assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. sambungan daripada confession yang sebelum ni. tak sangka banyak feedback. ada komen membina dan tak kurang juga yang mengecam. alhamdulillah, terima kasih semua. aku bukan nak meraih simpati atau membuka pekung di dada. jauh sekali untuk menggalakkan penzinaan itu berlaku. cuma sekadar berkongsi agar menjadi TELADAN kepada semua. juga sekurang2nya aku dapat meluahkan apa yang terbuku dihati.
aku tau aku dan suami bersalah dalam hal ini. berdosa besar. dan anak aku terpaksa tanggung akibatnya. mahupun suka atau tidak. bukan aku memperlekehkan agama. cuma kita manusia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. kita bukan maksum. tapi apa yang kita boleh lakukan supaya tidak melakukan kesilapan lagi.
aku ada terbaca komen yang kata seolah2 aku menggalakkan zina, kemudian dengan mudah bertaubat. sebenarnya bukan begitu mudah. setiap hari kita dibayangi dosa. terbayang, kesal, rendah diri, malu, hina. semua perasaan bercampur baur. belum lagi perasaan bila nak hadap orang sekeliling, masyarakat, keluarga. aku simpan kemas semua ni, terutama dari kawan2 sepejabat. aku sangat takut, sangat takut kalau staf2 aku dapat tau semua hal ni. macam mana aku nak berhadapan nanti. memang aku tak dapat bayangkan dan aku harap perkara tu takkan berlaku.
tapi tuhan itu maha Penyayang, Maha Pengampun. tiada siapa dapat meraguinya. kerana itu adanya Pintu Taubat. pintu taubat sentiasa terbuka. lagi2 pada bulan ramadhan ni. Allah buka seluasnya2. kita hendaklah sentiasa ikhlas memohon taubat darinya. setiap hari. itulah yang aku dan suami lakukan. Taubat. dengan harapan taubat kami diterima.
aku bukanlah bijak pandai agama, masih mencari2 diri sendiri. berusaha menjadi lebih baik setiap hari.aku cuma berharap taubat aku dapat diterima dan keluarga aku dapat hidup bahagia, terutama anak aku. dia tak bersalah. kita semua ada keluarga. anak, adik, isteri, sepupu sepapat. moga hidup kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. aku harap, kisah aku dijadikan teladan. bersamalah kita memelihara diri kita dari melakukan dosa. jangan jadi macam aku. sekali berdosa, menghantui dan sesal seumur hidup.
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
– ms. y
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
hurrrmmmm..
Sudah tahu kesannya.. maka didiklah anak sebaik mungkin. Jadikan pengalaman lepas sebagai iktibar..
Semoga dapat lahirkan keluarga yang sakinah.
Semoga puan dan keluarga dirahmati dan diampuni Allah. Kita tak boleh ubah masa lalu, saya harap puan terus menerus berubah ke arah kebaikan.
Kepada manusia yang mencerca, siapakah kita nak menghukum orang ?