Semoga Direzekikan Untuk Duduk Di Rumah Sendiri Nanti.

Assalamualaikum. Selama ni jadi tukang baca confession orang je. Hari ni terasa nak luahkan.

Namaku Neya (mestilah bukan nama sebenar). Umur dah 30an dan ada anak 4 orang (dah cukup ramai ni, jangan suruh tambah lagi). Berkahwin hampir 9 tahun. Masih duduk dengan mertua.

Siapa yang tak nak duduk rumah sendiri. Yang ada privacy sendiri, boleh deco ikut sesuka hati dan buat apa-apa tanpa perlu fikir nak jaga hati orang sana sini.

Semakin hari tengok post kat media sosial, kawan pindah rumah sendiri, berpindah ke rumah yang lagi besar, rumah yang lagi selesa,

Rasa tumpang gembira dengan kejayaan kawan-kawan tapi tak dinafikan ada terselit rasa iri sebab belum berpeluang untuk pindah ke rumah sendiri.

Masalah dengan mertua? Kadang-kadang terasa hati tu ada lah, tapi tak ada la masalah yang besar. Cuma kurang selesa sebab selain mertua, adik-adik ipar pun tinggal serumah.

Rumah ni besar, setiap orang ada bilik sendiri dan kami memang dapat ruang paling luas di tingkat paling atas,

Memang luas ruang untuk set up office kecik, panaskan lauk, cuci baju, sidai baju, letak peti ais 1 pintu, 1 bilik tidur, 1 ruang untuk rehat dan tengok tv. Memang luas. Masak masih di dapur sebab tak nak bilik bau masakan.

Kami memang masak asing-asing, sebab tekak tak sama selera. Makan bersama biasanya kalau ada gathering, sambut apa-apa hari istimewa macam birthday atau bulan puasa dan raya.

Hari biasa, biasanya makan sendiri-sendiri sebab masing-masing ada jadual sendiri.

Rumah ni tak ada orang gaji, jadi masing-masing pandai-pandai lah bergilir kemas rumah (ruang tamu utama, luar rumah dan dapur).

Duduk ramai-ramai ni, biasalah kalau ada yang buat serak pun tak kemas. Tapi, dah adat menumpang, senyap dan kemas je lah mana yang boleh dan larat. Nak cerewet sangat nanti jadi stress sendiri.

Dulu diriku pernah bekerja tapi ambil keputusan untuk berhenti dan tolong suami buat business. Lagipun masa tu tak ada yang boleh tolong jagakan anak dan kos hantar ke pengasuh pun dah makin naik.

Pada awalnya, business berjalan lancar dan kami beli sebidang tanah untuk dirikan sebuah rumah.

Namun, atas beberapa keadaan yang yang tak dijangkakan, perniagaan merosot dan rancangan pembinaan rumah terpaksa ditangguhkan.

Pada awalnya, niat untuk duduk bersama mertua adalah untuk tolong menjaga mertua yang semakin uzur.

Namun, dengan bertambahnya anak, dan adik-adik ipar yang lain pun dah mula turut nak jaga mertua, jadi kami rasa adalah lebih baik untuk duduk rumah sendiri.

Anak pun dah semakin besar tambahan pula kami ada anak lelaki dan perempuan. Jadi, perlu diasingkan ruang untuk mereka dengan semakin bertambahnya usia.

Namun, di saat kami dah bersedia mental nak berpindah ke rumah sendiri, kekangan pula dari segi ekonomi.

Nak menyewa, duit makan pun cukup-cukup. Nak membeli dan loan guna nama syarikat (kami masih buat business sendiri), account syarikat belum cukup kukuh tambahan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Nak loan guna nama sendiri, silap kami, kami stop mencarum kwsp semasa syarikat tak boleh nak pusing modal, jadi sekarang tak ada kwsp.

Jadi sekarang, masih lagi menumpang duduk di rumah mertua.

Kami bukan tak usahakan. Kami usahakan untuk berpindah. Cuba juga cari-cari rumah yang mampu milik, tapi awal-awal ejen hartanah cakap, kami tak layak untuk mohon loan lagi.

Loan kereta memang dah tak ada. Memang dulu pun beli kereta atau ambil loan perniagaan tempoh maksimum kami tetapkan 5 tahun. Itu pun pakai kereta viva je. Berusaha tak nak ambil loan lama-lama, takut tak tertanggung nanti.

Selalu baca confession orang yang duduk dengan mertua dan ada masalah. Kami ni tak ada pun masalah besar dengan mertua, tergigit lidah sesekali tu adatlah tapi berbaik la semula.

Dah kita yang muda, mengalah je lah. Cuma sebagai ibu bapa, kami nak sangat sediakan persekitaran yang kondusif dan lebih selesa untuk anak-anak.

Disebabkan duduk menumpang, jadi ada peraturan yang perlu diikut juga dan anak-anak pun tak boleh main bising-bising sangat.

Agak restricted untuk budak lelaki yang baru nak membesar bermain tapi tak boleh bising sedangkan kami memang tak galakkan anak-anak bermain gajet.

Kami berharap semoga sekurang-kurangnya kami boleh sediakan bilik/ ruang sendiri untuk mereka.

Sekarang mereka tidur di ruang rehat tempat tengok tv (bentang tilam depan tv). Mereka pun semakin membesar dan akan perlu ruang sendiri.

Semoga kami akan direzekikan untuk tinggal di rumah sendiri, rumah yang lebih selesa, selamat, menenangkan dan menyenangkan hati kami sekeluarga. Rumah yang dipenuhi dengan kebahagiaan dan keceriaan. Insya-Allah.

Tolong sama-sama doakan kami ya. Aamiin..

– Neya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *