Islam Agama Toleransi

Assalamualaikum admin. Mohon siarkan confession saya.

Saya bekas pelajar di salah sebuah IPTA terunggul di Malaysia, mengambil bidang pengajian Islam bahagian fiqh, telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Suami juga satu uni dengan saya, bidang yang sama bahagian hadis. Sejak saya belajar lagi ada satu perkara yang sering mengganggu emosi saya. Ianya berkaitan bidang saya sendiri.

Bidang fiqh ini luas. Jadi ada satu perkara yang menganggu emosi saya iaitu persoalan munakahat dan rumahtangga. Ok, dipendekkan cerita, saya sering tertanya-tanya, orang semua sedia maklum dalam rumahtangga kena ada toleransi kan.. tapi bila bab nafkah atau hak ni terus tiada toleransi.

Ok, contoh..suami wajib bagi nafkah dekat isteri kan..? Kalau contoh suami hanya bagi sekadar yang mampu, tetapi isteri berkeras nak kan hak dia adakah benda ni mampu menjamin keharmonian rumahtangga? Means tiada toleransi..

Ok bab suami pula, suami nak bersama isteri, pada waktu itu isteri dalam keletihan yang amat selepas urus rumah dan anak-anak, kadang-kadang tiada rehat dari pagi sampai malam, jadi isteri terpaksa tolak. Tapi suami nak tuntut hak dia, adakah benda ni mampu menjamin rumahtangga kekal? Tiada toleransi. Saya sedia maklum ada hadis tentang isteri yang tolak permintaan suami akan dilaknat malaikat.

Jadi bila benda2 ini berlaku, hilanglah sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga sebab tiada toleransi. Ada kenyataan yang berbaur unsur sindiran bila diajukan soalan sebegini. Contohnya “kalau macam tu tak payah kawin dah tak mampu bagi nafkah”, “kalau tak larat layan suami suruh suami kahwin lagi satu”.. Manusia ni sifatnya tidak sempurna dan tidak selamanya mampu itu ini, jadi memahami antara satu sama lain itu penting.

Untuk makluman, saya selalu ajukan soalan ini pada suami. Suami saya antara contoh suami yang selalu bertoleransi dan pada masa yg sama saya turut bertoleransi dengannya jika ada sesuatu yang tidak dapat ditunaikan dengan kadar segera. Dia beritahu ada hadis yang lebih tinggi darjatnya dalam membentuk keluarga bahagia seperti contoh:

Hadith sahih ade berkaitan akhlak Nabi saw dengan isteri-isterinya.

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”
(HR Termidzi, Ibn Majah, sahih, al-Albani, silsilah sahihah, no 284)

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”
(Hr Tirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani, As Sahihah no. 285).

Bagi saya toleransi itu penting. Toleransi ini hadir daripada sifat kasihan dan sayang. Ikutlah sifat nabi dan pada nama Allah itu ada ar-rahman dan ar-rahim. Dalam ibadat pun Allah bagi toleransi contohnya bab berpuasa, wanita menyusu dan mengandung tidak diwajibkan berpuasa sedangkan puasa itu wajib. Banyak lagi toleransi dalam ibadat sebenarnya kalau kita tuntut ilmu. Apatah lagi dalam berumahtngga. Mesti ada toleransi. Tapi tanggungjawab tetap ditunaikan.
Akhir sekali apabila kita jumpa hadis, telitilah dan kaji lah apa maksud tersurat dan tersiratnya. Islam agama ilmu. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

– Dhieya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit