Ada seorang jejaka. Hitam manis, lembut tuturnya. Banyak lawaknya. Kadang-kadang hambar, kadang-kadang lawaknya mampu membuat orang tak kering gusi.
Dia jatuh hati pada seorang gadis. Gadis yang kurang bicaranya, hanya tersenyum manis bila ada yang berjenaka padanya. Keayuan gadis itu telah mencuri hati si jejaka.
Nekad dan tekad si jejaka meluahkan rasa hati pada gadis itu. Hajatnya hanya untuk meluahkan beberapa baris ayat pada gadis tersebut. Maka hati telah dibulatkan untuk berdepan. Jantung berdegup kencang.
Tekad si jejaka, tak ingin bercinta. Hanya ingin menunggu dan melamar setelah tamat belajar. Noktah. Pasti.
"Awak, saya terpikat pada awak. InsyaAllah habis belajar, saya akan meminang awak".
Gadis itu mengangguk. Mungkin juga sudah menyimpan rasa pada si jejaka kerana tiada riak tersentak di wajahnya. Senyum. Tunduk.
Rakan di sebelah gadis itu hanya mengekek ketawa. Bahan jenaka agaknya kerana jejaka itu terkenal dengan lawaknya. Rasa nak sekeh kepala ketiga-tiga rakan gadis itu, biar berhenti ketawa. Mengerti jiwa gemuruh si jejaka meluah rasa pada gadis idamannya.
"Tapi kalau awak jumpa yang lebih baik daripada saya, maka saya redha awak memilih dia daripada saya".
Senyap. Rakan yang tadi galak ketawa berhenti melihat tahap keseriusan jejaka itu dengan suara yang sengaja direndahkan.
Si jejaka berlalu pergi. Nafas ditarik dalam. Dihela perlahan. Senyum diukir. Kenapalah dia tidak senyum semanis kurma tadi. Bukankah sudah menyesal.
Enam tahun. Sudah enam tahun berlalu. Hanya sipi-sipi berita sahaja yang diketahui oleh jejeka itu. Gadis itu masih hidup, gadis itu menyambung belajar sudah cukup membuat hati jejaka itu lega. Tiada sebarang komunikasi antara mereka, bersua ataupun alam maya.
Enam tahun. Jejaka itu masih setia. Harapnya gadis itu juga begitu. Setahun saja lagi, pengajian kedua-dua mereka tamat. Maka janji akan ditunaikan.
Janji yang dilafazkan oleh si jejaka bila mana gadis itu tidak mengharapkan apa-apa pada usia yang sebegitu muda.
Hari ini, tempoh enam tahun itu belum tamat. Jejaka itu menerima berita dengan hati yang terbuka.
Redha. Ayat yang disemat kemas di dalam dada.
Gadis itu telah bertemu dengan yang lebih baik. Jauh lebih baik. Terbaik.
Bertemu dengan Penciptanya. Maka si jejaka dengan redha melepaskan. Melepaskan dia pergi selamanya. Berharap si gadis bahagia bertemu Yang Terbaik.
Al-Fatihah
– Maliq Azhar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Cinta suci Akhwan Warith dan aisyah
Anis Ameera sedih
Dah baca dah
Ashwani Unpredictablê Azma Azman
Whaaattttt ?????
Shaera Yaacob huhuhu…
Kakkkkk.. um.. sama mcm kak. Cuma beza.. abe yg pergi jumpa yang terbaik.. ?
nak nangis boleh tak ?
Mohammad Zamri ni mcam kisah hg ja
Nie lagi sedih
Allah yg maha menentukan
Touched bukan jodoh didunia, mungkin jodoh di akhirat sana.
Fiey Dah
merepek
Shahira Amirah
?
Innalillah.. Semoga bro tabah sentiasa..
Nurul Eizzati Umm Sulaim M. Zulkifli Hafa Zahraa Farhana Azmi Haryati Mohamad
Nor Syakirah Ismail
gaya penulisan terbaik. thumbs up
Iqbal Saipuddin
Damaikan hati mu, wahai sang teruna, damaikanlah hati buat seluruh kaum keluarga si dara, mungkin bukan jodoh didunia, nescaya akan dipertemukan kembali di syurga kelak. Rindu tu sudah pasti, sedih tu akan terbayang di air muka, tabah tu perlu, kehidupan perlu diteruskan, jangan sesekali memalingkan mukamu akan orang2 yg tersayang dan disekeliling …seolah tidak mengedahkan perihal dunia…wahai sang teruna !
Hazirah
cinta x harus memiliki,tapi yang pasti kita semua milik Allah..alfatihah
Sangat hebat kisah ni.. Zack Hetfield
Tu la…da ajal nk wat camne kan
Min Syuhada Sofi
Allah lebih sygkan si dia
Siti Shairah Mnr
ni novel bersiri ke
Yg pergi takkan sama dgn yg akn dtg. Semoga dilapangkan dada.
Tears…al-fatihah…
Elyas Hamid :'(
Mashaa Allah. Manusia hanya mampu merancang. Allah penentunya
Nur Afiqah