Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi menyiarkan confession aku. Aku seorang pelajar perubatan dan seorang anak, itulah tanggungjawab aku sekarang. Ibuku ‘single mother’, guru kaunselor.
Berkenaan ibuku, ‘childhood’ ibuku – beliau dari broken family, dari family tidak senang, ibunya dan bapanya bercerai, ibunya meninggal muda.
Ketika remaja ibu sudah sibuk ulang alik sana sini bekerja untuk ‘support’ adik-adik yang sedang membesar. Alhamdulillah ibuku kuat menghadapi cabaran ketika itu.
Berkenaan alam perkahwinan, ibuku hidup poligami, isteri muda. Ibuku memberitahu kami bahawa niatnya melalui perkahwinan ini untuk dijadikan ladang tanaman sebagai tuaian akhirat. Ayahku meninggal ketika kami adik beradik masih di bangku sekolah.
Memoriku tentang ibu dan ayah, ibu sangat menjaga imej ayah di khalayak, melayan arwah seperti raja, membelai dan dibelai bersama.
Jujur, tidak pernah diceritakan kekurangan ayah dan penderitaan ibu sebagai isteri muda kepada kami sewaktu arwah hidup, kami bahkan bangga membawa title ‘anak isteri kedua’ kerana berasa hidup kami bahagia dan sempurna.
Namun pernah juga sku dengar pertengkaran, jelingan dan kedinginan bermain antara mereka. Takut, gementar ketika aku mengimbasi memori ini.
Tapi, jujur sekali lagi, ayah jarang sekali memberi kami sekeluarga nafkah zahir, itu lah satu-satunya kekurangan ayah yang kami pelajari setelah pemergiannya. Namun, aku bangga menjadi anakmu ayah & ibuku.
Berkenaan masyarakat, ibuku merupakan tempat rujukan kebanyakan kenalan untuk parenting, untuk deal dengan masalah personal sendiri. Ringkasnya, beliau merupakan kaunselor yang memberi manfaat kepada orang sekeliling. Tak kira rakan-rakan, ipar duai, anak-murid.
Beliau dikagumi. Bahkan, kenalan kami (rakan-rakan yang mengenali ibuku atau anak murid ibuku) berkta untung aku memounya ibu sepertinya sporting, hebat dan kuat. Aku mengakui dia wanita hebat dan kuat, sangat-sangat mengakui dan mengagumi dari sudut itu.
Berkenaan confession aku. Baru sahaja aku ingin menghela nafas kerana akhirnya dapat keluar sebentar dari rumahku, mendapatkan ruangku sendiri.
Namun kenyataan PKP dilanjutkan telah keluar. Aku dan adik beradik masih harus terus teguh dan bertahan. Ya Allah kurniakan kami sekeluarga kekuatan meghadapi ujian ini.
Jadi aku mulakan ya, aku sekarang ‘stress’ dengan keadaan aku (1. online class, 2. urusan kerja2 rumah, 3. konflik dalam keluarga). 1 dan 2 masih boleh dikawal, cuma 3 merupakan isu yang terlalu memberi kesan kepada aku keseluruhan terutama dari segi mental.
Ibuku seorang kaunselor, peramah, baik hati, menjaga maruah suami & diri sendri, sorang yang sentiasa berselawat 1k sehari, mempunyai kepercayaan kepada Allah, tawakal yang tinggi (inilah antara kekaguman aku terhadapnya) Namun beliau juga seorang yang sangat tegas, teramat tegas.
Ketika di bangku sekolah sehingga hari ini, aku sendiri boleh kira berapa kali sahaja kami mampu meluahkan perasaan, menunjukkan emosi kami sendiri tapi kebanyakan respon dari ibuku terutama sekali ketika melihat air mata menitis di pipi kami ialah tengkingan & makian.
“Kenapa menangis? Kenapa manja? Aku paling tak suka tengok orang menangis! Banyak air mata”
Jujur aku sangatlah takut untuk menyuarakan isi hati kebih – lebih lagi isu personal sebab tahu aku akan mengalirkan air mata dan takut untuk mendengar cacian itu lagi.
Selaku anak-anak yang melewati usia, kami juga seperti manusia lain, memounyai ragam, masalah, peribadi sendiri.
Antara kesalahan besar kami lakukan yang membuatkan ibu kami bersikap garang teramat (yang aku ingat),
Kami pernah mencuri duit ibu kami, mempunyai teman lelaki-cinta monyet di zaman persekolahan, menegur perbuatannya secara direct tapi tidak meniggikan suara- perbuatan yang kami rasa kami sudah letih untuk menghadapinya).
Di atas kesalahan yang kami lakukan itu, antara respon ibu ialah memaki hamun kami, mencarut terhadap kami, menyalahkan peribadi arwah ayah, memukul kami (menampar, merotan) sehingga meninggalkan kesan mental dan fizikal kami.
Dan jika berlaku salah faham antara kami, kami merajuk beliau juga akan memberi respon sama (sama ada memberi kami silent treatment atau melayan kami berlainan dari kebiasaan).
Bahkan seringkali didengari ayat, “suka hati la kau kalau nak merajuk, aku takkan pujuk, aku taktahu memjujuk, tak pandai bermanja”. Pernah dihalau melalui mulut berkali-kali.
Namun pernah berkali2 ketika kami tiada masalah, konflik, ibu sering berkongsi cerita, masalah dan bagaimana dia mnghadapinya supaya kami adik berdik mengambil iktibar.
Namun dalam itu, diselitkan persoalan, “pernahkah awak dengar ibu mencarut? bercakap kasar? meninggikan suara?”
Dan di setiap persoalan sebegitu kami menjawab tidak pernah, sekalipun tidak mengiayakan kerana takut responnya menakutkan, makian. sangat takut, kami tidak berani memberikan respon negatif walaupun itu kebenaran.
Kami adik beradik pernah meluahkan perasaan bersama sendirian. Memang kami kalau kaya, tidak bergantung kepadanya dan sedar syurga kami di telapak kakinya, sudah kami melangkah dari rumah ini.
Cuma tambahan, kami adik baradik bersekolah di sekolah agama, memounya peribadi berlainan, bahkan untuk masa sekarang ada antara kami yang tidak mengamalkan puasa, solat 5 waktu namun ibu kami tidak tahu dan bertegas dan melepaskan tangan begitu sahaja.
Terlalu menyakitkan dan meletihkan kadang-kala.Inilah secara ringkas luahan aku berkenaan konflik keluargaku.
Ini percubaan keberapa – entah untuk aku menulis id sini kerana kisahku terlalu rumit untuk diceritakan atau diluahkan.
Namun usai subuh tadi ketika aku membaca artikel online, aku terjumpa perkataan narsistik. Aku cuba fahami apa itu narsistik. Ciri-cirinya ada pada ibuku. Aku terasa dibesarkan oleh ibu narsistik.
Ya semua perbuatan, perkataan dari beliau adalah betul menurut beliau (keluarga terdekat juga mengakui ibuku tidak boleh dilawan kerana beliau merasakan semua perbutan beliau betul), perasaan kami diketepikan,
Kami di-‘psiko’ untuk memenuhi kehendaknya, kami dibentuk olehnya, perjalanan kami dirancang dan ditetapkan beliau.
Bahkan aku yang sudah meningkat dewasa, yang akan ditinggalkannnya di kemudian hari, aku ingin belajar membuat kputusan sendiri, seringkali disalah anggap baginya dan perbincangan kami diakhiri salah faham,
Saudara perempuanku sering kali dihantui kesalahan lalu dan perit untuk menjalani ‘proses salah faham ini.
Entahla apa lagi cerita yang aku ingin kongsikan, mgkin untuk pengenalan tentang keluargaku sudah cukup agar kalian dapat gambaran.
Ibuku yang aku (seorang yang baru usia setahun jaung ini) mengaggapnya seorang narsistik. Namun aku tidak meletakkan kesalahan ke atasnya kerana apa yang dilaluinya ketika kecil, remaja dan dewasa amatlah memeritkan juga.
Kehadiran kami anak-anak ini aku aggap sebagai rahmat, kebanggannya, ujian baginya. Namun kami juga manusia, dua elemen yang kami ada rohani dan jasmani, fiziklah dan mental.
Apa yang aku ingin katakan di sini. Aku persoalan, apakah yang kami lalui? Apakah yang kami patut lakukan? Apakah apa yang aku pegang ini salah? Macam mana untuk aku kekal sihat dari segi mental? Adakah wajar apa yang aku rasa ini?
Wajarkah aku seorang anak merasakan ini terhadap ibuku, wanita yang berperang saparuh nyawa melahirkan aku,membesarkan aku? Wajarkah aku memikirnya isu ini? Wujudkah hak aku sebagai manusia, tapi persoalan aku seoranganak .
Itulah yang bermain di fikiranku akhir-akhir ini, bahawa ibuku memounyai tempat teratas, redha Allah atas redha ibubapa, dan aku harus taat selagi tidak melanggar syariat agama.
Tapi, aku tersiksa dari sudut mental, aku tidak memahami dan tiada tempat merujuk buat masa ini kerana masih jauh dari pensyarah2, rakan2.
Aku menunggu bila saat aku dpt berjumpa . Apa yang kami mampu usahakan berdoa dan meluahkan kepada Allah. Namun hari ini, aku mecuba di sini, mengahrapkan respon dari sudut mata berlainan, mungkin masyarakat yang lebih arif .
Tegas aku, ibuku adalah ibu terbaik, beliau merupakan nikmat Allah kurniakan kepada kami. Beliau seperti kami, mempunyai kekurangan sendiri. Aku sedar dengan sekecil perasaan, mental kami ini besar lagi pengorbanan ibu. Namun aku juga keliru, mana betul mana salah.
Yang aku tahu, kami hanya perli bertahan sehingga ibu sedar perkara ini, atau bertahan sehingga kami dapat ‘lari’ dari situasi begini,
Kami juga perlu berusaha supaya tidak menjadi sepertinya kelak terhadap anak2 kami, kami sedar dan haru sentiasa ingat baik buruk belia, beliau adalah ibu kami.
Ya Allah ampunillah dosa kedua ibubapaku dan rahmatilah mereka sepertimana mereka menjaga kami ketika kecil. Sesungguhnya aku sangat mengasihi pinjaman-Mu ini dan ingin sekali hidup bersama mereka lagi di syurga-Mu kelak.
Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi pendaoat, cadangan, kesedaran kepadaku.
– Hasanah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit