Ada seorang jejaka. Hitam manis, lembut tuturnya. Banyak lawaknya. Kadang-kadang hambar, kadang-kadang lawaknya mampu membuat orang tak kering gusi.
Dia jatuh hati pada seorang gadis. Gadis yang kurang bicaranya, hanya tersenyum manis bila ada yang berjenaka padanya. Keayuan gadis itu telah mencuri hati si jejaka.
Nekad dan tekad si jejaka meluahkan rasa hati pada gadis itu. Hajatnya hanya untuk meluahkan beberapa baris ayat pada gadis tersebut. Maka hati telah dibulatkan untuk berdepan. Jantung berdegup kencang.
Tekad si jejaka, tak ingin bercinta. Hanya ingin menunggu dan melamar setelah tamat belajar. Noktah. Pasti.
"Awak, saya terpikat pada awak. InsyaAllah habis belajar, saya akan meminang awak".
Gadis itu mengangguk. Mungkin juga sudah menyimpan rasa pada si jejaka kerana tiada riak tersentak di wajahnya. Senyum. Tunduk.
Rakan di sebelah gadis itu hanya mengekek ketawa. Bahan jenaka agaknya kerana jejaka itu terkenal dengan lawaknya. Rasa nak sekeh kepala ketiga-tiga rakan gadis itu, biar berhenti ketawa. Mengerti jiwa gemuruh si jejaka meluah rasa pada gadis idamannya.
"Tapi kalau awak jumpa yang lebih baik daripada saya, maka saya redha awak memilih dia daripada saya".
Senyap. Rakan yang tadi galak ketawa berhenti melihat tahap keseriusan jejaka itu dengan suara yang sengaja direndahkan.
Si jejaka berlalu pergi. Nafas ditarik dalam. Dihela perlahan. Senyum diukir. Kenapalah dia tidak senyum semanis kurma tadi. Bukankah sudah menyesal.
Enam tahun. Sudah enam tahun berlalu. Hanya sipi-sipi berita sahaja yang diketahui oleh jejeka itu. Gadis itu masih hidup, gadis itu menyambung belajar sudah cukup membuat hati jejaka itu lega. Tiada sebarang komunikasi antara mereka, bersua ataupun alam maya.
Enam tahun. Jejaka itu masih setia. Harapnya gadis itu juga begitu. Setahun saja lagi, pengajian kedua-dua mereka tamat. Maka janji akan ditunaikan.
Janji yang dilafazkan oleh si jejaka bila mana gadis itu tidak mengharapkan apa-apa pada usia yang sebegitu muda.
Hari ini, tempoh enam tahun itu belum tamat. Jejaka itu menerima berita dengan hati yang terbuka.
Redha. Ayat yang disemat kemas di dalam dada.
Gadis itu telah bertemu dengan yang lebih baik. Jauh lebih baik. Terbaik.
Bertemu dengan Penciptanya. Maka si jejaka dengan redha melepaskan. Melepaskan dia pergi selamanya. Berharap si gadis bahagia bertemu Yang Terbaik.
Al-Fatihah
– Maliq Azhar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
semoga tabah bro maliq azhar :’)..insyaaAllah..
Anis Azira
Sedihnyaaaaaaaaa
Dell sedih la pulak
Dell pun hazi ?
Alia Farhani Alias
Airmata mcm nak kluar niiiiiiii
Cantik ayat nya. Semoga tabah bro.
Terbaik susun ayat..saspen di hujung2nya. Al fatihah.
Redha…
Najwa Amir
Redha..dan bertabahlah…
Nisha Rozali hmm
Sedihnya fatin
Nafis’s Sukhoi
Semoga menjadi teladan buat kita semua.cinta yg suci tidak dicemari dgn dosa dan noda..doaku kpd confessor,semoga digantikan dgn cinta yg lbh baik dan dipertemukan semula di akhirat sana.tahniah confessor.such a beautiful words n story..alfatihah…
menghiris bawang sambil tunggu waktu berbuka
Alahai.. bertabah bro…
Khairul Anwar kadang2 pengakhiran tak seperti yg diharapkan..
6 tahun. Hg 6 bulan pn xsampai haha
Hahaha..bkn kaitkan aku la..aku cuma nk gtaw hg ja
nasib kesudahan mcm tu. kalau kesudahan berkahwin dgn org len td…hmm hmm..
Azila Kemruzaman Azeera Azlyn Syahirah Temeze
ya..doa.. tp belum tentu milik kita selamanya..
Amalina Aziz Asyla Suhaimi kenapa tiba-tiba rasa sedih sangat ni
Sedihnyaaaaa ?. Bertabah la wahai jejaka. Hew
Alolo tiqahhh :)
Fatimah Azzahra Shafie cita ni…
Raihana Bundawan Farah Izzati Nur Syaza Syahirah
Such a beautiful words bro. Moga redha , Allah sebaik baik perancang
Semoga Allah menggantikan dgn yg lebih baik. Aameen.
Nur Artiqah Nabilah Saaya
Moga bertemu di syurga. Sedih
Nor Asiah Nurul Atikah Nurul Syafiqah Zieda Azieda T-rah Ramli bacalah ni weh. Sedih.
Mmg dye pilih yg lain dlu..?????
Izaty Syazwani Eiha Adima
Alahai .. hurm .. sedih la pulak
Ya Allah tesentak aq ? klo dy jumpe laki lg ,kire xpe lg ?
Tu la kan ..
Kan senang hati baca confession dengan ayat penuh macam ni.
Bro sangat tabah. Semoga Allah kurniakan yang terbaik.
Cinta yg btl2 suci…
Kau dulu2 ambik sastera ke wei. Tapi, ya Allah, sedih laa semoga kau tabah. Al fatihah
Saya kan adaa
Cantik dan kemas gaya penulisan confessor
Saya tertunggu2 hasil karya enti
Jeng jeng jenggg
Cerita paling best aku baca setakat ni
Manusia merancang dengan cita cita.
Tuhan merancang dengan cinta.
Al fatihah.
Nur Fatin Fatihah Ismail
weh..cm tjuk lagu single aq ja….#bakalkumaut..sedihh
Bkn #jdohkumaut ke td??
Kemain hg noo..
Tsk tsk tsk Cik Syu Ariesya Zifrie
Allahu.
Hairul Azrul Azwan suka berjenaka….
Tetapi jenaka dye terok
Marini Eyni
???
Wei sedih…. Ak sarankan ko tulis novel….
Sedihnyaaa Nur Awatif Hasran TT
InsyaAllah kalau jodoh pasti di syurga kelak akan bersama ?
InshaaAllah awatif ♥
Mardhiah Rushdi sedih kan
Cbe letakkn diri dlm crite tuu.. bnjirr la meyaa :p
Kita rasa kita susun cantek dah, rupanya ada yg susun lagi cantek + kemas iaitu Allah Azza wajalla.
Al fatihah buat si dia.
Moga bertemu dengan insan yg terbaik..
Aqila Ramli baca baca. Nak tag kawan hg tu dak
see, tak contact pun..nak tunggu, tunggu ja lah…ahahaha k aku jahat
Nak tag kawan hg dak weh
hg nk kena lepuk cepuk ngan aku dak weh
Nak nak nakkk
hg balik mai kaihh
Nk mention laaa
ingat aku kisah?
Ok lahh. Wait n see
Wuuu. Sapaaa tuu
fizahhhh jangan terpengaruh!!!!
ni semua propaganda alyaa the senah ja nih..haha
Seorang ibu selalunya berkata apa yg datang nalurinya. Tak gitu Alyaa Ramli. Haha
Waaaa bijak sepupuku Hafizah Suhaimi. Instinct kott
Nurliza Mesrun Azira Shakila