UPSR Bukanlah Segala-galanya

Assalamualaikum. Hari ini kecoh orang bercakap tentang UPSR. Tahniah buat adik-adik yang berjaya. Buat yang tidak cemerlang, usahlah bersedih. UPSR je pun.

Ini sedikit kisah hidup aku. Aku dari UPSR sehingga SPM result sentiasa excellent. Dalam kelas sentiasa top 3. Budak hot la masa tu. Sudahlah bijak, cantik pulak tu.

Hihi, aku cuma quote pujian kawan-kawan aku je ni. Pergi kem kecemerlangan daerah ke negeri ke mesti ada lelaki yang mengorat. Tidak kurang jugak ada yang crush kat aku sampai sekarang.

Sudahlah bijak, aktif kokurikulum pulak. Aku aktif berdebat, aktif berpidato dan sentiasa wakil sekolah dalam acara-acara tersebut. Masa tu, aku rasa sangat bahagia. Ibu bapa aku adalah orang yang paling happy. Dan aku adalah anak yang paling bahagia kerana dapat menggembirakan kedua ibu bapaku.

Di saat rakan-rakan lain bercita-cita mahu jadi doktor, aku pula bercita-cita mahu jadi saintis.

Aku sangat minat dengan research kerana curiosity aku tinggi. Aku ingin kaji itu ini, mengapa ia jadi begitu begini, proses yang berlaku dan sebagainya. Aku ada macam-macam idea dalam kepala otak nak disumbangkan untuk negara.

Selepas spm, aku sudah target mahu study sampai PHD sebab aku nak jadi researcher yang tinggi ilmunya.

Aku tolak offer biasiswa yang nak sponsor aku sambung medik di luar negara. Aku tolak offer biasiswa MARA yang nak taja aku sambung belajar dalam negara dalam bidang engineering. Aku tolak tawaran maktab untuk program SPC luar negara. Semua aku tolak.

Yes, ibu bapaku sangat marah. Mereka kata impianku untuk jadi saintis belum tentu tercapai kerana perjalanan masih jauh. Mereka inginkan masa depan yang stabil untukku.

Jadi mereka sarankan aku untuk jadi doktor, atau engineer. Tapi aku tetap memilih untuk sambung asasi dan terus sambung degree di IPTA.

Syukur aku masih dapat biasiswa ketika sambung degree. Kemudian aku further study sampai master dan phd dan keduanya masih juga ditaja. Alhamdulillah. Cuma apa yang berlaku selepas phd aku?

Aku menganggur. Beribu-ribu resume yang aku hantar, semuanya kena reject. Alasannya? Well you can expect it. Overqualified of course. Then aku turunkan expected salary aku sampai RM1000 sahaja yang aku minta, pun masih ditolak.

Alasannya gaji yang dipinta tidak relevan dengan kelayakan. Mungkin mereka fikir tendency untuk aku lompat kerja tu tinggi, so that’s why they dont hire me. Ada jugak aku pernah attend interview kerja di sebuah syarikat terkemuka.

Terkejut penemuduga tengok fail dan sijil aku. Terus mereka cakap sesama mereka, “ni bijak sangat ni.. confirm akan sentiasa cari better offer pasni”. Then tahu-tahu je aku tak diterima.

Semua kerja tak nak kat aku, akhirnya aku pergi lah cari kerja yang memang senang nak dapat. Kerja ni walk-in pun boleh terus dapat. Yelah, aku fikir.. sampai bila nak mengangggur? At least kerja jelah pape asalkan duit masuk. Sambil2 tu boleh aku cari kerja yang relate dengan bidang aku.

Aku pun try mintak f&b, berduyun-duyun tawaran kerja dapat. Maklumlah, bidang ini sentiasa nak pakai staff. Kau spm fail pun still kau akan diterima kerja f&b. Akhirnya aku pun mulalah kerja sebagai waitress . Ya, at the age of 3 series aku baru dapat kerja sebagai waitress je sebab aku takde work experience.

Mula-mula kerja f&b ni, Ya Allah penat gila. Sumpah penat nak mati. Kaki aku bengkak, badan aku longlai, kepala pening sebab kena ke hulu ke hilir dengan sangat cepat. Maklumlah restaurant tempat aku kerja ni busy yang amat.

Setiap hari aku struggle nak quit kerja. Dengan gaji murah, penat melampau, kerja overworked dan sentiasa overtime,. keluar pagi balik tengah malam.. hampir setiap hari begitu.. aku fikir aku takkan bertahan lama.. Tapi rupa-rupanya sudah lama aku melekat dalam bidang f&b ni..

Alhamdulillah sudah naik pangkat.. tapi gaji ku tidak lah seberapa nak dibandingkan rakan-rakan seusiaku yang lain.. classmate aku yang paling tercorok result tiap kali exam dulu sekarang sudah jadi engineer dengan gaji basic 6k.. padahal dia hanya belajar diploma sahaja.. tapi dia selalu naik pangkat..

Kawan aku lagi seorang upsr dia tiada A.. spm pun tiada A.. tapi sekarang sudah jadi doktor.. dengar cerita tengah sambung master nak jadi doktor pakar.

Kawan aku yang lagi sorang, masa degree dia kena dismissed sebab cgpa tak sampai 2.00 (tak silap aku lah).. tapi sekarang sudah jadi business man.. dengar cerita income bulanan lebih 20K.. masyuknyee… hidup dia pun sudah mewah.. banglo besar.

Aku pula? masih menyewa di rumah flat buruk.. masih bergantung dengan public transport ke sana ke mari

Kadang2 aku terfikir.. hidup ni memang bagai roda.. dulu hidup aku asyik indah saja.. sekarang aku baru merasa jadi orang yang malang..

Orang laih mungkin dulu hidupnya malang, tapi sekarang baru berjaya semai kebahagiaan itu..

Buat yang merasa hidupnya tiada hala tuju, bersabarlah.. mungkin roda kita belum berpusing lagi.. Tunggulah beberapa tahun lagi, dengan izin Allah, kita pasti akan kembali temui sinar bahagia itu…

Buat yang sedang bahagia, berwaspadalah.. risau takut roda hidupmu berpusing dan kamu tersungkur ke bawah semula..

Pokok pangkalnya, semua yang indah itu adalah pinjaman dari Allah.. Bila-bila masa dia boleh tarik kebijaksanaan kita, kehebatan kita, kerja yang bagus, gaji yang mahal, suami, /isteri yang baik, anak-anak yang comel.. ini semua pinjaman.. jadi janganlah riak dan angkuh

P/s : Ruginya negara keluarkan duit taja budak2 pandai tapi akhirnya tak dimanfaatkan pun untuk negara.. So what’s the use of scholarship kalau bukan untuk give back to the nation? Im talking about me. Dari lepas spm sampai phd kerajaan taja pelajaranku tapi akhirnya?

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *