Assalamualaikum. Ini merupakan kali pertama aku mengisahkan coretan di sini sebab aku dah tak tau nak luah kat mana.
Nak luah kat kawan pun bukan semua sudi walaupun sekadar mendengar. Nak luah kat keluarga, nanti risau memnajang pulak. Semua jadi serba salah dan tak kena.
Straight to the point, aku dah berumur dalam lewat 30-an, masih bujang dan tinggal berjauhan dengan keluarga sebab merantau di negeri orang.
Aku dah kerja di beberapa buah syarikat swasta. Tapi, setiap kali aku kerja selepas 3-5 tahun, mesti akan jadi masalah yang sama. Aku rasa macam hidup ni tak bermakna pun. Nak mati ajal tak sampai lagi. Bunuh diri tu memang takkan la selagi akal fikiran waras.
Bila aku mula bekerja di satu syarikat tu, aku memang tak pernah lagi dapat rezeki gaji pokok yang besar. Hanya harapkan tambahan daripada kerja lebih masa dan elaun tambahan.
Gaji bersih sudah cukup untuk membuatkan aku mampu hidup serba sederhana (walaupun bujang, lebih separuh gaji aku kena tanggung keluarga di kampong;
Lebihan tu je aku gunakan untuk sewa, makan, minum, minyak dan sebagainya.) Asal ada saving mesti akan ada keperluan lain yang tak boleh dielakkan; jadi la aku penduduk bandar miskin tegar.
Selepas 3-5 tahun bekerja, bisnes syarikat tu mula menjunam. Jadi hanya akan dapat gaji pokok tanpa ada yang lain. Bermaksud gaji bersih aku akan dapat separuh daripada sebelum ni.
Perbelanjaan untuk keluarga di kampong terpaksa aku kurang kan sedikit sebab gaji bersih aku sekarang pun sama macam yang aku hantar setiap bulan sebelum ni.
Aku bernasib baik sebelum ni, sebab aku masih senang dapat kerja lain (aku ambil jer apa-apa kerja yang kosong tak kisah lah bahagian akaun, admin, purchasing, production, sales, service, technical).
Tapi kali ini aku rasa down sangat sebab aku dah apply banyak sangat syarikat lain dah setahun tapi takde satu pun yang even panggil untuk temuduga.
Syarikat sekarang ni tengah tunggu masa jer nak closed down dan gaji pun makin hari makin potong sana sini sebab dipaksa ambil cuti tanpa gaji. Makin la aku rasa kehidupan aku semakin down dan merudum.
Sampai tahap aku hanya mampu makan Maggie sebungkus sehari jer. Memang menangis jer kerja aku bila waktu makan. Tapi aku sentiasa kuatkan hati cakap aku dapat jugak makan, orang lain sampai berhari-hari tak dapat makan langsung.
So, aku buat part time sana sini yang boleh sediakan makanan sebab memang sekadar untuk kelansungan hidup jer. Aku baru mula buat online bisnes (beberapa bulan ni boleh la dapat gross profit dalam RM100 sebulan).
Aku sangat bersyukur sebab aku masih mampu bekerja, makan, minum dan menampung perbelanjaan keluarga di kampong. Tapia da masa tu, memang rasa down sangat-sangat sampai air mata boleh jatuh sendiri tiba-tiba.
Umur dah nak masuk 40 tapi kerja dan kehidupan tak stabil. Aku rasa macam aku dah tak ada masa depan yang cerah langsung. Sampaikan selalu jer terpikir kenapa aku tak terlibat dalam kemalangan dan terus mati.
Yang nak kecam silakan sebab aku dah memang lali sangat dah. Yang penting apa yang terbuku di hati aku dapat luahkan sikit at least 1%.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit