My Boss is My Crush Part II

Untuk part I, (https://iiumc.com/my-boss-is-my-crush/).

Bismillah. Hellooo semuanyaa, Happy new year.

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih pada admin sebab siarkan cerita aku yang syok sendiri itu. Terima kasih pada kakak2 abang2 yang komen baik2 dan mendoakan yang baik2.

Terima kasih juga pada mak ayah yang tak jemu2.. Ehh tibeerrrrrr, dah macam speech terima ABPH lak.

Aku terhibur baca komen korang, ramai yang minta Part II kalau aku dengan bos aku kahwin kan. Tapi tak tahu lah ada Part itu atau tidak, haha. Macam lambeeeerrttt lagi.

Tapi doakan lah Part III nanti Part aku kahwin dengan bos aku kut. PERASAN!! HAHAHAHA

Jadi aku nukilkan Part II ini untuk membalas komen2 dan beberapa kisah aku. Ada sorang abang tu komen dia baca separuh je dia geli dah, budak perempuan sekarang kuat fantasi katanya.

Aku harap kisah hidup aku ni pun fantasi bang, penat syok sendiri. Tapi tulah 99% dari cerita ini adalah betul. Memang tengah jadi saat ini.

Masih hadap muka bos aku setiap minggu, rasa gembira ada, rasa sedih pun ada sebab suka tapi tak terluah.

Bezanya kisah2 fantasi yang kat TV tu happy ending. Kisah aku ni TIDAK. Masih di awang2an.

Dan kalau kau geli kenapa kau baca bang. Aku nak cakap kau bodoh kang kau marah pulak. Tapi memang kau bodoh bang.

Kalau lah aku seorang yang berani mengungkapkan perasaan, aku nak je bagi tunjuk komen2 yang doakan aku kahwin dengan bos aku tu kat bos aku.

Orang kata kalau dah 40 orang doakan kita insyaaAllah doa makbul, ni macam dah lebih kan. Haha, mesti padan muka bos aku kahwin dengan aku.

Aku nak je cakap kat dia ‘kau tengok ni hah, semua doakan aku berjodoh dengan kau, habislah kau kahwin dengan aku nanti’ Hahaha.

Aku nak balas dendam, paksa dia bawa aku honeymoon kat luar negara tiap minggu. Sape suh dia lambat sangat notice aku suka dia kan. Hehe.

Tapi tulah, jangan kan nak bagi nampak komen2 tu. Confess pun tak berani, sembang je aku ni kan.

Eh walaupun aku tak betul sikit. Bila on event or di tempat2 rasmi. Aku hormat je beliau, aku bahasakan diri En dan saya. Kang korang ingat aku tak hormat lak bos aku.

Kalau kitorang berdua sahaja baru ganti nama kau aku. Tapi kadang2 tersasul juga En. En suami ehh, gurau. hahahaha.

Aku nak cerita kenapa aku tak berani confess, sebab ramai yang suruh aku confess kan. Selain pangkat kami berbeza, ada 1 reason utama aku takut nak confess.

Dulu masa aku High School, aku ada suka 1 orang classmate aku ni, nama dia Kumbang (Nama samaran).

Si Kumbang ni adalah first love aku. And the funny part is nama bos aku juga KUMBANG.

Ini cerita betul wallahi tak tipu. Hahaha. Bin mereka sahaja berbeza. Kalau Bin sama confirm aku ni gila agaknya.

7 tahun lepas, masa aku tahu bos aku ni nama kumbang. Aku terkejut beruk dan gelak sendiri, sebab teringat first love aku tulah.

Aku tak faham kenapa aku asik fall in love dengan manusia bernama Kumbang ni Ya rabbi, stress aku. Dah takde nama lain ke dalam dunia ni hah. Kalau hari2 macam ni penat lah syi*l , nilanca+^%*%*%*#**.

Jadinya si Kumbang ni tak suka aku, YES AKU DIREJECT. Bukan depan2 lah. Ada kawan aku yang pegi tolong adjust2 kononnya. Sekali si Kumbang kata kat kawan aku ‘oh flower suka aku ke, nanti aku fikirkan’

Dan dah 12 tahun ya umat-umat manusia, fikiran dia itu masih tiada jawapan. Mungkin dia ahli fikir agaknya ek.

Tapi bila aku tengok si Kumbang tu kt facebook sekarang burukk ya amat yaa. Muka pecah betol. Aku macam pelik dengan selera aku ni.

Asal aku boleh minat kat mamat ni dulu zaman sekolah ek. Eww buruk betul selera aku, hehe gurau.. ishh tak baik aku body shaming orang kan. Maaf Kumbang aku buta dulu.

Jadinya, aku takut direject untuk kali KEDUA dengan ORANG yang BERBEZA tapi NAMA yang SAMA. Hahahaha.

Mana aku nak letak muka mak lampir aku ni wei kalau di reject lagi. Haha. Sejak dari itu, kalau aku suka sesiapa aku tak pernah confess. Aku malu.

Benda tu low self-esteem aku sampai sekarang. Aku sentiasa tak confident dengan diri aku. Jadi ex2 boyfriend aku sebelum ini mereka yang make first move dulu.

Jangan lah marah aku wahai umat-umat manusia sebab tak berani confess, aku malu. Aku tak nak pisang berbuah dua kali.

2 tahun lepas aku ditinggalkan oleh ex lover aku padahal dah hampir menuju jinjang pelamin. Dia curang. Tapi bagi aku, dia bukan curang pun sebab kitorang tak kahwin lagi.

Masa bercinta sebenarnya kita masih bebas berkawan dengan orang lain.Itu adalah waktu untuk kita memilih mana yang baik dan buruk untuk dijadikan pasangan hidup. Betul tak?

Cuma biasalah kita ni manusia biasa jah, suka berharap pada sesuatu. 4 tahun bercinta mesti berharap nak kahwin dengan boipreng kita kan.

Tapi apakan daya. Allah berkata lain, takde jodoh hehe. Ex aku alhamdulillah dia dah kahwin pertengahan tahun 2023 yang lalu.

Setahun juga aku move on. Benda2 ni semua sangat memberi effect pada aku untuk mencari pasangan. Aku semakin kurang confident dengan diri sendiri.

Kalau nak lihat appareance and physical body aku, aku tidak lah tergolong pada orang yang cantik dan buruk sangat pun, haha. Aku biasa sahaja, ada manis dan pahitnya, gituu.

Masa kitorang pindah ke jabatan kitorang sekarang ni. Pernah juga timbul isu top2 managemant dan jabatan2 lain semua bergossip pasal jabatan kitorang semua lawa2 dan hensem2.

Jabatan aku ni Jabatan yang baru diwujudkan tahun 2023. Jadi semua pengarah, bos2 dan staff2 semua baru. Taklah baru sangat, kami semua adalah kakitangan dari jabatan lain yang ditarik ke jabatan sekarang. Sebab kami elok2 semua. Hehe.. gurau.

Macam ada unsur pilih kasih kat situ kata mereka. Maksudnya aku tersenarai lah kan dalam golongan yang cantik itu. Muahahaha.

Ramai juga yang try usha2 aku. Ada yang aku layan ada yang tidak. Aku tidaklah menutup hati aku terus pada sesiapa yang datang membuka pintu.

Cuma mungkin saja lelaki yang usha2 aku itu mencari tempat singgah bukan rumah. Dan mungkin juga sebab hati aku sudah diisi dengan nama lain iaitu bos aku yang hati kering itu.

Jadi sering kali bila ada yang menyapa. Aku kurang memberi respon. Jadi nya aku single forever. HAHA. Tapi sebenarnya, aku yang tak pandai berkomunikasi sangat dengan lelaki. Aku kan Ambivert.

Aku ni sejenis perempuan yang suka lelaki bad guy sikit, maskulin gitu. bos aku ni memang opposite langsung. Dengan hati keringnya lagi. tapi I is in love juga dengan si hati kering ni, huarghh nak nangis rasa.

Aku nak cerita perkara lucu tentang bos aku ni. Bagi aku lucu tak tau lah bagi korang haha.

Beliau ni memang kalau dari luaran orang tak kenal, sangat serius dan pendiam orangnya. Tapi sebab dah rapat ni, aku dah nampak sisi lain beliau kan. Kalau dia banyak kerja. Dia akan fokus je dalam bilik dia.

Kadang2 dia panggil aku atas urusan kerja sikit masuk bilik dia, then dah habis urusan kerja tu kadang2 aku lepak bilik dia bergosip macam2. Haha.

Dia pun layan. Sampai tak terbuat kerja dia. Kalau aku tengah busy buat kerja pulak, dia akan keluar bilik dia dan duduk kat sebelah meja aku dan menyembang berjam2. Last2 dua2 kerja kitorang tak habis. Haha

End of december hari tu kan ramai yang bercuti. Jadi 2 hari tu kami berdua sahaja jaga office while the others is on holiday.

Jadi aku tengah busy nak habiskan keje hujung tahun aku tu. Dia duduk sebelah meja ajak aku bersembang, nampaknya kerja aku ni jadi kerja awal tahun lah nampaknya.

Dia cerita dia selalu kecam pondan2 yang macam saf**y ily*s, sa*at, melisa dan sebagainya. Haha. Dia kata meluat tengok pondan2 ni. Tak sejajar dengan manusia normal.

Ya Allah korang bayangkan lah manusia pendiam dan serius ku sangkakan selama ini adalah NERAKAZEN aka KEYBOARD WARRIOR kt media sosial, haha.

Dia memang maki kaw2 manusia2 tu. Sampai ada sekali tu pondan tu pegi mute komen dia. Haha. Koyak kut sebab komen si hati kering ni. Aku memang gelak habislah bila dia cerita tu.

Aku cakap kat bos aku ‘kau ni mulut puaka ek, tak baim tau kecam orang macam tu’ dia jawab ‘sejak aku kawan dengan kau aku jadi macam ni’. Eh aku pulak yang salah.

Jadi kalau korang nampak kat tiktok user name yang pelik2, fake account yang suka kecam orang tu. Salah satunya adalah bos aku. HAHAHA. Aduh sakit perut aku gelak. Mental betul bos aku ni.

Pasal red flag tu pulak, actually is not red flag yang abbusive ke ape. Bos aku ni kurang common sense haha.

Macam kalau dia nampak perempuan tengah angkat barang. Dia boleh tengok je,tak tolong pun haha. Usually lelaki akan tolong lagi2 kalau barang tu berat. Kau ni ape bos.Kau tinggal sini ke.

And then like kalau tengah berjalan tu, memang dia jalan menonong jelah tinggalkan orang belakang. Aku lah yang selalu sound dia dari belakang ‘woi cepat betol kau berjalan,nak tercirit ke jalan laju2’. Pastu dia senyum2 kambing. Nasib baik hensem.

Hah macam tu lah perangai bos aku haha. Banyak lagi tapi takkan nak buka aib bos aku si hati kering ni kan. Kesian dia haha. Aku fikir Mungkin dia lama sangat single ni.

Sebenarnya confession aku ni bukan mencari jalan penyelesaian, cuma sekadar berkongsi kisah hidup sendiri.

Ramai jah mungkin perempuan lain kat luar sana yang ada story macam fantasi drama tv3 tu. Tapi tak semua kisah kami ini happy ending macam drama tersebut.

Aku juga punya instinct yang mungkin bos aku ni cuma selesa dengan aku, bukan suka dengan aku.

Kalaupun suka aku, mungkin dia memang betul2 dah taknak serabutkan otak dengan kehadiran seorang isteri. Maklumlah kang dapat isteri macam aku yang biul ni mau tak pening dia nanti.

Tapi komen2 kalian sangat menghiburkan aku. Aku sentiasa mengaminkan setiap doa2 positive kalian. Jauh dari sudut hati aku juga berdoa kami berjodoh. Allah tu kan Maha mengetahui, dia yang mampu membolak balikkan hati.

Sejak aku tahu yang dia sudah tidak berminat untuk berkahwin. Aku sudah perlahan2 untuk menjauhkan diri dari beliau. Sudah tidak mahu mengetahui perihal beliau. Sebab makin banyak aku tahu, makin banyak aku ingin tahu. Makin perasaan ini membuak2.

Tapi tentu saja bos aku sentiasa mendekat. Sebab kami 1 office. Aku orangnya happy go lucky. Kalau aku diam, memang dia akan tanya macam2. Hurmm rosak plan aku.

Waktu aku tengah menulis ni pun ada notification kat atas phone aku, bos aku hantar whatssap. Haha. Tengah malam jam 12.35am ni hantar reels tiktok yang bukan2. Entah bos aku ni. Rindu aku agaknya.

Terima kasih mendoakan kami berdua. Semoga doa2 kalian makbul. Semoga doa2 yang baik kembali kepada kamu semua kelak.

Kepada Pn Nordarlina Yusof, terima kasih offer untuk doakan kami di tanah suci. InsyaaAllah saya akan PM puan untuk minta doa dijodohkan. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Aamiin.

Doakan yaa, Part III or Part seterusnya happy ending. Jika tidak berjodoh pun, semoga ada hikmah atas perasaan yang Allah hadirkan ini.

My Dear Bos, Happy New Year. Thank You for the precious moment we shared together. If you read this confession. I hope you know I’ve been in love with you for so long. Im looking forward for this season. I hope we can be more than a colleagues. Hehe.

Can I be your housewife instead of workwife. HAHAHA. Ayat Puan Badak Afrika.

Thanks. Sending love.

– Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Takpe.. yg penting kita tak MEMAKSAKAN sesuatu. Orang kata “Just follow the flow”. Kita chill2 jer.. Santaiii jer. Cuma nak tanya tt ni. Ada tips nak baiki ekonomi atau apa – apa tips untuk lebih berjaya dalam hidup tak? Atau ada kata – kata yang lebih positif, lain kali cubalah buat senarai. Kitonya selalu murung dan galau.😌

    Boringlah asyik masalah percintaan, masalah rumahtangga la. To much PROBLEMMM😅

  2. Mungkin boss awak pun dua kali lima dgn awak, dia tk konfiden nak confess kt awak, so masing2 tunggu la, sapa nak confess dulu, mungkin la sampai usia emas, baru nk confess. Jadi, mungkin boleh la awak cuba2 bagi hint dulu kat dia, contoh; tanya dia tk nak datang berkenal2an dgn org tua awak ke? atau bakal mentua dia? awak mungkin boleh cuba dgn cara jenaka dulu, tengok apa reaksi dia, klu ok, awak offer nk berkenalan dgn famili dia pulak, klu positif, boleh la awak konfes kat dia, klu tak, elok la awak blah dari hubungan buang masa ni, cari je jantan lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *