Untuk part I, (https://iiumc.com/api-cinta-suami-orang/).
Assalammualaikum semua. Thanks admin sudi share confession ni. Ni bukanlah sambungan kisah terdahulu, tapi lebih kepada part II, suami orang yang lain. Bezanya sekarang, saya dah title isteri kedua orang lain.
Actually, bila dah pindah jauh dari suami atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, dengan harapan benda akan jadi stabil and relax balik, and start a new life. Kononnya.. Dugaan jauh daripada suami dan ada anak kecil ni, lelaki lain akan nampak macam kita ni helpless and memerlukan pertolongan…
Dipendekkan cerita, saya berkenalan dengan seorang suami orang ini atas urusan kerja. Mostly because he is my mentor la, so banyak ilmu nak ceduk dari Mr. Y ni. Biasa bermesej hal-hal kerja.. So memang takkan dapat lari daripada dia la.
But suatu hari, saya berjumpa dengan Mr. Y ni dalam meeting.. Lepas meeting, hujan gerimis dan saya parking kereta agak jauh.. So dia pelawa untuk hantar saya ke kereta, memandangkan dia parking kat valet area.
Tak jauh pun jaraknya, mungkin dalam 300m, tapi hujan kan.. So saya oklah.. Sebab dekat.. Plus I respect him as my mentor… So anggap macam ayah tolong anak… Tapiii.. Saya silap. Betul-betul silap. Sebab saya betul-betul tak sangka Mr. Y dah menaruh hati pada saya dari pandang pertama…
Dan mungkin kerana air Mr. Y ni dah naik kepala, saya berdua dengan dia dalam kereta for less than 5 minute pun dia try untuk pegang-pegang saya. Saya tolak dengan hormat dan minta diturunkan cepat berdekatan dengan kereta saya.. Dan dalam gerimis hujan, saya redahlah jugak.. Semata nak jaga maruah saya. Jujur, saya malu.
Lepas tu, dia tau saya rasa tak selesa and dia rasa bersalah.. Dia call banyak kali untuk minta maaf.. Kata tak sengaja.. Terpegang dan sebagainya.. Which is untrue at all. Dia siap boleh tanya, “awak PJJ yer.. Bila masa je awak dapat seks dari suami?”… Ya Allah! Rupanya macam tu pandangan dia pada saya. Eh, saya isteri orang!
Dengan baiknya saya beritahu dia, saya ada anak 2 orang yang saya urus.. Yang baby masih breastfeed lagi… Tak sempat saya nak fikir pasal seks atau menda lain.. Penat uruskan anak-anak.. Kerja lagi… Endingnya, dia minta maaf.
Saya beritahu. Saya hormat dia sebagai mentor tapi itu sahaja lah… Saya isteri orang dan saya sayang suami saya walaupun cuma menumpang kasih suami orang dari jauh, saya bahagia.. Bahagia sebab sekarang maruah saya terjaga… Juga bahagia sebab saya dapat suami yang baik, yang berusaha beelaku adil. Alhamdulillah.
Dulu masa menjanda 4 tahun, terlalu ramai lelaki begini. Suami orang, ayah orang, dah berusia… Tapi perangai macam ni. Sekarang, dengan jadi isteri orang, saya niat utk jaga maruah saya.. Tapi masih lagi wujud lelaki macam ni. Dugaan…
Saya yakin, Mr. Y akan cuba habis-habisan untuk dapat apa yang dia nak. Dan saya pun akan cuba sehabis baik untuk elakkan diri daripada dia kecuali hal kerja yang memang tak dapat dielakkan. Tolong doakan saya kuat melawan godaan ni. Aamiin..
Anyway, one of the take aways saya dapat daripada banyak pengalaman diganggu suami orang, tunang orang ni.. Ini nasihat saya..
Isteri-isteri di luar sana.. Tolonglah jaga “bawah perut” anda dan “bawah perut” suami anda. Tolong! Sebab perkara ni selalu suami isteri tak bincang sebab malu sedangkan ini benda yang sangat perlu dibincangkan.
Beritahu pasangan kalau tak puas, kalau nak cuba posisi lain, kalau berbau atau apa sahaja.. Tapi tolong, jaga! Sebab semua suami orang yang saya jumpa semuanya air dah naik kepala. Cerita isteri di rumah tak da nafsu dah.. Penat kerja, jaga anak dsb..
So saya nak beri tips untuk jaga “bawah” bagi isteri-isteri…
1. Kegel exercise. Amalkan setiap hari.. Setiap kali duduk, berjalan. Macam mana? Kemut macam tahan kencing. Buat hari2, banyak kali.
2. Squat. Tolonglah squat ya. Tak tau squat tu apa, sila google.
3. Bertangas. Buat seminggu sekali. Tak susah kalau tak jumpa bahan2, ambik daun pandan, kayu manis, rempah ratus kat dapur tu… Panaskan, biar ada bau wangi dan bertangaslah. Baki air, buat mandi.. Macam mandi masa pantang.
4. Jaga bau badan dan bau mulut. Sebab apa yang kita makan, minum, semua akan jadi bau dan beri kesan pada bawah. Ingat suami ada selera ke kalau isteri mengalami keputihan melampau?
5. Jumpa doktor kalau tak tahu. Please, jangan malu jumpa doktor dan tanya.. Carilah klinik doktor perempuan.. Cerita masalah perempuan anda… Berurut, jumpa mak bidan.. Dapatkan nasihat…
Tolong ya isteri-isteri.. Jaga suamimu bukan di perut sahaja, tapi yang bawah perut tu lebih penting. Suami tak kisah sangat kalau lapar sebab boleh makan kat luar, tapi yang kat bawah tu… Kalau tak cukup kenyang, memang makan luar juga jadinya.
Apa pun, terpulang lah pada pendapat masing-masing. Saya beri nasihat sebab saya dah jumpa macam-macam jenis lelaki. Mungkin ada lelaki/perempuan yang tak setuju, tapi tunggu.. Kamu belum sampai ke tahap itu. One day, you will feel the same.
– Nuradiba Natasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit