Harapan Anak Sulung

Harapan Anak Sulung

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada admin kerana siarkan cerita saya ini. Saya nur berumur 23 tahun dan berasal dari Perak. Graduan dari Politeknik premier dan dah tamat belajar lebih kurang setahun lebih.
Ibu dan ayah masih ada dan mempunyai dua orang adik lagi yang masih sambung belajar. Dan semestinya sayalah anak sulung dalam keluarga ini.

Ceritanya bermula bila saya dah tamat belajar. Ada impian nak sambung belajar tapi bila mengenangkan keadaan keluarga yang sederhana, harapan tulah yang pertama sekali saya korbankan. Tutup cerita nak sambung degree. Dua hari duduk di rumah lepas habis belajar ibu cadangkan supaya saya try cari kerja. Kata ibu nanti gaji bolehlah saya beli barang apa yang saya nak. Sebab kalau nak harapkan ibu atau ayah belikan memang mereka tak mampu. Yes semestinya saya faham maksud ibu, sebab time belajar dulu pun dah nampak susahnya ibu dengan ayah cari duit untuk belanja anak anak dia belajar.

Jadi satu hari tu saya pun keluar cari kerja berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya dapat kerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil yang beroperasi di pekan yang kecil ni. Untuk maklumat semua kawasan rumah saya ini cuma sebuah pekan kecil saja. Masih dikelilingi kawasan kampung. Saya mula bekerja dengan gaji RM900 sahaja. Saya kurang memilih sebab nakkan pengalaman dan juga wang untuk belanja sendiri dan sikit sebanyak membantu keluarga.

Dah hampir setahun lebih saya bekerja di syarikat yang sama, alhamdulillah mampu bantu keluarga dari segi perbelanjaan rumah dan belanja adik adik sekolah. Dalam waktu yang sama ada juga saya try apply kerja ditempat lain, lepas interview langsung tak ada jawapan. Dan sebab tu jugalah saya masih stay bekerja ditempat yang sama. Majikan pun ada naikkan gaji saya menjadi seribu lebih. Tapi dah tolak EPF dan SOCSO tinggallah beberapa saja. Itulah berbaki nak membayar PTPTN, bayar duit kereta, bagi pada mak dan sikit sebanyak belikan barang rumah. Nak ada simpanan tu agak mustahil sedikit.

Bila ada simpanan masuk pertengahan bulan mesti akan keluarkan semula. Bukan boros tapi terdetik dalam hati saya. Sampai bila saya nak biar ibu ayah sahaja membanting tulang menyara keluarga. Sedangkan saya sudah habis belajar. Sepatutnya saya dah boleh membanggakan ibu ayah. Saya dah boleh kurangkan beban ayah bekerja.

Bila ada timbul masalah kewangan dalam keluarga, saya sedar saya sendiri tak dapat membantu banyak. Dulu saya pernah berangan-angan, habis belajar boleh dapat kerja yang baik walau tidak hebat. Cukuplah untuk membantu ibu dan ayah. Mengurangkan tanggungan meraka. Tapi sampaikan ke hari ini belum menjadi kenyataan semuanya.

Belum berputus asa saya mencuba mencari pekerjaan. Masih terus memohon. Ada yang panggil temuduga dan akhirnya diam. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang sekarang, tetapi “harapan” ibu bapa yang membuatkan kadang-kadang diri ini rasa kurang berfungsi untuk membantu keluarga. Saya masih mencari kerja yang kalau bolehnya rezeki lebih sedikit dari yang sekarang. Itulah sebenarnya perasaan anak sulung. Tanpa dipinta sebenarnya dia faham, sedikit demi sedikit tanggungjawab terhadap keluarga akan beralih kebahunya.

Sementara masih menunggu jawapan dari majikan yang saya apply kerja, saya ada terfikir untuk beralih ke kerja kilang. Boleh dapat lebih jika rajin. Tapi mengenangkan ibu yang akan berada seorang di rumah jika saya bekerja shif malam, kerana ayah bekerja sebagai pemandu lori, jauh jalanya sehingga ke KL. Adik-adik pula berada di tempat belajar. Mak pula kurang sihat. Malam sakit pening dia nanti tak ada pula yang tengokkan.

Sehingga kehari ini. Saya masih berusaha. Mencari rezeki untuk keluarga kecil yang bakal saya pikul.
terima kasih :)

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments