Assalamualaikum semua. Nama aku Amani. First of all, aku harap confession aku akan disiarkan. Dan terima kasih yang mana yang sudi baca. Aku bahasakan ‘aku’ ya, lebih mudah untuk aku luahkan segala masalah yang aku pendam seorang diri selama ini.
Aku sekadar hendak meluahkan masalah yang aku pendam dan ingin mengetahui pandangan semua tentang masalah aku.
Aku bercinta dengan seorang lelaki yang aku namakan A. Kami bercinta sejak di bangku sekolah. Hubungan jarak jauh memandangkan aku di negeri P, A di negeri B.
Selepas tamat sekolah, aku dan A melanjutkan pelajaran ke U. Kami belajar di universiti yang sama. Kami gembira kerana setelah lama menjalinkan hubungan jarak jauh, kini kami boleh berjumpa selalu.
Dan masalah ini terjadi apabila kami berdua kerap keluar bersama. Sebab tu orang tua-tua selalu berpesan, tak boleh keluar berdua sebab nanti akan timbulkan masalah.
Ya, masalah itu ialah kami berdua terlanjur. Seronok dengan keasyikkan tersebut sehingga tidak takut dengan dosa dan kemurkaan Allah.
3 kali aku dan A melakukan perkara terkutuk itu. Sehingga lah satu hari, aku mengadu sakit perut dekat A. Dan A bawa aku ke klinik. Doktor menanyakan banyak soalan dan suruh aku buat urine test. Lepas dapat result test tu, pucat lesi muka aku.
Bergetar badan time tu bila dapat tahu aku pregnant. Aku terus bagitahu A yang aku pregnant. A pujuk aku supaya stop menangis.
Aku bagitahu A yang aku takut, aku nak gugurkan baby yang aku kandung. A cakap, “please jangan buat macam tu. Kita dah buat dosa sayang, jangan tambahkan lagi dosa nak bunuh anak kita. Dia tak salah pun, kita yang salah.”
Aku terdiam lepas dengar apa yang A cakap. And aku tak gugurkan baby tu. Sepanjang aku pregnant, aku tak pernah pergi checkup dan buat buku merah.
Sebabnya aku takut. Aku berbadan kecil, so sampai lah kandungan aku masuk bulan ke-7, baru lah nampak sikit baby bump tu.
Aku ke kelas macam biasa dan balik asrama macam biasa. Tak ada seorang pun kawan aku yang perasan. Syukur sangat masa tu. Maybe Allah nak lindungi aku masa tu.
And sepanjang aku pregnant tu, aku tak pernah balik rumah mak ayah aku, sebab aku takut mak ayah aku perasan. Ya, memang aku tak bagitahu langsung pasal baby yang dalam perut dekat mak ayah aku. Hanya aku dan A sahaja yang tahu.
Awal-awal pregnant tu, aku alahan teruk sangat-sangat. Muntah, pening sampai pitam. Dah masuk second trimester, baby dah mula tunjuk pergerakan.
Selalu tendang malam-malam bila aku nak tidur. Masa tu, perasaan aku lain sangat. Aku mula bercakap, berzikir, menyanyi untuk anak aku. Bila aku pegang and usap perut, anak aku ada tindak balas. Seronok sangat-sangat masa tu. Aku mula sayangkan anak yang aku kandungkan tu.
Masa cuti sem, aku ikut A pergi kerja dekat carwash. Aku temankan dia sebab aku bosan. Yela, aku kan tak pernah balik rumah sepanjang aku pregnant. Bila dia minta tolong, aku tolong la sikit-sikit. Aku tak boleh buat kerja berat, nanti sakit pinggang. Tu yang aku tolong A sikit-sikit je.
Boss dekat tempat A kerja tu baik sangat-sangat walaupun kami berlainan bangsa. Boss dia selalu tanya khabar aku dan anak dalam perut. Selalu ajak datang rumah dia. Aku dengan A ada jugak datang rumah bila boss A ajak.
Berbalik kepada sebab utama aku nak luahkan dekat sini. Bila anak yang aku kandung masuk bulan ke-7 kalau tak silap aku, aku dan A kenal mak bapak angkat anak aku sekarang.
Aku gelarkan Kak Ina dan Abg Fiq (bukan nama sebenar). Diaorang dua ni selalu jugak la datang cuci kereta dekat tempat A kerja ni.
Satu hari tu, Abg Fiq tanya boss A yang aku dan A ni dah kahwin ke belum. Sebabnya, dia nampak aku pregnant. Time ni dah nampak la baby bump aku, cuma tak terlalu besar.
Lepastu, Boss A cakap yang aku dan A tak kahwin lagi. Kebetulan, Abg Fiq dengan Boss A tu kawan. Tak la rapat sangat tapi masing-masing kenal.
Abg Fiq cakap dekat Boss A yang dia nak jumpa aku dengan A. Dia dah lama kahwin dengan Kak Ina, rasanya dekat 15 tahun.
Tapi Abg Fiq dengan Kak Ina takda anak sepanjang perkahwinan diaorang. So, aku dengan A pergi la jumpa Abg Fiq dengan Kak Ina. Diorang berdua niaga dekat dengan carwash A kerja je,
kedai makan.
Aku dengan A jumpa diaorang berdua dekat kedai makan diaorang. Abg Fiq salam dengan A, and dia tanya kitaorang dah kahwin ke belum. A cakap tak kahwin lagi. Lepastu, Abg Fiq cakap ” nanti dah bersalin tahu ke nak urus macam mana? Anak tu sape yang jaga?”
A cakap yang aku dengan dia yang akan jaga. Yela, aku dengan A mak bapak kandung anak aku. Walaupun ikut hukum dan taraf, dia bukan anak A.
Lepastu, Abg Fiq cakap kalau kitaorang tak mampu nak jaga anak tu, bagi lah dekat dia dan Kak Ina. Sebab diaorang dua dah lama cari anak angkat tapi still tak dapat lagi.
Aku masatu speechless sebab tak pernah terfikir pun nak bagi anak aku dekat sape-sape. Dah la aku tak kenal sepenuhnya Abg Fiq and Kak Ina.
A cakap bagi dia dengan aku masa dulu untuk berbincang. Diorang pun cakap okey. Aku dengan A balik rumah, kitaorang bincang. Aku tanya A, betul ke nak bagi anak kita dekat diaorang. Aku dah mula sayang anak ni. A cakap dia pun sayang anak kitaorang.
Sape tak sayang anak kan? Aku buntu and stress sangat masa tu. Sebab fikir yang kitaorang masih belajar. Nak sara diri pun bergantung dekat PTPTN sepenuhnya.
Masalah sebab tak bagitahu dekat parents aku lagi. Masa nak bersalin nanti, macam mana nak uruskan lagi. Aku dengan A memang tak pernah terfikir pasal tu langsung, sebab ambil mudah je. Lepas Abg Fiq cakap dia nak ambil anak aku, baru aku terfikir semua masalah ni.
Aku buntu sangat-sangat. A pun sama. And aku dengan A decide yang kitaorang akan serahkan anak aku dekat Abg Fiq and Kak Ina. Sebab aku dengan A dah tak nampak cara lain dah. Takut + serba salah + menyesal semua ada dalam diri.
A call Abg Fiq cakap yang kitaorang setuju nak serahkan anak tu. Aku dengan A takut kitaorang tak mampu nak jaga anak kitaorang dengan baik.
Lepas aku dengan A setuju, Abg Fiq terus call kawan dia untuk uruskan semua urusan aku. Abg Fiq dan Kak Ina bawa aku jumpa kawan dia untuk buat buku merah. Diaorang cakap untuk mudahkan urusan semasa bersalin nanti.
Aku pun ikut je. Kawan Abg Taufiq tu doktor. So, memang senang dia nak urusakan hal aku.
Dia bawak aku pergi check up baby. Scan baby and daftar buku merah. Masa tengah daftar tu, doktor yang lain memang soal siasat aku habis-habisan. Tapi kawan Abg Fiq back up aku. Dia explain semua dekat doktor yang check aku. And doktor tu cakap dia nak scan baby.
Doktor tu suruh aku buka baju, lepastu dia tengok perut aku macam tegang semacam. Dia cakap ada rasa sakit tak? Aku cakap sakit pinggang je dari pagi tadi. Biasa la dah third trimester, so aku anggap sakit pinggang tu benda normal. Masa aku pergi check up tu dah petang.
Doktor tu pegang and tekan perut aku and dia cakap, “eh ni dah contraction dah ni. Awak tak rasa sakit dekat bahagian bawah ke?” Aku cakap tak sakit, just sakit pinggang. Bila aku cakap macam tu, dia teruskan scan baby. Ukur saiz and berat baby. Time ni aku baru 35weeks and 1 day.
After selesai buat buku merah, Abg Fiq and Kak Ina hantar aku dekat tempat kerja A. Yela, tak habis kerja lagi time tu. Baru pukul 6 petang. Carwash tu tutup pukul 8 malam.
Lepas balik dari klinik lah, yang aku rasa perut aku sakit sangat-sangat. Aku cakap dekat A yang perut aku sakit and A suruh aku baring, rest dekat dalam bilik dekat carwash tu.
Carwash tu ada bilik khas untuk pekerja. Aku pun baring dalam bilik tu. Ingat nak lelapkan mata, tapi perut aku makin tegang and sakit sangat-sangat. Baby pun dah tak berapa aktif nak tendang. Sebelum ni aktif sangat-sangat.
Aku keluar pergi dekat A dan bagitahu dia yang perut aku sakit sangat-sangat. Dia suruh aku rehat, jangan banyak gerak. Tapi lagi aku rehat, lagi rasa sakit. So, aku pergi lah jalan-jalan dekat depan carwash tu. Depan carwash tu ad litar Go Kart. Aku pusing- pusing dekat situ.
Masa tu dah maghrib. Selalu bila maghrib, boss A akan sampai sebab dia akan tolong tutup carwash sekali. Aku nampak A tengah borak dengan boss dia. Aku berjalan pergi dekat diaorang. Bila sampai je dekat diaorang, aku hampir nak pitam.
Boss A pegang tangan aku and dia cakap “Hei, you okay tak ni? pucat je muka I tengok.” Aku diam je sebab memang dah tak tahan sangat sakit tu.
Aku tak terfikir pun apa yang aku rasa tu actually contractions before bersalin. Takde pengalaman and aku tak pernah rasa pun sakit macam tu.
Kebetulan, Abg Fiq dengan Kak Ina datang carwash pukul 8. Aku tak tahu diaorang nak datang. Diorang just inform dekat A yang diaorang nak bincang macam mana nak uruskan aku dengan baby dekat hospital nanti.
Sampai- sampai je diaorang, terus tanya aku kenapa sebab muka aku dah pucat sangat-sangat. A cakap aku mengadu sakit. Abg Fiq dengan Kak Ina pun bawa la aku jumpa mak Abg Fiq.
Mak dia tukang urut. Konon diaorang bawa aku pergi rumah mak diaorang sebab nak kurangkan sakit aku. Masa tu baru 35 minggu, diaorang pun tak terfikir time tu sebenarnya aku sakit nak bersalin. Mak Abg Fiq pun prepare la bahan-bahan nak buat air apa tah untuk kurangkan sakit aku.
Masa tu, aku cakap aku nak terkencing. Kak Ina tunjuk toilet and aku masuk toilet. Lepas dah selesai buang hajat, elok aku nak pakai seluar dalam aku balik, aku nampak ada tompokan darah dekat panty liner yang aku pakai. Aku terus pakai seluar and masuk duduk dekat ruang tamu.
And aku bagitahu ada tompokan darah. Mak Abg Fiq terus suruh Abg Fiq and Kak Ina bawa aku pergi hospital sebab dah ada tanda aku nak bersalin.
Dah panjang sangat aku tulis ni. Nanti kalau luahan ni disiarkan, aku sambung lagi untuk bahagian ke-2 ya. Dekat bahagian ke-2 aku akan ceritakan konflik aku dan A dengan Abg Fiq dan Kak Ina yang merupakan penjaga angkat anak aku sekarang ni.
– Amani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit