Assalamualaikum. Saya just nak share kisah saya yang dia memilih untuk pergi tinggalkan saya kerana ingin fokus hijrah kepada Allah.
Kisahnya baru saja berlaku pada diri aku. Dan sungguh tak di duga kenapa begitu pantas dia melakukan keputusan sebegitu.
Saya perempuan lahir tahun 1995 dan lelaki tu agak jauh muda juga dengan saya. Muda 4 tahun, berumur 23 tahun.
Sebelum ni saya pernah bercinta juga dan tu la kisah cinta saya yang paling lama saya bertahan. Dan paling sakit pernah saya alami.
Lepas dari hubungan toxic tu, saya berniat lepas ni tak nak da cinta lama2, kalau boleh nak kawan dan terus kawin.
Dalam proses sudah move on dengan masa lalu, saya pun terjumpa la dengan lelaki ni.
Perkenalankan kita agak singkat dan kenal melalui sosial media. Saya dengan dia mula rapat bila masing2 tau ada sakit yang sama iaitu ‘anxiety’.
Sejak kenal, saya dengan dia makin rapat hari demi hari tapi kita tak pernah jumpa lagi memandangkan kita ldr. Dia dekat johor saya dekat sabah.
Perkenalan selama 4 bulan cukup indah bagi saya even tak pernah jumpa tapi feeling rapat tu seolah2 kenal dah lama.
Masa tu saya da fikir mungkin ini la jodoh saya. Sebab kehadiran dia dalam hidup saya membawa kecerian.
Dipendekan cerita. Ada sehari tu kita bergurau dengan perkataan ‘break’, dan tak di sangka benda tu kita ambik serius.
Dan malam tu juga lelaki tu cakap yang dia nak tinggalkan saya. Saya terkejut juga sebab kita ok ja tak gaduh pun. Saya tanya la kenapa nak break.
Then lelaki tu pun cakap selama kita kenal dia makin jauh dengan Allah. Makin hari makin lalai. Dia pun ada kata yang sebelum kenal saya dia tak lalai. Dia tak malas macam yang sekarang.
So dia cakap dia 50/50 nak teruskan hubungan. Dan haritu juga dia tinggalkan saya dengan alasan dia nak fokus hijrah kepada allah.
Saya masih sedih dan agak rasa sakit juga. Overthinking yang tidak2.
Saya tak tau niat dia sebenarnya apa, sebab bagi saya benda ni berubah dalam sekelip mata rindu tu hanya Allah ja tau.
Rasa kehilangan orang yang saya anggap dia la jodoh saya sangat terkesan dalam diri saya.
Lastly, tolong doakan saya kuat lawan sakit ni. Lawan perasan ni, kadang rasa nak give up nak hadap sakit ni dengan anxiety.
– Cici (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit