Aku perasan banyak confession pasal keluarga dekat sini. Macam-macam yang korang alami. Sabar ok?
Aku pun manusia, ada keluarga lagi, Alhamdulillah
Aku nak nasihat, boleh tak?
Sebelum ni aku pun pernah hadapi masalah keluarga. Malu aku nak tulis di sini, tapi sampai tahap bercerai berai lah. Tahap parents bergaduh tendang sana sini tak usah dicerita, memang ada pun dalam history aku. Mak Ayah kawin lain? Pun ada juga. Keluarga aku ni ada banyak cabang. Cabang macam-macam, cakap je apa, semua dah alami tapi semua tu kisah berbelas tahun lepas.
Kesemua adik beradik dapat tinggal dengan mak.. Tak de yang ikut ayah sebab ayah yang start buat hal dulu (dulu la..sekarang mungkin dah bertaubat).
Pelbagai cara family kami atasi ujian-ujian dan rintangan yang Allah bagi. Bukan senang nak atasi. Kebuluran, kemiskinan, kematian, kebodohan, kehinaan, semua ada. Apa yang pasti tak ada sorang pun sedare yang bantu family aku. Apatah lagi jiran. Tiap hari tahu nak herdik je. Masa tu aku toddler lagi
Orang cakap budak yang dilahirkan dalam keluarga yang parents bercerai berai ni budak yang bermasalah? Betul ke? Jawapannya.. Tak betul.
Fakta korang salah. Mungkin majoriti, tapi adik beradik aku adalah minoriti.
Kami dididik bergantung pada Tuhan. Teruk kebulur macam mana pun akan ada tangan yang menghulur..sebab Allah dah tetapkan rezqi masing-masing tau. Korang kena yakin je.
Apa yang pasti..kami adik beradik survive, dah belajar ke tahap master dah kecuali aku sebab masih muda : degree lagi ni. Itu bab education.
Bila usia aku meningkat,aku fikir macam-macam hal keluarga. Aku fikir…pasal agama keluarga aku. Ayah dah tinggalkan kami,Jadi dia tak sempat nak didik kami dengan sempurna. Tak ada tarbiah.
Aku pun mengorbankan diri aku untuk mencari tarbiah diri aku sebelum aku tarbiah keluarga.Susah.. Awal-awal ditentang.. Awal-awal kan,keluarga aku semua tak tutup aurat. Lepas tu solat pun dari lima waktu jadi 3 waktu je. Yang 3 waktu tu solat macan ayam patuk tanah,laju semacam je
Masa tu aku dalam keadaan tak sedar apa aku buat tu dosa,apa mak dan adik beradik aku buat tu dosa! Dosa tau
Tapi subjek favourite aku masa sekolah adalah pendidikan islam. Seingat aku,masa aku nak masuk sekolah jiran aku tolong jahitkan tudung sekolah. Tudung aku dari singkat jadi labuh macam sekolah agama.huhu
Sebab anak-anak dia sekolah agama,dia reti buat saiz tu je.aku pakai jela pergi sekolah..
Lama kelamaan aku selesa pulak.Sampai lah aku makin dewasa aku cari sendiri.Dah masuk U aku cari usrah,tu jela aku kenal..serius
Lama aku mencari tapi jumpa yang tak sesuai dan akhirnya jumpa.aku stick dengan usrah tu,cuma tukar silibus je tiap tahun..
Kali pertama aku pakai tdung yang dilabuhkan di rumah,pakaian longgar,memang aku dikeji oleh mak dan adik beradik sendiri.apatah lagi stoking. Aku pun berubah buat benda yg utama iaitu solat lima waktu.
Tapi memang aku selekeh pun masa tu.Mak aku bergaya orangnya,pantang biar anak selekeh.
Aku tak mampu nak nasihat mak aku solat 5 waktu.Tak mampu nak nasihat adik beradik aku,dorang garang sangat.
Bila cuti sem je,aku akan baca quran sekerap mungkin dalam rumah.Baca quran sekerap mungkin! Hampir tiap waktu solat.Sengaja aku solat di ruang terbuka dalam rumah sebab nak bagi keluarga nampak aku solat.Aku akan solat tiap kali masuk waktu..solat awal waktu.
Bertahun tau..benda ni ibarat teguran kepada keluarga,tapi secara halus dan tunjuk benda baik-baik.Lepastu aku selalu ziarah adik beradik aku dekat rumah dorang yang jauh tu.Ada apa-apa yang tak kemas ke sebab dorang tak sempat kemas,aku kemaskan..tapi masa dorang tak de.
Bila balik U,aku akan latih lagi diri aku banyak-banyak.Aku sandarkan pemikiran aku pada Tuhan.
Dah bertahun..baru dorang terdetik hati nak tanya aku "stoking beli mana", "cantik pula jubah kosong ni..tutup aurat,tutup badan", "citer lah pape lagi pasal tafsir quran yg ko belajar". Macam-macam lagi dorang cuba dekat dengan aku sebab nak belajar..
Alhamdulillah.. Aku cuma nak cakap,kalau korang ada masalah famili,jangan harap famili berubah tanpa ada sseorang yang mengubahnya..ibarat korang harap air dalam cawan terisi dgn air..tapi kalau tak de orang nak tuang air? Macam mana?
So, whatever problem that you guys are having….korang cuba jadi penyelesai masalah.Korang dah besar tau.can be considered as dewasa already
Korang cari jalan nak selesai masalah..everything about akhlak..parents gaduh may be sebab jin setan (huhu).Boleh jadi k,benda tu yang membawa kerusakan.Atau nak lembutkan parents,bawa la pd agama..cintai agama.. Tapi korang kena cintai agama dlu..
Orang yg beragama ni..hidup dia ada panduan,jadi tak akan buat benda sia-sia..atau yg membinasakan,trust me
Tapi benda ni long term..jangan expect seminggu akan settle,cari je jalan.kalau tak nampak jalan,mintak Allah terangkan hati banyak-banyak supaya nampak jalan tu..jangan jadikan masalah famili tu sebagai sebab korang nak buat benda tak senonoh kat luar sana!
Allah bagi ujian spy jadi lebih baik,tapi lagi lagi nak lari. Why?Tak nak jadi orang baik ke….
Jadi konsepnya sama. Apa kes pun dengan family korang,audit dulu level agama dalam family,level amalan dalam diri korang dan diri family..fikir,tengok.
Dari kau ngadap fb,dari ngadap masalah je,baik ko nilai masalah tu betul-betul.. Kata dewasa? So treat yourself as an adult k.Ni pendapat aku dari individu yang sebaya dengan korang..yang dah alami semua tu.. Dah,jangan sedih lama sangat.. Allah sayang kau,aku pun sayang kau sbg umat islam.
– Bubur Keladi
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
bestnya.. tips yg sgt praktikal dan sgt2 berguna.. tp sure ssh nak buat melainkan ada tekad mcm sis.. tahniah sis
Suka sy baca ape yg sis tulis.. Sis sgt2 kuat.. Tahniah sis~
Thumbs up sis ! Moga sntiasa jd asbab hidayah pd org lain . Nak kawan boleh ? *sy serius ni
Sy pun nk kawan dgn dia. Sis kalau baca komen nih plis pm sis. Serious nih.
Kann . Moga2 sis tu baca ???
Zhafirah Zin
Hi. Sy bubur jagung. :-)