Buka Minda dan Positif Selalu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/buka-minda-dan-positif-selalu/).

Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Saya kembali lagi untuk perbetulkan apa yang cuba sampaikan.

Saya dah baca semua komen netizen, walau tak banyak yang komen. Ada yang cakap engkau tu suci sangat, tak sesuai duduk dekat sini, pergi jauh jauh.

Tapi ada yang tak tahu, saya ni dulu selalu juga perli, kata keji, sumpah seranah, sehingga saya rasa dah cukup, saya pernah jelah confess dekat sini, sampai saya pernah bergaduh dengan family, sebab apa biarlah ia jadi rahsia.

Ada yang cakap eloklah orang macam kau jadi kambing hitam. Uhm. Entahlah saya dulu dekat sekolah pernah kena buli dengan senior, tapi saya melawan, sehingga pernah jadi saya pernah komakan anak orang, so jangan cakap saya suci. Saya pernah juga jahat.

Saya pernah saja naik mahkahmah juvana, sekolah tunas bakti di pulau pinang, maka mana datangnya yang cakap saya suci? Iyalah mungkin salah saya sebab tak cerita sepenuhnya, iya salah saya.

Tapi saya nasihatkan, saya sampaikan jangan jadi macam saya, jom kita jadi baik, saya juga seorang pemberontak, bukan saja pada ibubapa saya, tapi pada guru juga.

Itu bukan salah mak ayah saya, tapi salah saya, mak ayah saya dah didik cukup baik, tapi bukan salah mereka, salah saya.

Sejak masuk sekolah tunas bakti, saya banyak berubah, ustaz selalu pesan, sakit hati macam mana kita sekalipun, tetaplah berpegang pada agama Islam,

Walau nampak kamu seperti tak disayangi, bukalah minda, selalulah positif yakni husnudzon jangan selalu negatif yakni suudzon.

Apa yang jadi semua Allah dah atur, percaya jalan takdir Allah, jangan salahkan sesiapa, salahnya datang dari diri kita.

Itu yang saya pegang, memang mula mula nampak macam bodohnya aku asyik nak mengaku itu salah aku, asyik nak positif sampai bila, itu yang saya fikir mula mula dengar nasihat ustaz pada pagi tu.

Saya mengaku budak sekolah sini memang banyaknya yang nakal, saya taknak sebut jahat, sebab mungkin ada yang dianiaya, yang salah langkah.

Walau kami nakal, tapi kami selalu solat sama sama, masa ni lah kami kenal Tuhan, iaitu Allah. Kami ni termasuklah aku.

So, aku sama je macam korang. Tapi lama lama bila aku buat macam yang ustaz cakap hati aku lebih tenang, jiwa aku lebih matang, aku tinggalkan media sosial bila aku nak mengadu,

Aku CUBA cari Allah lepas tu, aku macam korang cakap, alah nama pun tempat mengadu, tapi hati aku tak tenang, orang baca, orang komen, entah, aku rasa tak seronok walau aku dah lepaskan geram, marah, sedih, tapi masih rasa kosong.

Bila aku buat kerap kerap apa segala yang ustaz nasihat dekat kami, aku mengadu pada Allah, aku cari Allah bila aku gembira, bila aku sedih, bila aku marah, bila aku geram, terasa beban dekat bahu tu makin hilang, macam satu batu besar diangkat dari bahu.

Dulu, dululah, aku mengadu dekat fb, aku dapat puas hati tapi rasa marah masih dalam dada, masih tak hilang, tapi sekarang, bila mengadu dekat Allah semua, memang aku maksudkan semua ya, hati aku tenang, segala urusan aku smooth, dipermudahkan semua.

Aku yang dulu nakal dah banyak berubah. Allah jodohkan aku dengan isteri yang baik, sabar, cantik, pandai kemas rumah, bab masak lagilah hebat, anak anak comel, pandai semua masuk asrama SBP,

Ibubapa mentua yang baik walau banyak halangan pada mulanya, ipar duai yang baik, susah sama sama tolong, begitu juga dengan family sendiri walau kami pernah gaduh teruk, kerjaya yang boleh tampung keluarga,

Alhamdulillah, serah diri sepenuhnya pada Allah, semua baik baik Allah bagi. Sesungguhnya bila kita Allah, Allah pun akan beri nikmat dari segala penjuru yang kita sendiri tak tahu dari arah mana ia datang.

Dulu, kalau baca berita buruk, laju saja aku nak mencarut, maki, tapi sekarang aku tahan, aku dah boleh kontrol diri, sebab apa, sebab aku positif.

Aku cuba positif, tapi kalau dah orang lebih sangat sampai nak bunuh korang, janganlah korang boleh positif lagi kan. Tapi please, serahlah semua pada Allah.

Jangan silap langkah macam aku remaja dulu dulu kalau diputarkan masa, aku tak mahu pun buat kawan baik aku koma sampai berbulan, tak mahu pun masuk sekolah tunas bakti, tak mahu pun turun naik mahkahmah juvana.

Aku nak jadi baik, aku nak jadi anak yang dengar cakap mak ayah. Sebab tu aku cakap jangan kita meluahkan marah, geram dekat media sosial,

Macam ustaz aku cakap, orang yang selalu meluahkan dekat media sosial ni umpama seperti tidak bertuhan, iyalah Allah ada mengadulah pada Allah.

Kalau korang rasa positively toxic, ikutlah korang, ada orang dia baca ambil sebagai postif, ada orang dia baca ambil sebagai negatif, aku bukan suci, tapi bila setiap kali ingat balik apa ustaz aku cakap dan nasihat tu, ada betulnya disitu.

Kita ada Tuhan, maka mengadulah sesungguhnya pada Tuhan, Allah. Baru kemudian cari kawan secara fizikal bukan alam maya.

Carilah kawan yang boleh dipercayai, bukan jenis mulut canang buruk sana sini.

Jadi ubahlah diri sendiri jadi baik, ubah secara perlahan, nanti akan datang nikmat yang tak kita sangka sangka. Allah ada, Allah sayang, Allah tak pernah tidur. Jangan jadi macam aku, dulu tu semuanya salah aku sendiri.

– Amsyar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *