAW helped his wife in their house chores with care and love..much respect to homemakers out there who are able to balance their lifes, choosing to focus on their responsibilities while being able to cherish themselves like a treasure at the same time #nohatejustlove

  16. come on la. bkn nya belaja mekap whatsoever xreti persiapkan diri dgn basic2 kerja2 org pmpn. lantak p la depa nk wat camna. kalau akak/ abg confessor ni rasa meluat tu sbb life u x sama dgn org lain. xkn semua benda depa nk cte kat public gak. lebih2 lak judge org. masalah hati diri sendiri tgk org lain xsenang.

  17. X paham…. kenapa tiba2 nak sakit hati dgn org perempuan yg belum kahwin pulak? Terpulanglah cara masing2 nak beri ganjaran utk diri sendiri. Minat apapun buat ajelah… selagi x langgar hukum Allah dan undang2 negara.

  18. Wahai confessor,
    Lantak pi lah pompuan2 tu sume nak food hunting ke, nak travel bagai ke, as long as dia xguna sesen pun duit mak2. Itu cara dia nak reward diri dia. Pastu, pasal masak tgk utube, xsalah punnnnnn. Tu menunjukkan at least dia ada effort nak belajar. Lagipun, hal masak memasak hal kemas rumah ni lelaki pun kena buat jugak. Sbb tu ikutlah sunnah Nabi, jangan main ikut adat je. Please lah mentality tu ubah..Psl tu selalu je baca byk kes2 isteri dlm pantang, suami buat hal sbbnya suami tu xtau tanggungjawab dia dlm rumahtangga sbb selama ni segala mak nenek makan pakai gosok baju memasak isteri yg buat, suami xamik kisah langsung. So bila isteri dlm pantang xleh nak sediakan semua tu, mula lah suami dok kata isteri itu ini. Padahal takde pun masalah kalau suami tu ringan tulang nak tolong sidai kain ke basuh baju ke lipat kain ke. Tak ada ok. Tolonglaaaa tukar mentality tu mak2 oi. Zaman skangni both side pun bekerjaya, so jgn ingat bini tu robot. Dua2 pun penat balik keje. Kenalah saling memahami. Got it mak2?

  19. just enjoy ur life. kerja penat2. belaja tinggi2 mesti la reward diri sendiri. orang gi travel pun bljar.bljar kenal budaya org. mne tahu at the time dia pg travel dy blaja memasak masakan luar negara.

  20. seriously, sy sblm kawen mmg x pnh msk lgsg. tp bila dh kawen entah mcmana bila msk sume sedap jer .. asalkan rajin jer. masa belum kawen, hidup lah dgn seHAPPY mgkin. jgn berat2kan minda nk pk cmne kehidupan rumahtangga ke apa. nk belajar jd wife or mak2 bagai. cuma, bila dh kawen nt perlu tau tggjwb, dan yg mana lbh utamakan.. sbb masa dh kawen nt baru tau hidup ni sbnrnya bkn mudah. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *