Ada seorang jejaka. Hitam manis, lembut tuturnya. Banyak lawaknya. Kadang-kadang hambar, kadang-kadang lawaknya mampu membuat orang tak kering gusi.
Dia jatuh hati pada seorang gadis. Gadis yang kurang bicaranya, hanya tersenyum manis bila ada yang berjenaka padanya. Keayuan gadis itu telah mencuri hati si jejaka.
Nekad dan tekad si jejaka meluahkan rasa hati pada gadis itu. Hajatnya hanya untuk meluahkan beberapa baris ayat pada gadis tersebut. Maka hati telah dibulatkan untuk berdepan. Jantung berdegup kencang.
Tekad si jejaka, tak ingin bercinta. Hanya ingin menunggu dan melamar setelah tamat belajar. Noktah. Pasti.
"Awak, saya terpikat pada awak. InsyaAllah habis belajar, saya akan meminang awak".
Gadis itu mengangguk. Mungkin juga sudah menyimpan rasa pada si jejaka kerana tiada riak tersentak di wajahnya. Senyum. Tunduk.
Rakan di sebelah gadis itu hanya mengekek ketawa. Bahan jenaka agaknya kerana jejaka itu terkenal dengan lawaknya. Rasa nak sekeh kepala ketiga-tiga rakan gadis itu, biar berhenti ketawa. Mengerti jiwa gemuruh si jejaka meluah rasa pada gadis idamannya.
"Tapi kalau awak jumpa yang lebih baik daripada saya, maka saya redha awak memilih dia daripada saya".
Senyap. Rakan yang tadi galak ketawa berhenti melihat tahap keseriusan jejaka itu dengan suara yang sengaja direndahkan.
Si jejaka berlalu pergi. Nafas ditarik dalam. Dihela perlahan. Senyum diukir. Kenapalah dia tidak senyum semanis kurma tadi. Bukankah sudah menyesal.
Enam tahun. Sudah enam tahun berlalu. Hanya sipi-sipi berita sahaja yang diketahui oleh jejeka itu. Gadis itu masih hidup, gadis itu menyambung belajar sudah cukup membuat hati jejaka itu lega. Tiada sebarang komunikasi antara mereka, bersua ataupun alam maya.
Enam tahun. Jejaka itu masih setia. Harapnya gadis itu juga begitu. Setahun saja lagi, pengajian kedua-dua mereka tamat. Maka janji akan ditunaikan.
Janji yang dilafazkan oleh si jejaka bila mana gadis itu tidak mengharapkan apa-apa pada usia yang sebegitu muda.
Hari ini, tempoh enam tahun itu belum tamat. Jejaka itu menerima berita dengan hati yang terbuka.
Redha. Ayat yang disemat kemas di dalam dada.
Gadis itu telah bertemu dengan yang lebih baik. Jauh lebih baik. Terbaik.
Bertemu dengan Penciptanya. Maka si jejaka dengan redha melepaskan. Melepaskan dia pergi selamanya. Berharap si gadis bahagia bertemu Yang Terbaik.
Al-Fatihah
– Maliq Azhar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Innalillahi wainna ilaihi rajiun allahumma firlaha warhamha waafiha wa’fu’anha. Semoga tabah bro.
Aien Cyikin
sedihnya awak.
Mohd Noor Bukhari baca la
Athir Nurhidayah Halimahtun Sidek
Sedihh
Bderau bc…. tabahla duhai hati…….
Akmal Amy
Ap pun yg jadi, biy tetap tnggu syg
Farah Amyera
Amelyn Alyn jom baca lagi meyh
Hiks….nty sy baca k dear daus..jom terawih ☺..stop dulu online..?
Sedihhhh ?
Sabar ye
Sad..
Uuuuuu layan iium confession jgk?
Sedihnye cite nie.. semoga tabah
Cantik gaya penulisan.
Ma sha Allah .
Sedihnya .
Smoga Allah kuatkn hati saudara .
Bertuah si arwah dikasihi sebegini oleh saudara .
Dan arwah juga disayangi Penciptanya .
Perghh
Alfatihah buat arwah.. rezki meninggal dlm bulan puasa, moga syurga buatnya
Al- fatihah.. Moga allah pertemukan cinta kamu berdua di dalam syurga..
Assalamualaikum..
I know its pain. You know what when you made a promised that you will come. But, its too late.. deeps in your heart.whenever you think about it. Its will tears you up..
Semoga kau tabah wahai confessor.
Tenanglah.. dia sudah bahagia di sana.. doakan dia jauh dari azab kubur. Doakan dia agar kuburnya terang dan dilapangkan.
Berdoalah.. kerana doa saja yang dapat meredakan hati yang koyak..
Hanif Che Kamaludin
Sedih cerita ni. Kesetiaan kpd manusia membawa kepada kbinasaan hati.
4
alfatihah..
Myz Murney Salim
Ramai gak yg search fb maliq azhar ni
:'(
Amirah Shahhana Nurul Syahida weh
Astaghfirullah..Inalilahiwinnailayhirajion..
Fatin Hananie Mohd Jamal ending ni unexpected kan :’)
Wuaaaa… unexpected laaa.. tp laki tu n girl tu.. prgai.. daebak laa.. unexpected ending n mnginsafkn..
Atiqah Latif Bibah Rahman Kalida Hassan Nadhirah Mahaudin Amalina Ahmad Razali
Humaira Zakaria
Nazmi Muhammad MD Amin Husain hmm.. jln cite nak same dah.. mintak2 ending xjadi mcm ni
Yg ni touched pulak
Muhammadic Job Afandi
Syarmir Nfs hm
Pure love
❤️
Sedihnya..
Fuhhh sweetnye cinta M.A.
Alfatihah buat si dia
1st time ulang baca confession. Bkn sbb xphm tp sbb xpuas. Smg bro ketemu si dia di syurga nan abadi. Aamiin.. insya’Allah..
#Sedihtapibahagia.
Samira Asyiqin Mohd Tahir hidup tak selalu seperti kita harapkan
AQilah
Kenapa kau tag aku? But this is, sad but yet, satisfying
Saje.. nk kau nangis..
Jodoh dengan manusia belum pasti..Tetapi ajal dan kematian sudah pasti menanti.
Anis Ariffin..:'(
Malam2 buat org menangis
Al fatihah. Semoga tabah confessor amiinn
Shahzuwan Razak Muhammad Amin Mazlan Tok ttuo
Bosanla. Takde sticker lain ke
Huhu..xde donlod kite.
Tnet slowww..huhu
Awat dengan tok ttuo
Hahaa.. Takdak paa. Takut takut anak dia dapat yang terbaik ja..
Allah, sedihnyaa
cinta tak harus memiliki…alfatihah
Aku pernah lalui.. Tak mudah , Tapi redha..
Sape pulak potong bawang ni haih
Muhammad Akmal
Syukriah Zahari
Ahmad Faez
@dhiya Dhiyaa Mawaddah ..tq
Al fatihah..
<-- Assalamualaikum semua.. Boleh like page saya ni. InsyaAllah akan dihiasi dengan kata2 mutiara alquran utk wanita ☺