Titik Permulaan Hidup

Hari ni saya ingin nak share satu pengalaman. Pengalaman ni satu sharing utk muhasabah dan memperbaiki amalan.

Kecik2 dulu saya memang sangat nakal. Arwah mak memang selalu tegur saya sebab kerenah saya betul2 meletihkan arwah. Rotan tak pernah menjadi. Arwah abah pulak tak pernah pukul cuma ugut ” nak potong kaki” kalau duk buas ke sana ke mari.

Musim banjir adalah musim yg terbaik utk saya jadi peronda air. Habis semua kawasan banjir saya redah bersendirian. Usia ketika itu – primary school. Best ever memory however.

Arwah mak selalu nasihat supaya saya jadi lebih “perempuan” dari sifat lelaki. Takde pokok di rumah kami yg saya tak pernah tidak kerabat. Waktu musim rambutan memang saya juara tukang bawak turun buah.

Saya juga malas mengaji alQuran. Bila arwah suruh pi mengaji saya pi kot lain.

Ingat2 semula rasa kesal tak terubati.

Dri darjah 1 hingga tamat belajar di Ipta saya tak pernah khatam AlQuran walau sekali. sehingga ustaz2 yg mengajar di Ipta jadi pelik. Saya berjubah dan bertudung labuh tapi tak kenal alQuran. Sedih dan wasted kann?

Mujur saya terbuka hati untuk ambik sabjek Lughoh alArobiya di semester 2 hingga 6. Kat situ lah saya mengenal huruf jawi dan Quran.

Di situlah saya mula jatuh cinta dgn alQuran.

Fast forward..

Got married. Having children. 8 children.

Allah panjangkan usia saya untuk mula membaca alQuran pd thn 2010 bila saya join facebook. Giler kan? Join fb dan kenal alQuran di sini?

Terima kasih kpd guru pertama saya Sheikh Mishary alAfasy. Video2 bacaan beliau lah yg finally menikam dan menerobos kejahilan saya. Love your Qiraat til now.

Sekarang saya masih belajar mengaji dgn tartil yg betul di masjid. Masih jahil dan bengap. Masih belum faham bnyk perkara tajwid. Tarannum jauh sekali. Bnyk sgt makan dan lihat benda2 yg syubhah. La agaknya.

I am a 49 -years- old Muslim who only learn to read the mushaf at 41. My first khatam was only recently while and after doing my hajj in 1439H.

Walaupun saya lambat khatam saya pastikan semua anak2 khatam. Mungkin salah seorang akan saya hafidzkan. Insyaaallah.

Perasaan bila boleh membaca dgn betul (at least) pd usia begini sangat berharga. Dlm kepala terbayang2 ayat2 yg dibaca, ketika dlm tidur dan dlm diam dan dlm jaga. Dengar saja bacaan yg merdu akan melele ayaq mata.

Sentiasa buka kesempatan dlm hidup utk memperbaiki kefahaman dlm agama. Ada ilmu; share sebelum lupa….bukan utk mengubah org lain tapi sekadar upaya utk menyahut suruhan Rasullullah saw utk ballighul anni walal aayah. Kerana hidayah Allah yg punya.

Antara reciters terbaik yg boleh saya refer yg sering baca dgn clear makhraj dan dengung adalah Sheikh Baleelah dan Sheik Abdullah Juhany kedua2 imam Masjidil Haraam.

InsyaaAllah mudah2an taufik ini berkekalan dan terpelihara oleh yg Maha Esa.

– Puan Yati

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *