Adakah yang Senasib? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adakah-yang-senasib/).

Assalamualaikum semua ahli IIUM Confessions. Bersama saya lagi Mell. Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya sebelum ini. Saya amat terharu kerana sudah lama saya memendam segala jalan cerita hidup saya dihati. Dan ketika saya menulis cerita ini hati saya sedang berbuku dan seolah-olah tiada semangat lagi untuk meneruskan kehidupan. Selalu terdetik dihati saya, adakah yg senasib denganku? Hidup dikelilingi orang ramai, tp hanya dua orang sahaja yg mahram denganku. Anak dan suami. Ibu kandung? Saya tidak tahu bagaimana status saya dengan beliau. Hatiku benar-benar sedang terluka dengan apa yg terjadi baru-baru ni. Saya pon tak tahu macam mana nk make it short, sebab saya nak luahkan everything. Harap-harap ada yg sudi dan mampu baca. Hehe. Izinkan saya bahasakan diri ‘aku’.

Tahun 2010, SPM aku sgt teruk. 1A je. Ramai yg terkejut dengan result aku sebab aku boleh dikatakan pelajar yg cemerlang. Aku belajar, tuisyen, tapi otak aku tak dapat serap mcm masa UPSR dan PMR dulu dek kerana tertekan dan kadang2 rasa murung. Mcm biasa, aku redha dengan result SPM aku. Sendiri yg ambil SPM, takkan nak salahkan orang lain ye tak? hehe.

Sebelum tu, sementara aku nk tunggu dapat tawaran sambung belajar tu aku ada kerja kilang, lepastu kerja hospital swasta di bahagian pantry. Masa kerja kilang aku still duduk rumah dengan mak tiri lagi. Tapi kerja 12jam, balik tidur je tak jumpa mak tiri aku. Selama beberapa bulan jugalah macam tu. Aku sangat happy kerja kilang tu sebab aku ramai kawan, aku enjoy dan bertambah happy sebab dah kurang bertembung dengan mak tiri. Lepastu aku kerja hospital yg dekat dengan rumah aku, aku dah mula keluar rumah dan bertekad tak nak balik lagi ke rumah tu. Bos aku ada bagi rumah sebab die tau kisah aku dan sebab anak dia kawan aku. Lepastu aku berhenti, aku duduk pulak rumah makcik aku yg dekat dengan aku tu. Aku panggil die Makjang. Makjang aku dah tetapkan peraturan masa aku duduk rumah dia. 6.30am mesti bangun dah. Aku kena sapu rumah, mop, dan tunggu anak jagaan dia datang sementara dia berniaga sarapan depan rumah. Lepastu aku sidai baju, lipat baju, angkat baju. Macamtu lah hari2. Yela, kita tumpang buatlah cara menumpang. Ayah aku bayar dia sebulan rm300 untuk bil api, air dan makan aku kat rumah dia. Lepas tu aku dapat tawaran belajar nangis jugalah Makjang aku tu sedih. Aku akui, Makjang aku seorang yg very helpfull person. Dialah bawak aku balik beraya, dia lah bawak aku jalan2, tumpangkan rumah.

Tahun 2011, aku belajar di Shah Alam. Shah Alam memang dikenali dengan tempat yg happening kn. Rezeki aku. Aku rasa macam seekor burung yg baru bebas dari sangkarnya. Aku tak ada lah belajar sangat, banyak jalan2 dengan kawan2, duduk condo pulakkn. Tapi result aku maintain 3.0 ke atas setiap sem dan pernah dapat Dean List. Alhamdulillah. Tapi kenapa masa SPM aku tak boleh? Entah lah :’) Tapi masa tu ada sedara-sedara (sebelah arwah ibu je sebab yg tu je aku rapat) aku yg dah mula berbunyi kata aku berlagak lah, lupa dirilah. Padahal sikit aku tak rasa macamtu. Aku selalu rasa rendah diri dengan status diri aku yg aku sentiasa bawa kemana-mana memandangkan orang boleh tau dr IC yg aku anak luar nikah sebab nama aku tak ada binti. Dari sekolah pon aku dah pernah kena ejek dengan kawan.

Dalam family tu aku lah orang pertama yg melanjutkan pelajaran. Yg sepupu lainkan lelaki. Diorg habis sekolah terus keje. Dan memang ada sepupu2 lelaki aku yg rapat dengan aku selalu tanya khabar sebab diorg kesiankn aku sahaja sebab aku tak ada mak. Itu je tak lebih. So adalah awek diorg, tunang, isteri yg cemburu. Bila aku balik raya ke, ada wedding ke, familyday ke, sepupu2 aku punya partner ni mmg ketepikan aku. Aku brcmpur dengan mak2 sedara je. Makcik2 aku pula mulut laser2 semua jenis cakap lepas, jenis sound setepek tak fikir hati kau. Tapi very helpfull. Ada juga orang tua yg macam ni. Aku tak tahu nk kategorikan mereka orang tua yg bagaimana. Membantu tapi dalam masa yg sama menyindir, suka mengungkit kebaikan diorg dan sering mencari salah. Aku tak terikut macamtu walaupon aku membesar dengan diorg dari kecil. Mybe sebab aku bukan keturunan diorg atau sebab arwah Ibu aku tak pula macamtu. Arwah Ibu seorang yg soft spoken dan sangat menjaga hati orang lain. Sebab tu Allah sayang.

Ingat lagi masa aku sem 1, Makjang aku call. Ingatkan nk tnya khabar, rupanya nk mintak duit makan katanya yg bulan lepas belum byar. Aku mengucap panjang. Padahal 2 bulan lepas ayah dah bayar rm600 untuk 2bulan lah tu. Malas nk pening2, ayah byar je lah lg 300. Sedih betul aku. Terasa sangat memang diorg anggap aku ni orang luar atau aku yg cepat terasa??

Makcik2 aku panggil aku bibik tu dah biasa. Kalau raya aku kena iron semua baju diorg. Ade 8 ke 9 family. 1 family 4-5org. Bayangkanlah memang banyak. Tapi aku ni jenis diam dan fikir aku ni cuma menumpang aje. Kena sedar diri. Aku buat je lah ape diorg suruh itu ini. Aku harap dengan apa aku buat, diorang takkan mengungkit sebab tu aku buat je apa yg disuruh. Kdg2 aku nampk beza layanan diorg pd aku dengan sepupu2 yg lain. Sekarang sepupu perempuan yg lain dah besar2. Dah habis sekolah. Lagi nampak beza. Aku je yg salah. Sepupu lain tak buat kerja pon tak kena apa2. Kenapa? Tapi aku telan je lah. Aku fkir kira baik aku ada family ni, kalau tak mane lagi aku nk tuju.

Ada 1 hari tu, aku dalam class. Tiba2 aku dpt mesej. Mesej yg aku tak sangka2. Aku ingat lagi mesej tu,
“Kau tu dah lah anak angkat, anak haram pulak tu! kau tak malu ke menumpang kasih kat makcik2 aku!” Mesej tu dr no sepupu lelaki aku yg rapat dengan aku dan isterinya sangat tak suka aku rapat dengan suami dia. Sedangkan kami jarang2 jumpa. Aku orang Johor dan belajar di Shah Alam, dia Negeri Sembilan. Menggigil tangan aku baca. Aku tak tahu apa yg isteri dia cerita sampai sepupu aku tu sanggup cakap macamtu. Dan macam mana dia tahu aku punya status ‘anak haram’ tu? Sedangkan makcik2 sahaja yg tahu. Perlu ke mak dia bagitahu anak2 dia? Perlu ye? Aku murung lagi.

Aku ceritalah pada makcik2 aku. Diorg just cakap,’ala nnti lama2 ok lah. Ala tak ade ape lah biaselah org tengah marah’ Itu aje? Aku rasa macam teraniaya sangat. Tak ada sesiapa nk tolong back up aku. Pada aku tu 1 hinaan yg besar buat aku. Kenapa aku dihina sebegitu? Apa silap aku pada dia? Sejak tu aku diam diri dengan diorg semua. Hati aku terluka, sakit. Rupanya 2 tahun juga aku tak contact keluarga tu. Raya pon aku kerja di Icity Shah Alam. Aku tak raya 2 tahun. Pagi raya aku tidur, tengah hari pergi kerja. At least gaji dpt double :D

Bila cuti sem, aku tak tau nk kemana. Kadang2 aku duduk je Shah Alam kerja Icity. Kawan2 aku semua balik. Sedih juga aku. Tapi aku kena kuat. Kdg2 ada juga aku balik, tapi balik rumah kakak angkat aku di Johor. Padahal kakak angkat aku tak ada. Cuti sem ktorg tak sama. Dia U lain. Aku duduk lah dengan family dia. Malu jangan cakap. Tapi aku tak ada tempat lain. Family kakak angkat aku yg offer aku dan mereka sangat kasihankan aku. Satu hari tu maklong aku call. Dia tanya aku cuti sem pegi mana tak balik2. Aku cakap aku balik rumah kakak angkat, then die marah aku. Dia ajak aku balik rumah dia. Dia kata kan aku masih ada makcik2. Buat apa balik rumah orang. Maklong aku ni lain bapak dengan mkcik2 lain. So die pon tak brape rapat sangat dengan mkcik2 aku yg lain masa tu. So dia faham keadaan aku. Aku duduk rumah dia pon dia tak mintak bayar. Dia kata tolong sapu dengan mop rumah je sebab die dah tua tak berapa larat. Tapi still aku buat cara menumpang rumah orang. Kena rajin dan jaga tingkah laku. Alhamdulillah Allah kurniakan aku sentiasa ada sifat merendah diri dan sedar diri. So setiap kali cuti sem, aku balik rumah Maklong. Cuma aku tak berapa selesa anak2 dia semua bujang lelaki. Tapi aku tiada pilihan lain.

Tahun 2014, aku dah habis belajar. Sementara tunggu kerja tetap, aku bekerja di Icity je sebagai cashier theme park. Ada satu malam tu, tengah aku sibuk melayan customer ramai gila, aku ternampak semua family2 aku yg aku dah diamkan diri selama 2tahun tu. Diorg jalan2. Macam family day lah. Sejak tu kami bertegur dan rapat semula. Aku simple je, orang ok dengan aku, aku akan ok je walaupun parut tu masih ada. Sepupu aku yg hina aku tu ada juga dengan isteri dia. Dia langsung tak pandang aku. Tapi nampak muka bersalah. Tapi tak mintk maaf pon smpai skrg. Hmm.

Pasal convocation aku pon ada cerita juga. Ayah dengan mak tiri datang. Masa tu adik tiri dah ada 3 orang kecil2 lagi dan semua lelaki. Ayah aku nak masuk dalam dewan tengok aku. Tapi katenya bini dia tak nak. Tak kisah pon aku, lagi aku happy janji ayah aku masuk. Sampai masa, ayah aku takda dalam dewan. Ayah aku call, dia cakap wife dia pergi masjid berhampiran tak keluar2. Ayah tak boleh masuk sebab adik2 semua ada pada ayah aku. 3 orang tu. Macam mana nk masuk. Aku tahu mak tiri aku sengaja buat macam tu sebab tak nak izinkan ayah aku tengok aku. Sampai hati kau wahai perempuan. Ini je sekali dalam hidup aku convo. Maka menitik lah air mata aku masa tu depan kawan2. Diorg tak tahu cerita dan aku takkan cerita sebab pada aku masalah aku sangat complicated dan takkan semua orang faham lagi2 yg hidup perfect cukup kasih sayang mak ayah. Masa bergambar pula, perempuan tu ada pula sebab dia taknak aku brgambar berdua dengan ayah aku. So dalam gambar convo aku ada muka dia. Sampai skrg aku tak tau mana gambar convo aku. Sebab aku tak nak tengok lagi. Hati aku hancur lagi. Masa ni aku dah mula benci sangat pada mak tiri aku. Aku sendiri pon tertanya2 macam mana penghidap skizo boleh jadi ckgu yg bergaji sbulan 5k? Rezeki dia.

Tahun 2015, aku 22 tahun, Alhamdulillah aku dapat bekerja di sebuah syarikat Oil And Gas di Wisma UOA II di Jalan Pinang. Area KLCC. Tapi kontrak sahaja selama 2tahun. Aku tak sangka dan sangat bersyukur. Aku rasa kesedihan aku sudah terubat. Bos aku sampai sekarang menjadi sahabat karibku dan telah memeluk Islam sebelum aku berhenti kerja. Semasa bekerja tu jugalah aku berjumpa dengan jodohku. Bukan 1 ofis ke apa, tapi ada orang kenalkan. Beliau yg kini suamiku masa tu bekerja di Ampang sebagai Assistant Engineer. Kenal sekejap je lepastu aku kahwin pada 28 Mei 2016. Pernah aku tanamkan niat, aku nak kahwin sebab nak ada family baru, nak ada seorang mak baru yg boleh aku bermanja. Tapi entah lah, mungkin sudah tertulis itu jodoh aku. Keluarga suamiku bukan orang senang. Mereka orang susah. Ditambah pula dengan mak mertuaku yg tidak normal. Aku tak tahu specific sakit dia, tapi dia sakit meroyan selepas melahirkan suami aku. Tapi sehingga kini die boleh uruskan diri, mengemas, masak. Cuma selalu cakap sorg2 je dan jerit2. Suami aku anak sulung. Dan ada lagi adik lelaki dua orang. Macam mana ye boleh ada adik lagi dgn keadaan macam tu? Hehehe..gurau je. Rezeki Allah bagi. Sudahnya tiadalah rezeki aku untuk merasai perasaan mempunyai seorang ibu lg. Aku redha.

