Aku Juga Ingin Berubah

Assalamualaikum semua, baru-baru ini aku ada terbaca mengenai “Aku Seorang Gay”. Secara jujurnya, aku juga seorang gay. Mesti korang ingat bangga aku nie seorang gay kan ? Bagi aku menjadi seorang gay menjadikan diri aku lebih jauh tersasar daripada ajaran islam yang sebenar. Aku juga ingin mencintai wanita, membina keluarga sendiri, mempunyai keturunan sendiri. Aku sedar sikap menyukai lelaki mula berjinak ketika aku berusia 11 tahun. Aku sering di liwat oleh jiran sebelah rumahku.

Pada awalnya, aktiviti meliwat ini aku merasakan adalah salah satu cara permainan namun setelah aku berumur 13 tahun, aku mula menyedari bahawa permainan yang selalu kami main dahulu merupakan aktiviti seks luar tabi’e. Itupun selepas kawan-kawan aku yang hyper aktif ini bercerita mengenai seks. Maklumlah, aku hanya berlatarbelakangkan keluarga biasa-biasa sahaja. Tidak tahu mengenai semua ini sehinggalah aku mempunyai kawan sebegini.

Sejak mengetahui perkara yang aku buat adalah salah, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi melakukan permainan tersebut sehingga aku sendiri menjadi gian dan ketagihan. Sukar untuk di tahan, ada kalanya aku kalah apabila nafsu menguasai minda. Masuk ke alam universiti, apabila berjauhan dari keluarga merupakan cabaran utama. Melalui aplikasi ‘Wechat’ dan beberapa aplikasi gay yang lain membolehkan aku berhubung dengan gay-gay lain untuk memuaskan nafsuku.

Dari zaman sekolah sehingga alam U, aku tidak pernah menyukai wanita walaupun aku mempunyai kawan wanita yang ramai. Ada kalangan mereka juga yang pernah meluahkan perasaan mereka namun aku tolak kerana memikirkan masa depan. Tetapi tidak bagi seorang gadis bernama F. Dia orang pertama yang berjaya membuat aku menyukai wanita. Aku mengenali F ketika berada di semester ke 2 semasa di university. Bagiku F merupakan seorang wanita yang ada kelas tersendiri. Kerana F aku mula menyukai wanita. Kerana F juga perasan gay mula luntur. Namun semua ini tidak berpanjangan, F sudah bertunang dan akan berkahwin pada Disember nanti. Frust menonggeng juga aku beb. Sampai hari ini aku masih tidak dapat melupakan F. Walaupun begitu, kerana kecewa, aku mula berjinak diri iaitu bercinta sesama lelaki.

Bercinta dengan kunyit nie bukanlah seindah bercinta dengan wanita. Focus utama bercinta kunyit ini adalah seks semata-mata. Bila kau dah ‘longgar’ pelbagai alasan akan muncul sehingga boleh menyebabkan pergaduhan dan ‘penceraian’ sesama kunyit. Menyesal juga aku terjebak dengan aktiviti sebegini yang akhirnya tidak memberikan manfaat kepada aku sendiri. Bila bersendirian, mengenang hidup sebegini, ada kalanya aku juga ingin berubah dan bertaubat. Namun ada kalanya sukar untuk aku laksanakan. Ketika hati aku mula bertaut untuk berubah, malaun-malaun dari spesis straight ini pula akan muncul. Menjanjikan bulan dan bintang untuk menerjah lubang taik tersebut. Aku dah lali dengan semua ini

Ada seorang kawan yang aku kenali, beliau juga seorang gay. Namun dia seorang yang alim tetapi hidup dalam gay. Dia sekarang melanjutkan pelajaran master di sebuah IPTA, mendapat biasiswa daripada kerajaan dan sekarang tinggal bersama-sama boyfriend nya. Aku terkadang terfikir, mengapa hidupnya begitu ? Siapalah aku untuk menghukum dia, namun walaupun dia dalam kancah gay mampu hidup dalam keadaan baik dan sempurna. Tidak seperti aku yang sekarang jobless.

Sukar untuk aku padamkan perasaan suka sesama jenis. Namun bila teringat kesannya, perasaan takut akan menyelubungi diri. Percintaan sesama gay tidak membawa kebaikan malahan hanya mendapat penyakit sahaja. Jangan terpedaya dengan cerita-cerita gay dari Thailand. Walaupun dalam cerita tersebut adalah gay, di kehidupan realiti, mereka juga lelaki straight !.

Aku akui, aku bukanlah seorang yang sembahyang lima waktu dan membawa Al-Quran. Namun setiap kali aku hendak melakukan “seks” ada kalanya hati aku terdetik mengenangkan perasaan ibu dan bapaku jika mereka tahu yang aku merupakan seorang gay. Lantas hajat tersebut terus aku batalkan. Aku juga sentiasa beristifar dan sentiasa mengingati Allah swt. Jauh di sudut hatiku, ingin sujud kepadanya, namun aku merasakan diriku begitu ‘kotor’. Ada kalanya, aku juga bersolat, namun aku tidak mempunyai istiqomah yang teguh. Aku perlukan seorang kawan untuk membimbing aku kembali kepada jalan yang lurus.

Tiada apa yang aku harapkan kehidupan di dunia ini, hanya ingin bertaubat dan mencari keredaan Allah swt, membahagiakan kedua ibu-bapaku serta membina sebuah keluarga yang bahagia. Aku berharap agar pintu hatiku terbuka untuk kembali dan berpegang kepada ajaran islam yang sebenar. Doakan aku. Insya Allah.

Bukan nama sebenar.

– R-WaN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *