Jerawat & purdah?

Hai korang.

Actly aku dah mengalami masalah kulit since 9-10 years ago. Dah banyak sgt produk aku guna tp semua mcm takde yang berkesan. Pernah makan ubat pakar kulit tp utk sementara je ok. Then my skin problem jadi lagi. How sad when i hve to go through this hard time, which aku kena hadap sedara n kawan2 dgn muka yang merah2 n sgt tak cantikk. Aku jelly gila pd org yg skin flawless, licin, tanpa any scars. Untungnyaa. Kdg2 muka aku penuh merah2 dan parut2. Kdg2 aku terfikir jugak utk pakai purdah utk tutup aib aku n utk tutup muka aku yg penuh dgn jerawat dan parut2.

But then aku terfikir, nanti org ingat aku pakai purdah sbb cantik tp sebenarnya hampeh je.

Then aku terfikir lagi, boleh ke aku pakai purdah just nak tutup muka aku utk sementara je?

Lagi stu, patut ke aku pakai?

N last one, tak mcm permainkan ke pakai kejap je? N aku bukanlah jenis muslimah sejati. Pakaian aku biasa2 je punn.

Tapi mak ayah aku mesti tak support aku pakai purdah utk ttup muka aku bila keluar (just to cover jerawat).

Sebab aku rasa nak pakai purdah tu sbb nak ttup aib aku. Aku rasa sgt malu org tgk keadaan aku mcmtu. Aku rasa down sgt. Serius aku down sgt!

Help me.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

66 Comments

  1. Boleh try product Avene/Eucerin, biasanya ada jual kat watson/guardian. Pricey sikit la bagi yg takda sumber pendapatan ni tapi worth it sebab tahan setahun. Kena sabar banyak sebab take time juga.. dia takda kesan instant mulus dalam masa seminggu ke apa, takda. Tapi, kalau sabar inshaallah puas hati. Pastu, pemakanan jaga tau. Kalau boleh amalkan makanan sunnah. Minyak zaitun tu elok sangat kalau kita apply kat kulit. And yg paling penting, syukur.. macam mana pun kita kena syukur. Moga dimudahkan urusan. Kalau nak tips boleh pm saya. :)

  2. Mungkin pembaca kat sini boleh share tips2 jaga kulit… Jangan give up ok… Pakai purdah kena niat yang betul. Khuatir kalo pakai purdah, dengan peluh2 akan affect kulit muka kalau tak pandai jaga. Kalau rasa jerawat teruk sangat, boleh je pi klinik sebab doktor boleh prescribe la krim jerawat yang berkesan…

  3. Cuba wapkan muka kamu…2 kali sehari…insya allah..kulit muka akan ok…jgn pakai produk yg tawarkan kulit muka yg cepat jadi flawless…gunakan bahan alami..mcm tomato..timun…jgn give up

  4. Sekadar bkongsi&membantu. Sy dulu pun byk jerawat sbb resdung. Tak pantang makan langsung. Tapi sejak blogger Irine Nadia kenalkan produk miracle tab kalau x silap, sy mula guna dan alhamdulillah guna pencuci muka je tp alhamdulillah hilang jerawat dan parut2. Ada banyak lg produk yg insyaAllah berkesan asalkan disiplin.

    Magic jelly(kalau x silap) pun ok jugak.

    Sis boleh cuba :)

  5. Senang saja. Semua rupa kita ciptaan Allah. Kalau ko cantik, cantiklah ko. Kalau ko hodoh, hodohla kau. Tapi kene redho apa yg Allah tetapkan utk kita. Kalau pakai purdah niat x betul takde makna. Merosakkan imej org pakai purdah

  6. Awk cuba cari benzoyl peroxide yg 2.5% je dekat farmasi..jangan 5% atau 10% taw sebab sangat kuat nanti kesan dia. Kalau takde beli dari klinik kulit mesti ada.. Pakai ni dengan pencuci muka yg awk sesuai.. Jangan pakai bedak apa2 pon.. Biar dia healing slow2… Good luck awk!

  7. cara yg paling berkesan untuk cantikkan muka adlah dengn berwuduk ….xpyh beli produk yg x tahu ap kt dlm nye nk letak kt muka kita ni…. klau nk cari produk yg btul2 tak de bahan kimia dan mesra wuduk boleh search produk nurraysa , hnya mrmbantu setakt mana yg mampu ….sya satu family pakai produk ni …. puas hati ..

    • Tanya ja, apa kaitan kelebihan berwuduk dengan pakai produk nurraysa tu? Adakah dengan pakai produk nurraysa tu kelebihan wuduk tu akan lebih mudah menyerap ke dalam kulit? Betulkah tiada bahan kimia?

      Tanya jah.

    • mcm ni dia bgytau yg muka dia bnyk jerawat kn…dan dia nk minx pndngn …..so sya ckp la yg berwuduk tu adlah slh satu cara untuk mencantikkn kulit ……pstu sya ckp la klau dia tengh cari produk …sya sarankn pakaila nuraysa tu sbb dia mesra wuduk dan hnya guna bahan alami…xde kaitan pon dngn berwuduk dengn produk tu….cuma nk ckp produk tu senang…mesra wuduk …xpyh nk cuci muka bnyk kli nk hilangkn bedak kt muka…. klau awk nk thu boleh search produk tu…bedak dia guna air zamzam….bukn nk promote sbb sye guna sya tahu memng produk tu laen dari yg laen….

  8. sy dulu pun jerawat teruk sampai nanah2 bagai.pernah pegi jumpa pakar tapi x tahan asyik kene telan pil je.last skali jerawat sy hilang sb sy jaga makan dan jaga kebersihan je..jgn mkn ayam @ telur.kalau nk mkn jgk ayam mkn ayam organik.pagi2 buat la green smoothie..blender je sayur2 yg ade kat dapur tu.muka plk kalau blh cuci la dgn air mineral..sb air paip biasanya kotor..keringkan muka dgn tisu bkn tuala.pastu pakai ubat jerawat dalacin t.sebulan skali tu pegi la bekam muka.kadang2 jerawat ni sebab darah kita yg kotor.amalkan yg sy buat ni insyaallah licin la muka tu ☺

    • Same sy sis..jerawat teruk last year siap bernanah bagai..rupanya mmg kena pantang mkn telur, kalau nk mkn pun better telur ayam kampung.. imbalanced hormon pun punca jerawat.. nk hilangkn parut sy guna sabun hijau marine essence & azanis scar serum..kena rajin & takes time jugak nk kulit cantik ni ?

  9. Better jumpa dermatologist atau pergi pharmacy. Cuci muka sehari sekali di awal pagi, selebihnya cuba cuci guna air biasa sahaja. Jangan pakai purdah semata-mata nak tutup jerawat saudari. Selamat maju jaya, semoga kulit saudari lekas-lekas sembuh :)

  10. What if anda stop dulu penggunaan semua produk dan bagi kulit anda ruang untuk adapt? Negara kita ni panas & lembap, jadi mungkin boleh kurangkan atau berhenti dulu penggunaan bedak2 atau lotion muka. Apply sunscreen bila keluar.

    Janganlah pakai niqab sebab masalah kulit, bukanlah aib pun. Janganlah sebab tu kita dustakan nikmat Allah yang lain.

  11. Pada aku tutub aib lagi penting dgn pakai purdah tu. Pada masa y sama berubatlah.
    Dulu pun aku berjerawat agak truk.
    Malu dan kene kutuk biasa la tu.
    Jd aku paham perasaan tu. Bersabo la banyak2. InsyaAlllah ada y lebih baik.

  12. Try jumpa pengamal homeopathy, dapatkan consultation, kaedah dia takes time , but worth sebab menyembuh dari dalam.. saya dulu eczema teruk , (dok asrama since ting. 1, sembuh eczema tahun 2 kt u) depa suggest saya herba..mula2 fokus penghadaman n pelawasan, lepas sebulan dua eczema kering, fokus plak kepada buah2an yg sitrus, bersihkan darah katanya, Alhamdulillah, parut pun x ada.. tapi , ekzema sy tu kt kulit badan n kaki la.. mungkin utk muka lain kaedahnya

  13. Pkai purdah lgi kulit tu tk bernapas .
    First bangun pagi minum air kosong segelas . Bca selawat .
    Lps tu jgn pkai pape product . Rehatkn muka .
    Sentiasa minum air .
    Bagi hilang toksik . Kadang masalah bermula dari dalaman . Contoh jerawat kt dahi . . Tanda kita stress . Lewat tidur . . Pastu jerawat kt hidung sbb kurang minum air . . Boleh google jerawat dan masalahnya apa . Lagi satu jga pemakanan . Bole google .
    Rajin scrub pkai tomato .
    Dont touch ur face dengan tangan kotor tu . . Bawak lah tisu . .
    Kadang org bnyk jerawat nih sbb resdung . Pape pon minum air masak taw .

  14. Pakai jela jika ia membawa kepad kebaikan, bila down itukan sesuatu yang negative, so kalau pakai. Tu meningkatkan gaya kehidupan kenapa pilih tidak. Dan kalau dah lama lama pakai mesti terbiasa dan akan merasa janggal kalau tinggalkan. Hidup kita yang rasa bukan orang lain.

  15. The first few months masa saya dekat overseas, muka saya breakout teruk sampai rasa sangat disturbed and demotivated. Thing is, sis better jumpa dermatologist and get to the bottom of the problem. Jenis muka kalau berjerawat dan berminyak ni, cerita dia boleh kawal sahaja kalau dah lepas umur pun masih ada. Dermatologist akan prescribe ubat atau antibiotic untuk kill acne bacteria from within layers of your skin. Selalu ubat makan and ubat sapu. Cuba sis cari atau Google Roccutane/Accutane. Itu pun bergantung kepada whether or not you are seen fit to consume these medications. Ini juga sebagai ikhtiar terakhir kalau sis dah buat segala tips yang other commenters kat sini dah kongsi.

    Pakai purdah tu macam nak lari dari selesaikan masalah je rasanya. Hey kulit muka kena bernafas!

    It takes time to heal sis, but provided that you follow dutifully semua langkah2 yang dermatologist dah bagitau, you’re gonna do and feel great!

    • Agree! Saya pun makan isotretinoin n pakai skincare dari dermatology clinic. Masalah jerawat tiga tahun settle within a month. Kita just ikhtiar. Kalau sesuai alhamdulillah.

  16. Awk pantang air gula 2 bulan…tu jerawat resdung..kuman makanan die gula..pastu air mineral 2 liter sehari pon da ok..rajin2 la blender 1biji oren sunkist n 1 biji epal hijau/merah tnpa gula dlm sehari..kalo bole 2 hari sekali..tuk penjagaan luaran..kai pencuci muka berasaskan buahan2/xde kimia..mlm2 sblm tido sapu 1 muke minyak kelapa dara..n minum 1 sudu sehari myk kelapa dara (vco) pengalaman bertahun2 mengkaji..hehe..

  17. Kalau mampu, jumpa dermatologist. Kalau tidak, aku boleh suggest pakai produk jenama Simple. Ada jual kat watson/guardian. Formula dia takde pewangi/pewarna dan sangat2 lembut untuk kulit sensitif.

    Eat more green. Jgn degil takmau makan sayur. Kalau rasa takleh telan sayur, makan buah banyak2. Baru badan tak acidic dan kulit tak meradang.

    Kurangkan makan ayam dan daging. Eksesais keluar peluh sikit. Healing starts from the inside.

  18. Makanlah vitamin c , minum air masak 3 liter sehari , pakai sabun tolak jerawat sari ayu dan makan minyak zaitun . Dalam masa setahun inshaAllah kulit muka sis cantik . Tp kenalah sabar sikit . Lagi satu kena consistent . Takpayah pakai apa2 cream atau foundation . Nnty tade ruang muka nak bernafas . Rajin rajin lah doa masa basuh muka nak wuduk semoga orang sekeliling tgk kita terasa sejuk hati je dan muka nampak cantik even muka kita banyak jerawat pon . Haha .

  19. Jumpa dermatologist je.sy pnh mkn accutane mmg cepat jerawat kecut sebulan je dah flat jerawat.hehee.jgn jumpe beautician tau nanti muka berlubang2 dan xpayah la pakai produk2 tepek muka tu.try itu ini sampai dpt produk mane yg serasi dengan kulit selalunya produk ni org lain pakai elok kite pakai xelok.so membazir disitu

  20. Itu antara tanda2 darah bnyk toksik n usus ada masalah
    Berbekam
    Makan banyak buah2an & sayur2an
    Minum banyak air
    Sebulan sekali amalkan minum air asam kunyit pada pnghujung period
    Amalkn pakai masker serbuk kunyit + yoghurt( x ada yg asli yg brperisa pun ok) + madu..semua sukatan 1 sudu( jika lebih simpan dlm peti ais)..kunyit adalah antiseptik..nk pakai hari2 pun boleh
    Minum Yakult + nata de coco..kombinasi yg bagus utk bersihkn usus ( bakteria baik utk lawan bakteria jahat + serat yg tinggi utk tarik mndapan pada usus)
    Tepek bedak sejuk asli (cari yg home made)
    Sabar banyak2…biar lmbat tp insha Allah kulit brmasalah jika sentiasa d rwt tnpa jemu akn kekal sihat nmpk lebih muda 10 thun apabila masuk fasa midi(40 an)
    Sekadar brkongsi pnglmn sendiri
    Produk2 lain…trpulang pd keserasian & kewangan anda
    Tak perlu purdah jika niat utama krn jerawat
    Klau jerawat dah clear…silakan brpurdah
    Gud luck dear sis
    Mama Adam Luqman

  21. sis mcm sy jenis jrwt degil..sy kne jrwt dr stat f1 smpi lh umo 33..stp 4thn skali sy akn kne jrwt yg truk smpi pnoh muke menanah yg tggi n dlm n tebal..sy pon mcm sis smpi thp kdg sy xnk folo asben klua bjln sbb takot asben malu muke wife truk..mcm2 produk gune n pnh g pakar kulit..mmg ilang tp skjp je..xlme tu mst mule blk n lme2 pnoh muke..skrg sy cube peewit juz sabun je..alhamdulillah muke sy dh ok sis..murah ke pon sabun nye rm40 leh pki 4bln..ade jgk set tp sy bli sabun pon dh ok muke..klu pki set mst ploles muke ni..hihi

  22. dik akak dulu jerawat lg teruk…nanah2 bagai…siap masuk sepital…bila da kategori teruk…ubat luaran da x bole jalan…kene mkn ubat tuk dalaman…gi dermatology mintak ubt mkn retin + A ….tuk kawal minyak kat muka….kene pakai pelembab wali kulit berMinyak…pilih dr jenis gel instead lotion…sbb lotion atau krim ni berminyak…pakai essense pun ok…make up jgn pakai langsung…die tutup pori2….pencuci muka pakai yg soft (tuk kulit sensitif) sbb yg pencuci tuk jerawat tu sangat2 kuat chemicalnya…

  23. Boleh cuba serbuk kayu manis mcm mask letak tiap mlm sebelum tido tpi jgn letak banyak. Cuba letak di bahagian dahi utk tgk serasi ke tak. Campur yogurt asli atau madu utk kurangkan rasa panas herba. Slmt mencuba

  24. BEKAM. Amalan sunah trbaik. Sy alami masalah yg sama krn slh produk. Hampir stahun cuNA mcm2 xmnjdi. Then cuba berbekam then facial. Alhmdulillah sekali ja berbekam, dh xde lagi mslh jrwt yg degil ni. Cuma skli skala biasa la tu naik sbjik dua. Cuba la.

  25. https://www.facebook.com/klinikdrhasseenah/
    Jumpa doc ni pas raya. Buat appointment dulu. Kenal pasti masalah kulit. Doc ni pesan jangan makan ayam n ikan keli sbb ada hormon yg akan sebabkan jerawat. Ambil supplement zink. Cth: shaklee.

    If xnak jumpa doc, awk boleh cuba pakai clinique. Starter kit pun ada jual. Sy dulu pakai ni setelah mencuba berbagai jenis produk. Smpi skrg sy terus pakai. Kesannya bukan instant, ambil masa 6 bln juga untuk recover. Yg penting jaga pemakan. Jgn malas utk ikut rutin pemakaian produk. InsyaAllah kulit akan cepat sembuh.
    Dahulu, kulit sy penuh jerawat n rasa miang sgt especially bila terdedah pada habuk. Menangis tgk muka sdri. Macam2 petua buat. Macam2 kosmetik dr mahal smpi yg murah sy cuba. Tp xberkesan pun.

    Semoga awk terus tabah ya. Cuba ikhtiar dulu. Jgn cepat putus asa.

  26. To be honest, dlu muka sy teruk, jerawat batu, smpi kadang ada nanah.. Perasaan malu yg awak rasa tu sy sgt faham. Sy pun gtu juga.. Byk produk2 yg sy guna tp makin lama makin teruk. But now da okey ckit.. X la flawless but cukup utk hilangkan segala jerawat batu. Tipu la klu xde scar tp at least x mcm dlu. Produk satu2 nya sy guna ye la dalacin t. Boleh dpt kt guardian pharmacy. Other than that, sy c pakai apa2. Dlu sllu guna cream muka, bedak apa semua tapi skg da x guna. Nak rehatkan kulit muka dari semua produk2 kilang. Pencuci muka? Sy guna sabun detol (original) atau life buoy jer. If kulit muka awak jenis sensitif (mcm sy), elakkn guna produk yg ada fragrance. Yg itu sama sekali NO. Sekali sekala, cuci muka guna Baking soda. Toner? Sy guna apple cider. Mask? Sy guna kunyit. Home remedies is the best. And bykkan minum air..

  27. Hmmm….teringat kisah kawan, dulu muka sgt berjerawat…malah x berhenti2…lepas satu…satu…

    Tiba2,

    Jumpe seorg doktor….nasihatnya sgt mudah….berkahwinlah….

    Hahaha…mula2 mcm nak gelak je….

    Tp….kuasa Allah jodoh dtg…..nikah….bunting pelamin….

    Masalah jerawat kawan tu yg bertahun2 selesai….alhamdulillah…malah muka dia awet muda…

    Skrg umo 29…tp anak2 dh masuk 4…still org terkejut….ingat umo 21 tahun+lom kawin…

  28. Kalau nk pakai biar dengan kefahaman yg betul…bimbang nanti dah cantil teus x nal berpurdah…apatah lgi pndgn msyarkt bila jdi cmtu plak..jdi fitnah pd gologn purdah..

    Ikhtiar lagi…pasti ad jalan lain..mngkin ad yg serasi dgn kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *