Salam perkenalan. Nama ku Ira, bukan nama sebenar, aku dah lama pendam kisah percintaan aku. Mungkin ada orang pernah alami situasi macam aku.
Jadi bermula kisahnya masa zaman pkp dulu, aku masih study lagi jadi aku single and rasa bosan gila sebab biasa lah duk rumah nak bercakap dengan siapa kan.
So aku mula lah terjebak dengan dating apps. Ada la satu app tu, aku mula aktif berborak dengan lelaki,
Boleh dikatakan hampir 100 orang lelaki aku borak, yang lelaki bermacam-macam status lah, suami orang, boyfriend orang, duda anak satu, tunang orang tapi aku tak ada lah nak merampas hak orang lain.
Sampai la satu masa tu, aku masih ingat lagi ramadhan pertama tahun 2020, aku jumpa sorang mamat ni, dia namakan diri dia Andy bukan nama sebenar. Aku cukup selesa berborak dengan dia, aku banyak share cerita dengan dia.
Pasal belajar, family and hal-hal kecik. Selepas itu, dia pon mula kongsi kisah hidup dia.
Dia bekerja sebagai juruteknik dekat satu syarikat tu, tapi gaji tak berapa la sangat, tapi aku tak kisah sebab duit tu tak penting pon bagi aku.
Aku mula la jatuh cinta dengan dia, and dia pon confess kat aku, lagilah berbunga hati aku ini.
Jadi bermulalah kisah percintaan kami secara maya atau LDR sebab aku orang johor dan dia orang pahang. Jadi nak dijadikan cerita aku dah bercinta dengan dia almost 6 bulan dan dia dapat tawaran sebagai prajurit udara (TUDM).
Masa tu aku cukup bangga dengan dia. Setiap kali solat, aku doakan dia semoga dipermudahkan urusan dia, support dia sebab dia tak cukup duit nak beli ubat untuk kuruskan badan dia sebab kalau nak jadi askar kena badan fit.
Aku habiskan waktu-waktu aku dengan dia sebab tak lama lagi dia rekrut 6 bulan dan 6 bulan jugak tanpa khabar berita.
Selepas dia mula masuk kem, macam-macam hal aku terbayang, bagaimana kalau satu hari selepas dia tamat rekrut dia tinggalkan aku, aku cuba ketepikan bayangan itu.
Mungkin dia tak macam tu, so aku mula mesej bertanyakan khabar daripada adik dia anis namanya bukan nama sebenar. Adik dia baik, banyak menolong aku memberikan surat yang aku hendak kirim kepada Andy.
Selepas 4 bulan dia rekrut, akhirnya dia dibenarkan untuk menelefon ahli keluarga dia. So Andy pon call la aku, masa tu aku ada kenduri kahwin kat rumah sepupu aku.
Masa tu perasaan aku happy sangat-sangat sebab orang yang aku sayang dapat juga dengar suara dia, and dia suruh aku tunggu dia balik dan berjanji nak halalkan aku.
Korang pon mesti tahu perasaan bila orang kita cintai berusaha nak halalkan kita kan.
Akhirnya penantian selama 6 bulan sudah pon tamat, aku boleh la contact hari-hari. Aku pon dah start intern sebab aku dah last year.
Masa itu, tak ada perubahan, dia busy keje sebab askar mana ada masa nak berehat, kadang aku kesian dengan dia sebab penat hari-hari ada PT (physical training) so aku tak banyak ganggu dia.
Sampai la waktu raya aidilfitri, dia janji nak bawak family datang rumah aku.
Aku happy gila, suruh mak aku masak nasi ayam, buat kek kukus yang mak aku buat sendiri. Semua Okay je mak dia baik layan aku dan mak aku siap bawakkan bekal untuk bawak ke pahang.
Mak aku sangatlah gigih nak masak walaupon dah tua, masa tu jugak Andy ada masalah sikit so sampai rumah aku pon dah nak maghrib. Hari demi hari, aku pon bangkitkan isu nak bertunang dulu sebab dah kenal setahun lebih.
Pada mulanya aku tak syak apa-apa, semua okay je. Sampailah satu hari tu, aku mula nampak perubahan dekat dia.
Layan aku macam nak tak nak, setiap kali aku mintak attention dia akan kata dia busy banyak kerja. Aku dah mula berfirasat yang angan-angan aku tu akan jadi kenyataan.
Akhirnya dia confess kat aku yang dia tak boleh nak ada hubungan LDR ni, dan kalau boleh dia nak cari pasangan yang dekat dengan dia. Dan dia jugak bagitahu aku yang dia tak cintakan aku pon.
You know what, why right now!
Kenapa tak dari dulu dia bagitahu aku selepas setahun aku tunggu macam orang bodoh and aku accident dua kali sebab tak boleh move on. Selepas sebulan berlalu, aku ternampak ig story dia dengan perempuan lain.
Hati aku hancur gila. Masa tu aku baru percaya orang cakap yang jauh pasti kalah yang dekat, tapi ada orang kata yang rugi adalah dia sebab dia kehilangan orang cintakan dia.
Aku percaya pada kifarah Allah, bukan aku nak doakan benda jahat tapi sekarang adik dia berada di situasi yang sangat sama. Allahu, apa salah dengan orang yang setia ini.
Terima kasih sebab sudi dengar cerita aku yang tak berapa best ni, tapi alhamdulillah tak lama lagi aku akan berumah tangga bersama lelaki yang jauh lebih hebat dari dia.
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sy pun ada experience lebih kurang camni.. gf sama2 belajar masa kat uni.. sampai la dia masuk askar, sy keje kat sektor swasta.. kami bercinta sampai bertunang.. lepas habis training 6 bulan, cara layanan dia dah lain.. xtau la dah ada bf lain ke apa.. dia ckp dia dah x de perasaan kat sy.. last2 kami putus tunang je.. so Ira, just move on, u deserve someone much more better than him..