Masa aku kahwin, yg menguruskan wedding aku adalah ayah aku dan Makjang aku sebab rumah dekat je walking distance. Makjang aku yg volunteer. Masa tu aku kat kL. Agak susah jugalah bila orang lain yg uruskan. Banyak jgk selisih pendapat. Sudahnya pelamin, baju aku hancur. Makjang aku yg nk sangat bridal tak betul tu. Sedih aku. Malang lagi nasib aku tengok pelamin buruk. Baju aku sewa kat bridal lain. Senang cerita apa yg aku nak pada wedding aku semua aku tak dapat dek kerana Makjang aku tu. Nanti kalau aku membangkang, aku juga yg kena. Aku tak happy pon masa wedding aku. Segala kos wedding aku ayah aku yg tanggung. Ayah aku tak putus2 bagi aku duit dari sekolah, belajar sehingga lah aku ada anak 1 ni. Hehe..Cuma kasih sayang tak dapat bagi..Sekarang ni pon aku duduk di Johor rumah ayah aku. Dia memang seorang ayah angkat yg baik.

Bila aku dah tamat kontrak kerja, aku ada anak sorg, aku pindah Johor rumah ayah aku ni. Sebab dia nk dekat dengan cucu. So aku jadi rapat semula dengan ayah aku. Dia selalu dtg rumah dengan adik2 tiri aku sebab nk main dengan cucu. Wife dia tak pernah dtg. Bila aku dah duduk jauh ni, timbul masalah lain pula. Masalah dgn adik ipar dan biras. Tapi masalah 1st lepas kawin adalah masalh biras. Biras tu dr awal tak puas hati dengan aku sebab aku kahwin, masa die dah nak bersalin dan aku betul2 tak tahu. Lagipon aku kahwin date semua ditetapkan oleh makcik2 aku. Sebab diorg yg uruskan wedding aku so aku kena ikot bila diorg free. Smpai lah masa aku berpantang, dia maki hamun aku sebab suami dia, adik ipar aku, dtg melawat aku senyap2 tak bagitahu dia tapi kantoi kat wassap sebab die cek fon adk ipar aku tu. Masa tu aku belum pindah Johor lagi. Masih di kL. Adk ipar tak bagitahu biras aku tu sebab dia tahu yg isteri die takkan bagi untuk melawat aku so dia pergi senyap2 memandangkan ofis dia dekat dengan rumah aku. Tapi rumah jauh. Tempat kerja je dekat tu yg dia singgah melawat aku dan baby. Aku berpantang sendiri je. Tengah pantang, pantang sendri pulak tu, kena maki hamun lagi. Murung aku. Apalah nasib aku.

Tahun 2017, bila aku dah pindah Johor, masalah pula dengan adik suami yg bongsu tu. Dia selalu cari gaduh dengan aku dan suami sebab kami jarang2 balik kampung. Dia cakap kami anak tak guna dan macam2 lagi. Dulu masa di kL aku balik 2minggu sekali. Kampung di Jelebu. Sebab dekat 2jam. Tapi bila di Johor, kami balik 3bulan sekali. Sebab kos ke sana yg membuatkan kami tak dapat balik selalu.Tapi tiap bulan suami bg duit dapur kmpung dan bayar bil2. Tak pernah lepas tangan. Aku dah tak bekerja. Hanya surirumah. Aku tak jumpa babysitter yg terbaik untuk anak aku dan anak aku selalu sakit smpai kena tahan wad. Sejak di Johor ni aku selalu brgaduh suami isteri disebabkan adk ipar tu. Sampai dia suruh kami bercerai macam dia. Dia berkahwin 8 bulan sahaja lepastu isteri dia tuntut fasakh sebab dia malas kerja dan terlibat dengan ganja. Aku dan isteri dia ok je tiada masalah. Tapi adik ipar aku maki hamun aku menyalahkan aku punca diorg bercerai. Nangis2 aku. Yela, bukan tuduhan yg kecil tu meruntuhkan masjid orang. Lepastu aku contact biras aku, dia cakap bukan sebab aku. Tiada kena mengena dengan orang lain. Aku lega sikit. Tapi adik ipar aku tu dah tak bagi aku balik kampung lagi. Risaukan keselamatan aku, suami aku balik sorg2. Mujur ayah mertua aku faham dan tak nak perbesarkan masalah ni. Tapi aku tertekan kerana dengan family mertua pon aku ada masalah. Teruk sangat ke aku ni?

Baru2 ni, 8hb Feb 2019 hari Jumaat, anak lelaki Makjang aku kahwin. Tarikh tu juga adalah birthday aku. Suami aku tak dapat cuti. So aku lah wakil datang masa hari pernikahan sepupu aku tu. Khamis malam tu pon aku dan suami dah bermalam di rumah Makjang aku. So Jumaat tu suami keje, aku je lah join. Malam tu suami aku datang lepas habis kerja untuk ambik aku. Esoknya pula hari sanding sepupu aku. Tapi kami tak dapat datang sebab memang dah berjanji dari tahun lepas lagi yg best friend suami aku kahwin 9hb. Memang dr last year dah save the date. Sepupu aku pulak lagi 2minggu nk 8hb Feb baru decide tiba2 yg dia nk kahwin. Sebelah perempuan je buat. Sebelah Makjang aku tak buat lagi. So tak ada apa2 preparation nk buat sangat. Malam tu suami aku balik kerja direct ambik aku. Tiba2 Makjang aku tanya pada suami, “ Habistu besok kau tak ada lah ye? Ohhh, kau kawin dulu aku yg uruskan! Aku yg banyak bantu! Bila majlis aku kau langsung tak ada! “ Sambil jari telunjuk dia tuding betul2 kat depan muka suami aku dengan muka bengis gila. Aku pon ada kat situ, aku terus cakap pada suami depan2 Makjang aku, “Apa yg saya jangka akhrnya jadi jugakn?” Lepastu aku terus bangun masuk bilik nk kemas beg nak balik. Hati aku hancur. Benda yg aku paling takut dari keluarga ni iaitu ungkit mengungkit akhirnya jadi juga.

Masa aku keluar bilik dengan beg dengan mata bengkak nangis semua sedara mara terkejut. Maka tercetus lah pergaduhan yg besar di hari sepatotnya menjadi hari bahagia kami semua. Salah aku ke? Aku sangat kecewa. Masa aku nk kahwin dulu aku memang dah risau bila ayah aku cakap Makjang nk tolong. Aku kenal Makjang aku tu macam mana. Ingat tak masa aku belajar di sem 1 dia mintak bayar duit makan tu. Sedangkan dah bayar dan aku pon duduk kat rumah dia tak goyang kaki. I did everything kecuali masak. Then aku ditarik ke bilik oleh Maklong, Mak Utih, Mak Dak dan Mak Jang ada sekali. Kononnya nk bincang. Tapi aku tengok diorg menyalahkan aku katanya aku yg cepat terasa, aku sering menganggap diri aku orang luar, aku tak kenal perangai merekalah wlupon aku dah dari kecil dgn diorg. Aku luahkan segalanya. Tapi diorg tetap cakap aku yg tak fham diorg lah, katanya Makjang aku gurau sahaja. GURAU. Hakikatnya demi ALLAH, aku dan suami shaja yg tahu dia tak gurau. Sebab aku kenal mereka semua lah aku tahu mana gurau mana serius. Dan macam aku kata, aku dah jangka lama benda ni akan jadi cuma tak tahu bila. Because I know them so much. Hasil perbincangan kami bermaafan juga. Yela, takkan aku nak balik dengan keadaan bergaduh. Aku mengalah. Aku sedih sehingga kini dan tiada selera makan.

Aku fikir apa perlu aku buat. Adakah aku perlu menjauhkan diri dr keluarga ini yg sering mendera emosi aku dengan kata2 mereka? Bersediakah aku bila tiba hari raya nnti aku tiada siapa2? Aku buntu. Aku kesiankan anak aku kalau dia tiada sedara mara. Pernah juga aku berharap di dalam mimpi agar ada 1 pasangan suami isteri yg tiada anak, yg dah tua, yg menerima aku dengan ikhlas tanpa berkira, tanpa balasan. Aku tak mampu nk balas jasa mereka yg membantu aku dr kecil sejak dr arwah Ibu pergi. Di luar kemampuan aku nk balas semua. Ayah aku juga tak pernah lupa mereka yg membantu aku. Ayah aku sentiasa hulur duit dan bantuan kalau jumpa tanda ayah aku menghrgai mereka. Aku pula sering dtg ke rumah Makdak, Maklong Makjang semua. Sebab dekat2 je. Itu je yg aku mampu buat. Sepupu2 lain ramai je buat hal sendiri. Tak ziarah mak sedara pon. Yela sume busy hal masing2. Ada je tak dtg wedding tu, tak kena apa2. Malah ada adik makcik2 aku sendiri ada yg tak dtg. Mereka boleh ckp, “Tak pe lah dia ada masalah kewangan” Tapi aku???? Actually apa yg mereka expect dr aku? Aku cuma anak sedara. Tp diorg treat aku macam aku adik bradik diorg and diorg expect more from me.

Menjawab komen2 anda, masalah mak tiri aku dengan ayh aku masih lagi berlarutan sehingga kini. Macam tu je lah tiada perubahan. Ayah aku seorang yg penyabar. Dia redha jgk macam aku. Aku dengan nenek yg menyerahkan aku tu pon kami contact lagi. Ziarah2 mcm tu je lah. Sebab area Johor juga. Dia sakit tua skrg. Kecil je dunia ni. Lagipon aku bkn mahram mereka. Aku tiada hubungan apa2 dengan mereka. Aku dengan kakak2 aku je rapat selalu lepak sama. Tupon sebab diorg perempuan. Kalau lelaki mmg tak lah nk rapat. And yes, Lelaki yg menghasilkan aku tu dah kahwin and dapat lah kakak2 aku tu. 3 perempuan seorg lelaki sebaya aku. Total 4 lah anak dia. And yes, die berskandal dengan seorang perempuan sehingga terjadinya aku.

Aku selalu berlapang dada dengan ujian aku. Tapi aku je yg tak kuat nk menghadap tohmahan orang. Sebab aku dah cuba sedaya upaya untuk menjadi yg terbaik, menjaga tingkah laku, menjaga maruah diri, membawa diri dgn baik, menjaga batas pergaulan dengan semua di sekeliling aku, tetap aku kena juga. Dan tolonglah jangan cakap aku still bernasib baik nak dibandingkan dengan kes ini kes itu. Ujian setiap orang memang takkan sama. Itu kerja Allah. Aku disini hanya meluahkan dan fikir macam mana lagi aku perlu teruskan hidup dengan tohmahan orang sekeliling. Aku bersyukur dengan apa yg aku ada. Tapi di sini aku berbicara tentang masalah aku. Ia memakan diri aku sejak aku kecil hingga sekarang.

Ayah sekarang bekerja di oversea sejak tahun lepas. Travel sana sini atas urusan kerja. Adik2 tiri aku ayah aku nk masukkan asrama tahun depan. Diorg 12 tahun, 11 tahun, 8 tahun. Aku rapat dgn diorg walaupon mak diorg tak suka aku. Aku sayang diorg. Diorg pon selalu ikot ayah aku ke rumah aku. Ayah aku pernah cakap, malu nk cerai dah tua2. Lagipon isteri dia dah bagi dia anak 3 orang. Jadinya ayah sabar je lah. Sebab tu ayah aku pilih untuk ke oversea sebab dia dah tak tahan serumah dengan wife dia. Sorg msuk bilik, sorg keluar bilik. Macam tu je hari2. Makan pon kat kedai. Ayah aku makan hati smpai dah tak nak usik masakan isteri dia lagi.

Aku dah tak tahu nak kata apa dengan life aku. Itu antara cerita yg benar2 buat aku terluka. Banyak lagi hal lain. Tapi biarlah. Aku dah tak kuat macam dulu. Aku juga suspect cancer baru2 ini dan tulang belakang bengkok. Tapi hasil biopsi cancer Alhamdulillah negative. Cuma dokter masih pantau aku.

Adakah yg senasib denganku, tiada mahram lain selain suami, anak dan mak ayah mertua?

Terima kasih semua. Assalamualaikum.

– Mell Abdullah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *