Morning Sickness

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Thanks admin sudi approve confession aku. Sebenarnya, confession ni hanya perkongsian santai since aku tengah alami morning sickness sekarang. Fyi, anak first alhamdulillah dah 2 tahun lebih. Kandungan kedua gugur pada usia 2bulan, dan sekarang aku tengah mengandungkan kandungan yang ke-3 yang berusia 2 bulan. Alhamdulillah. Semestinya akan ada rasa sedikit nervous dan takut sebab pernah ada pengalaman gugur. Mohon doakan kandungan kali ini sihat ye? Inshaa Allah.

Morning sickness kalini lain sikit daripada kandungan pertama dan kedua. Kalau sebelum ni aku kerap muntah, tapi berselera makan. Kandungan kalini ada jugak rasa loya, tapi tak sampai tahap muntah lg dan aku tak muntah lagi setakat 2bulan ni. Syukur Alhamdulillah. Tak suka perasaan muntah tu. Tapi aku kerap pening, lemah badan, tak lalu makan, dan tak lalu minum air masak. Aku percaya, ramai mommies alami symptom yang sama kan? Dan dah semestinya aku risau giler la, cukup ke nutrient intake aku. Dan aku tahu, kalo sampai dehydrated, sangat tak bagus untuk tumbesaran janin. Tambah plak aku pernah ada diabetes history masa anak first, aku jadi makin berhati-hati dalam memilih apa yang aku makan.

Jadi aku pon google la pengalaman2 mommies lain dan nasihat pakar yang dorang share, dan aku try. Sebelum ni, aku lalu minum air manis je, lepas tu dari pening terus rasa segar. Tapi tak boleh la selalu kan. Aku try ikut cakap laki aku, kalau tak lalu minum air masak biasa, try minum air masak sejuk. Mula2 aku malas sebab aku keje dlm office beraircond. Nanti aku asyek ulang alik toilet je. Tp it really works! Daripada 500ml/8jam, skg aku dh boleh telan air 1.5l/8jam. 8jam kat office lah. balik rumah minum lah lg. Air sejuk yg dingin tu k, bukan yg sejuk macam letak ais batu tu. Karang ada yg condemn air ais penyebab perut buncit lah, tak elok lah. Air sejuk, kalau dah masuk dalam badan, jadi suhu badan jugak. Kerap kencing tu anggap je la sebagai exercise dalaman dan luaran. Dalaman tu meaning sambil2 buat ‘Kegel’ exercise. Bagus exercise ni boleh kuatkan otot rahim. Bukan setakat sedap diranjang je, ni untuk long term jugak untuk elakkan rahim jatuh.

Untuk makan plak, sekarang aku tengah tak lalu nak hadap lauk melayu. Haha. Tambah2 kat cafe office ni ada nasi je dengan lauk pauk yang berminyak n berempah. Dia punya tahap nk hadam tu, lama kemain. Bila dah start pening + sendawa tu, sangat2 la tak selesa. So apa aku buat, aku bawak bekal ala2 western. Ada roti bakar, salad, buah, kentang rebus/bakar, ayam/beef grilled, etc. Buat yg simple je, Kalau ada bekal protein tu selalunya aku buat lunch. Breakfast makan roti, salad dan buah. Roti tu wajib salut dgn telur sebab bila ada protein boleh kenyang lama sikit. The keyword is : bekal tu aku akan makan sikit2 secara kerap. Aku perasan la kalau aku buat macam tu, aku dah kurang loya + pening. Angin dalam badan pon dah tak banyak. Seriously.

Aku belum bukak lagi buku merah. Aku berharap sangat kandungan kalini aku tak kena diabetes. So aku tengah berusaha nak cari makanan alternative yg lebih sihat. Kalau nak cerita lebih, dah lari topik. So akhir kalam n suggestion aku buat mommies, selain bertanya pendapat kawan2, jangan lupa consult doctor yang bertauliah. Mungkin ada banyak lagi cara nk atasi morning sickness yang aku tak tau. Kalau dah teruk sangat loya korang tu, pergi jumpa doctor, nnt doctor akan bagi ubat yang sesuai. Kalau rajin, follow la doktor2 kat facebook atau instagram. Aku paling suka fb page Imelda Balchin sebab banyak sangat perkongsian yang bermanfaat. Tapi AWAS, mungkin ada perkongsian yang bertentangan dengan petua nenek moyang atau adat melayu kita, tapi sebenarnya dah dibuktikan dengan kajian saintifik. So berlapang dada lah ye. Taknak terima, jangan kutuk. Mana yang bermanfaat tu kongsilah dengan semua.

– Mommy B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit