Assalamualaikum smua.
Lately ni, saya banyak terbaca ttg confessor2 yang pernah terlanjur a.K.a zina.Terlalu banyak confession sebegini hinggakan saya menjadi takut. Yang perna berzina sejak dari umur tingkatan, berzina lain, sang suami yang mengahwini isteri yang pernah berzina bnyak kali sebelum kawin, sang lelaki yang menhadapi confussion mengenai tunang yang pernah berzina dan yang paling saya takut mengenai pernah berzina dengan abang sendiri. Saya bukan nak kecam orang sebegini. Saya tahu mereka sgt jahil. Jujur saya bagitau saya takut.bila baca confession sebegini. Sebab saya tak pernah menyangka org boleh melakukan zina dgn mudah. Sungguh murah. Selama ini yang berada dalam fikiran saya org2 yg melakukan zina ini dtg dr golongan yg liar2. Maksud saya liar adalah dari org yang suka berclubbing, minum arak dn lain2. Tak pernah saya sangka org yg biasa2 yg couple biasa2 pun boleh melakukan zina dgn mudah. Mmg totally saya terkejut dan takut. ALLAH . Kita mmg sudah berada sgt dekat dgn kehancuran dunia iaitu kiamat. ALLAH. Kalau kita kaji Al-Quran terlalu bnyak allah menyebut mengenai zina. ALLAH sudah bagi amaran dari dulu lagi. Jgnlah kamu menghampiri zina.
Nabi S.A.W pun banyak menyebut ttg zina dalam hadith2 sahih. Dan yang paling saya takut adalh penzinaan adalah salah satu tanda tanda kiamat. Dalam hal ini kita boleh tahu zina adalah satu perbuatan yg paling keji. Bagi saya penzina2 ini mereka sgt jahil. Mereka tidak terdedah dgn azab2 orang yang berzina di dalam neraka kelak. Dan sesungguhnya Allah itu Maha pengampum segeralah bertaubat. Jika mereka tahu sedar akan azab2 dari Allah saya yakin merekan akan pikir 2 3 kali sebelum melakukannya. Igtla kita sudah berada pada kehancuran dunia. Dunia sudah huru hara sekarang ni. Jadilah muslim yang hidup atas dunia berlandaskan Al-Quran dan sunnah bukan mengikut hawa nafsu. Saya bukanla seorg yg smpurna tapi saya harap sgt adik2 atau akak2 yg baca apa yg saya tulis dan yg masih jahil lagi ambil pengajaran. Kaji Al-Quran dan baca azab2 yg akan dikenakan oleh penzina2 di dlm neraka kelak. Dgn itu kowang akan jadi takut dan xnak lagi melakukannya lagi. Saya pun sedih dan takut sgt. Bukan apa dalam malaysia ni banyak sgt kes2 zina, buang anak. Dan kebanyakkn yang buat dtg dr umat islam sendiri. UMAT ISLAM. Sedih sbb Umat islam di syria gaza mesir bermati- matian utk pertahankan negara dan agama diorang.Anak2 kecil tidak takut mati malah mengidamkan syahid. Tapi kita yg berada di Sini?ALLAH. Saya harap kita smua sentiasa memohon keampunan dari Allah. Saya pun bnyak dosa juga. Saya bukan sempurna. Saya hanya mampu memberi pandangan saya dan nasihat saje. Yang baik dtg dari ALLAH, yg buruk dtg dari diri saya sendiri. ASSALAMUALAIKUM.
– Ms bukn smpurna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Welcome to the world.
Inilah realiti dunia. Dan paling pahit inilah trend anak muda sekarang. Serah maruah dengan percuma. Sepatutnya maruah lebih bernilai dari isi dunia tapi sekarang lebih murah dari besi buruk. Sedangkan besi buruk pon bernilai kalau dijual. generasi muda terlalu Ikutkan trend barat.
Pergi baca statistik anak luar nikah berapa ramai dalam setahun. Itu yang mengandung dan dicatat. Yang mengandung senyap2 atau main tanpa mengandung?
2000-2008 = Seramai 300 ribu anak luar nikah dicatatkan.
Nah. Baca lebih lanjut.
https://m.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154421133827786/?type=3
Dahsyat. Semoga pandai jaga diri.
Sy teringat Cikgu sy pernha ckp .
“Org di Gaza diuji dgn perang .
Tp ujian untuk mati dlam kemuliaan .
Malaysia diuji dgn hawa nafsu .
Ujian untuk mati dlam kehinaan “.
Nauzubillah .
Sesungguhnya nafsu itu besar .
Sy pun takut confessor .
Marilah kita same2 mendoakn umat akhir zaman ini .
Smoga masih ada ksempatan untuk brtaubat .
Dan smoga pengakhiran hidup kita semua .
Dlam keadaan baik husnul khotimah .
Oo
Penzina2 ni x dikenakan hukuman pape ke?
Nauzubillah semoga kite mmue dilindungi..akhir zmman…bnyk maksiat dosa yg kte x prnh trpkir pn dlm akal..ttbe zman kite dh trjdi..
soal ilmu shja x ckup..brp rmai org yg ad ilmu tapi lakukan mksiat…ni soal nafsu yg jauh lbih besr dri tu…soal keimanan yg kte sme2 kne bntuk dgn ilmu yg betul…