Anak Aku Dah Kerja, Kau?

Assalamualaikum, nama aku W. confirm laa nama samaran,tak kan tu pun korang tak tau. Haha. Ok lah ceritanya macam ni,sebenarnya aku malas sikit nak tulis panjang-panjang, tapi aku rasa terpanggil laa sikit nak bukak minda orang-orang “kita” yang agak narrow minded berkaitan kerja. Yes, aku seorang fresh graduate and aku anak seorang peniaga di pasar awam, so that’s mean, kiranya aku dah dapat kerja bawah ayah aku sebelum aku konvo lagi laa kan
.
.
Haha Cerita yang aku nak tulis ni pun tak sesuai dibaca kalau korang anak-anak orang kaya ke,kerja-kerja pejabat pejabat ke, lawyer, pilot, admin, polis etc. tapi kalau korang nak bace, dipersilakan. Atleast kalau cerita ni bagi korang merepek, ambik 1 daripada 10 kebaikan daripada cerita ni pun dah ok bagi aku.
.
.
So ceritanya macam ni, nak dekat 4 bulan laa kan lepas tarikh konvo aku tak kerja macam kerja untuk seorang pekerja berstatus degree. Sepanjang aku kerja dibawah ayah aku, banyak sangat orang melayu yang soksek-soksek tanya aku, wei hang bila-bila nak kerja?wei demo bilo nok kijo?ate, bile nak kojenye yeop?. And lastly aku dah nak naik angin bila ada seorang pak cik ni sembang punya laa lebat kate anaknya dah kerja baru-baru ni. Time tu aku tengah meniaga laa kan, so aku pun tanya laa kat dia, “eh, anak pak cik dah kerja kan??kerja ape ea??seraya pak cik tu bagitahu laaa kat aku “anak pakcik kerja admin kat kl, gaji pun boleh tahan RM2000 sebulan. Kau bila nak kerjanyatak kan ko nak kerja kat sini sampai tua,tanye pak cik tu kat aku??? pak cik, tak Nampak ke aku tengah bekerja, wei aku bukannya tengah mencuri pun or mintak duit kat pak cik pun”berkata di dalam hati.
.
.

Jadinya aku tulis cerita ni nak bukak minda fresh graduate or orang melayu kita,ornang yang berniaga ni miskin sangat ke sampai korang pandang hina dekat orang yang berniaga ni. So mari kita main kira-kira berkaitan untung rugi sesuatu perniagaan. agak-agak kalau korang rase teruk kerja yang tengah buat, ape kate aku suggest beranikan diri utk berniaga.
.
.
.

BERNIAGA IKAN
Beb, orang yang berniaga ikan adalah orang yang paling banyak untung sekali . pernah taukey cina kat tempat aku cerita, selalu mereka akan jual separuh daripada harga yang mereka dapat daripad pemborong . let’s say harga ikan kembung yang mereka dapat rm 4.50 sekilo, so mereka akan jual rm9 sekilo. Korang bayangkan kalau satu hari tu dia bawa hanya 10kilo saja ikan kembung. Itu baru satu jenis ikan, kalau dia bawak 10 jenis ikan and dia bawa 10 kilo untuk setiap jenis tu???
.
.
.

PENIAGA DAGING
Cerita ni aku korek sendiri daripada pak cik yang berniaga daging kat sini. Sekiranya daging yang disembelih seekor, kebiasaan untuk dapat balik modal adalah separuh daripada daging lembu tersebut. Let say, seekor lembu ada 120kg daging, maka peniaga tersebut perlu menjual 60kilo untuk balik modal. Makanya untung adalah 60kilo daging selebihnya. Sekarang, sekilo daging adalah sekitar RM29 sekilo, so rm29 darab 60kg??? itu hanya keuntungan daging sahaja, korang pun tahu lembu ni korang boleh jual mata,lidah, kepala, kulit etc…so korang boleh bayangkan tak betapa untungnya perniagaan ni.

PENIAGA SAYUR
Sayur pun antara benda yang banyak untung kalau dijual. Selalunya, satu jenis sayur yang dibeli kalau dibeli dengan pemborong adalah RM0.50 per gram dan maybe akan dijual balik dalam satu ringgit. So kalau korang beli sayur, kebiasaanya berapa jenis sayur yang korang akan ambil and korang boleh kira sendiri untung atau pun tidak berniaga sayur ni.
.
.

PENIAGA KEDAI MAKAN
Orang yang berniaga kedai makan ni lagi laa dianggap jutawan senyap bagi aku. Nak tau sebab apa, contoh satu hari tu ada seratus customer yang datang ke kedai makan, kita kira untung untuk minuman sahaja. Contoh satu kepala untuk satu minuman, untung untuk satu jenis minuman adalah RM1.00, so kedai makan tersebut dah untung 100 hanya untuk minuman. Ni tak kira lagi tentang makanan. Perghhh
.
.
.
Korang mungkin akan kata “alaaa, situasi ko tak sama ngan aku, boleh laa ko cakap cam tu. Yes benda ni mungkin dah rezeki bagi aku, tapi setidaknya korang open-minded tentang perniagaan. That’s why nabi Muhammad dah bagitahu 9/10 adalah dari berniaga. Tapi kita tengok sendiri kat Malaysia ni agama or bangsa apa yang berniaga????sebenarnya kalau korang nak tahu, dari zaman dulu lagi melayu anggap orang yang berniaga ni adalah hina. Cuba korang tanya ayah or atok korang, zaman dulu maybe around 70an,80an kalau ada laki yang meniaga nak minang anak dara, sampuihh tak diterima orang tua pompan tu. sebab tu bangsa cina dah bolot harta, sebab dari dulu lagi mereka dah berniaga.Haha
.
.
.

So, apa kata korang berniaga pulak??

– w

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit