typical minded org kita

Assalamualaikum semua. Terima kasih pada admin yang approve confession aku ni.

Confession aku ni sebenarnya aku tulis sebab aku curious sngt mcm mne kita ni nak ubah typical minded org melayu ni. Maybe dah ada org tulis confession mcm ni tpi aku tk perasan. Maybe. Tapi aku nak jugak tulis benda ni lagi.

Firstly yang paling common sekali pasal kerjaya anak-anak. Aku tak faham sebenarnya kenapa majoriti mak ayh sekarang, mostly yang agk educated la, diorang kalau boleh nak sngt anak diorang yang dapat result cemerlang time spm ni, jadi doktor. Senang kata mcm doktor je la stu-stunya kerjaya yang ada. Aku tak la kecam kerjaya doktor ni. Tak sama sekali. Cuma aku kesian kat sesetengah individu yang sampai kena paksa jadi doktor ni. Ada yang study separuh jalan, lepas tu dh tk boleh go on. Ada jugak yang smpi ada mental depression bagai. Aku sendiri pun salah sorang student medical and aku tak minat pun bidang ni awalnya. Tapi bagi aku, aku buat semua ni demi mak ayah aku and minat tu akan datang nanti. Alhamdulillah setakat ni aku tak rasa nak quit lagi dan harapnya aku akn tamatkan sampai dapat ijazah, insyaAllah. Jadi, kat sini aku bukan lah nak ajar mak pak ni utk tak mengongkong minat anak-anak, tapi aku cuma mampu doakan siapa yang ada masalah mcm ni, semoga urusan anda dimudahkan dan semoga Allah lembutkan hati mak pak korang utk faham situasi korang.

Second pasal hantaran kahwin. Aku tahu aku maybe tak layak lagi nak cakap pasal ni sebab aku pun baru awal 20an and calon pun takde lagi. Tapi aku pernah la cuba tanya mak aku psl bnde ni. Aku nak jugak tahu berapa agak2 mak aku nak sebagai duit hantaran dari bakal menantu dia. End up mak aku cakap klu blh atas 10 ribu. Terkejut la aku. Aku target dalam 5-7 ribu. Itupun dah banyak dah bagi aku. Maybe ada yang kata hantaran mahal ni nak tunjuk betapa bakal suami tu berusaha nak halalkan kita. Tapi bagi aku bnyk side lain kita blh tgk utk tgk usaha dia tu. Contoh macam kesabaran dia dengan sifat kebudakan kita, baran kita bagai. Bukan dari segi kumpul duit hantaran je. Nanti elok dah nak kawen awal, kena postpone pulak sebab duit tk cukup lagi. Kan kesian tu. So apa kata kalau bila kita kita ni dah jadi parents nanti, kita mudahkan urusan anak kita tu nak kawen. Kalau rasa bakal menantu tu baru nk kerja, baru nak kumpul duit, murahkan la hantaran tu. Kita mudahkan urusan orang, orang mudahkan urusan kita. And kalau ada yang tengah berdepan dengan masalah macam ni, slow talk lah dengan mak bapak. Bentangkan usul-usul dan bukti yang kukuh kenapa kita ni tak perlu pun duit hantaran yang sampai berbelas ribu tu. Dan berdoalah semoga Allah lembutkan hati depa utk terima je usul korang tu.
*aku pun sekarang tengah pujuk mak aku pasal ni even calonnya masih sesat di luar sana dan mungkin sedang sibuk menjaga jodoh orang lain.

Lastly pasal fizikal orang. Ada je org yang kurus sangat kena kecam, tapi mostly orang kita ni suka kecam org yang berisi la kan. Aku tak de la pernah sampai ke level bmi overweight tapi aku pernah naik 14kg lepas spm. Masa aku pergi beraya rumah kawan aku, boleh pulak ayah dia cakap aku dh berubah dari seekor ikan bilis kepada sebiji roti bun bilis gardenia tu. Even aku tak obes lagi, tapi benda tu dah cukup menyentap jiwa aku. Even kadang2 ada org yg berisi ni akan cakap yang dia suka dan selesa dengan fizikal dia sekarang, tapi for suree, akan ada at least sekali diorang termenung jugak pasal badan diorang. So pada mulut yang tak habis nak mengecam sana sini kerana anda mempnyai bentuk badan persis seorang model victoria secret tu, apa kata anda mengajak kawan anda untuk workout atau berdiet secara sihat agar mereka juga dapat cantik bersama anda. Kurus ni bukan untuk lawa je ye. Mohon jangan salah sangka. Tapi kurus untuk sihat. Itu saja. Jom fit dengan detox dan workout yang efektif. Hihi.

Ok rasanya cukup itu saja point yang aku ada untuk confession kali ni. Mungkin ada yang tak setuju pendapat aku ni. Korang berhak untuk bantah sebab setiap orang ada pendapat masing2. Aku Cuma meluahkan apa yang aku rasa je and bukan untuk mengecam sesiapa. Semoga Allah jaga kita semua dan mudahkan urusan harian kita insyaAllah

– miss S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit