Tips beraya di kampung

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.
Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati …yg tua yg muda…jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum

– Musafir di Aidilfitri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

45 Comments

    • Ye la, mentang2 kita berduit dok pong pang pong pang cita pasal Korea la Vietnam la Beijing la. Tu tak termasuk bab cerita pasal umrah lagi. Dah masuk kategori riak. So mmg betul la nasihat confessor tu

    • Bukan isu pergi korea atau jepun atau kokdiang. Isunya ialah jangan dok cerita ko jln sana sini, beli itu ini di depan ahli keluarga yg kurang mampu. Dia nak makan kfc pun kena kumpul gaji 3 bulan. Ko pulak dok cite pegi korea mcm korea tu sebelah malaysia je.

    • Haih…bkn mcm tu…sy cuma tergelak bila bc pergi korea tu..awat xguna g negara lain ker?…itu aja…sy tahu xsemua org mampu…sy sendiri pun kumpul duit 6bln gaji ikat perut ketat2 sblm g sana.

    • Xpraktikal Sgt. Kalau ada 10 family 10 bwk iron matilah nak current pun short nnt lebihan penggunaan letrik. Share2 lagi bagus, kata fokus silaturrahim. Sharing is caring.

    • rumah nenek sy mmg kn bwk iron n iron board..sbb ms kita iron tu la tb2 2,3 fmly dok tggu turn..nk iron atas kain batik cucu2 yg kecik dok tggu tepi pulak..haiiashh…8 anak..7 menantu..30 cucu n berbelas cicit..keke..sori nek..tahun ni x dpt blik..

  1. Yg no 11 tu ,nak duk terperap dalam bilik mcm mana, bilik pun x de.tidur pun ruang tamu, nak jaga aurat punya la siksa. Mcm mana blh kata duk terperap dlm bilik.

  2. bukan terperap dlm bilik tp klu da doblas jam dkt dapur xkn x rehat. mest nak sejuk kan kepala. perap dgn tudg bole skt kepala da x bole buat keje. admin ayat tu ubah sikit la

  3. Asik ngate kat menantu pompuan… tlg la paham.. kami kat luar bilik pakai tudung naik kepam kepala… rambut basah sebb berpeluh… mujur ade bilik dpt la keringkan rambut kepam… kalau menantu lelaki yg terperap dlm bilik main hp laptop xde sape nk ngate ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *