Tips Chambering

Salam semua.
K. Mona lately scroll instagram. Wah meriah dengan gambar gambar adek adek Uitm semua graduate, K. Mona nak ucapkan tahniah lah kepada semua. Especially kepada law graduate yang perlu menjalani latihan dalam kamar atau pupillage atau chambering, haaa ni K. Mona nak share tips memilih tempat chambering memandangkan K. Mona dah melalui phase ini and K. Mona tak nak lah yang bakal bakal ni terseksa mcm mana K. Mona rasa. Ini adalah pengalaman peribada K. Mona. Kepada mak cik bawang masam yang nak kecam kecam K. Mona harap baca sampai habis anddddddddddd tak payah nak kecam K. Mona sambil sebut kesah kau chambering tahun 1993 tu ya. Tips K. Mona ni penting lah utk kau semua baca sebab kalau kau nak rasa nak terjun bangunan everyday even dah habis pun ha boleh lah skip tips K. Mona.

Tips 1: Buat research pasal firm yang kamu nak apply tu.

Okay ini palingggg penting. Research ni semua boleh buat dekat website malaysian bar. Dekat situ boleh tengok siapa dalam firm tu and berapa orang ada and lokasi nya semua. Pada K. Mona kalau kau nak contact dulu lawfirm tu pun okay. Yelah lagi bagus ye dak. K. Mona taknak sentuh pasal resume kau. Asalkan resume kau takde typo error okay je. Buat research tu betul betul ikutlah preference kau , kau nak firm kecik atau besar. K. Mona dulu salah pilih terpilih firm super kecik dan akhirnya hmmm mmg cheap labour lah.

Tips 2: Tanya sebanyak mungkin masa IV.

Pada K. Mona kau kena tanya possibility of being retain by the company after kau completed your pupillage lah. And cost filing pupillage kau. Selalunya akan bayarlah. Kalau tak bayar kau opt jelah firm yang lain. Oh penting jugak kau tanya apa scope kerja kau. Andd jangan lupa tanya allowance kau berapa. Ye ye K. Mona tahu kita semua nak join nak belajar kan tapi kena ingat perut kau tu nak isi jugak and kereta tuuuu bukan isi air hujan ye anak anak. Kalau kau dikota raya and dapat below 1000 better kau tolak jelah.

Mcm K. Mona dulu janjinya nak bayar cost filing tapi hmm sampai kesudah bergolok gadai berhutang dengan orang semata-mata nak filing. Yelah K. Mona bukan orang senang. Pergi kerja pun naik motor je. Dapat pulak yang gaji RM1150 je. Itulah nak bayar duit motor, itulah nak isi minyak, itu lah nak filing, itu lah nak bayar PTPTN, itulah segalanya. Nak kata K. Mona bodoh sangat sampai tak boleh apply tempat lain, result K. Mona 3.4 lah jugak tapi tulah mcm K. Mona cakap tadi penting utk kau buat research pasal firm ni.

Tips 3 : Guna kan peluang ni sebaik mungkin utk belajar.

Haaa mcm K Mona cakap tadi kau jangan lah pemalas. Biarlah orang bayar kau RM1500 sekali pun kau buat kerja mcm kau kerja RM2500 ! Tapi yang paling penting provided that company tu bayar kau lah at the end of the month. K. Mona honestly rasa kalau kau banyak mengular je hmm kau jangan bising lah. Tapi kalau kau rajin ha kau patut mintak hak kau.

K. Mona jugak nak ambik kesempatan ni nak mengingatkan semua yang kalau ada yang hari hari mintak / mempergunakan kau utk belikan lunch dia lah buatkan kopi dia pagi pagi ewahh yang jenis jenis makcik makcik pembuli ni ha better kau cakap dgn dia leklok yang kau datang ni as Trainee lawyer bukan nak jadi tukang buat kopi dia. Tapi kalau sekali sekala akak kerani kau tu mintak tolong belikan lunch sebab dia period pain ha kau tolong jelah. Tapi kalau hari hari dia period pain kau patut tanya dia dekat dia bila peranakan dia tu nak meletup je haa.

Kau K. Mona nak ingatkan jangan malas even kau kena bukak file beribu beribu yang kau nampak mcm bodoh bodoh je tu ha tapi itu sebenarnya akan mengajar kau sesuatu. Tapi kau patut pertimbangkan decision kau lah kalau kau dah bulan ke 6 masih kerja bukak file je, pergi mention pun tak pernah.

Tips 4: Cepat cepat buat keputusan.

Yang ni pun penting, jika sekiranya kau dah nampak yang macam tempat tu bermasalah gaji 15 hari lambat, or tak nak bayar gaji kau, ha masa ni kau firstly cakaplah leklok dgn master kau yang kau nak gaji nak pakai duit,nak teruskan kehidupan. Tapi kalau mcm takde apa apa je, K. Mona rasa better lah kau under diri leklok and cari tempat lain.

– K. Mona

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *