Salam sejahtera para pembaca sekalian. Aku gelarkan diri aku Miss S, berusia 35 tahun, bujang dan menetap di KL. Aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta yang agak gah juga namanya di Malaysia dan bekerja lebih dari 10 tahun.
Pun begitu, aku rasa demotivate & hambar dengan kerja sekarang walaupun ramai orang merasakan kehidupan aku ni cukup best bak kata mereka. Biarlah mereka dengan pendapat masing-masing.
Bukanlah aku tidak bersyukur. Aku bersyukur sangat2 atas nikmat yang diberi tetapi tidak menolak akan perasaan yang aku hadapi bertahun-tahun.
Aku juga mengalami depression & sekarang berjumpa dengan psikologis untuk rawatan. Alhamdulillah keadaan aku agak better, tetapi masih berusaha untuk getting more better than before.
Jika nak cerita kenapa aku tidak happy, akan jadi panjang berjela. Cukuplah untuk point out mengapa aku meneroka peluang kerja atau kerjaya yang aku minat. Salah satunya pet sitting.
Aku boleh dikatakan seorang freelance pet sitter atau part time part time pet sitter. Aku pun tak pasti terminologi yang lebih tepat untuk situasi aku.
Aku bermula sejak bulan Julai tahun 2023. Semuanya bermula apabila aku mendapati kos sara makin meningkat di mana beberapa bulan sebelum aku bermula kerjaya pet sitter, aku terpaksa kena gadai barang2 kemas dan terpaksa keluarkan simpanan kecemasan aku untuk survive.
Walaupun aku bujang, tetapi aku mempunyai komitmen seperti rumah, kereta dan kad kredit untuk bayar insurans, utilities. Keluarga aku pula kategori B40, jadi aku juga kene bagi duit kat mereka.
Aku pula memiliki 5 ekor kucing baka biasa sahaja. Sudah tentu cara aku menjaga kucing aku nak beri yang terbaik namun masih dalam kemampuan aku.
Makanan yang aku berikan pada mereka pun at least level premium atau super premium. Mereka sakit aku hantar pergi klinik.
Yang jenis berbulu panjang, aku hantar ke pet grooming bila aku rasa penat atau tak larat nak grooming mereka.
3 daripada 5 ekor kucing saya jenis berbulu panjang ni da dewasa berat pun ada yang 6kg ke 7kg.
Jenis pula susah nak bagi kerjasama bila nak grooming sampai tangan aku berdarah kene cakar. Aku pula perempuan dengan tinggi 152cm memang akan ada masa rasa nak tercabut pinggang bila nak grooming mereka.
Aku juga dah mandulkan semua kucing aku walaupun kos mandul kucing betina agak mahal tapi aku sanggup bayar walaupun gaji bulan tu cukup2 makan sebab aku lebih memikirkan kesan jangka panjang jika kucing aku tidak dimandulkan.
Jadi, aku mula memikirkan cara untuk survive dengan ekonomi masa kini, jadi aku terfikir untuk buat pet sitting. Dengan pengalaman aku menjaga kucing-kucing serta hasil kajian di internet untuk menjadi pet sitter.
Aku mula mengiklankan khidmat aku buat pertama kali di FB group Pet sitter Malaysia. Dan aku mendapat 2 klien pertama aku.
Alhamdulillah servis perkhidmatan untuk pertama kali berjalan lancar walaupun ada mendapat feedback dari klien. Tetapi aku ambil dengan hati terbuka untuk improve.
Sekarang dah 6 bulan buat pet sitting ni, aku sudah sorang dua regular klien.
Pun begitu, disebabkan aku full time bekerja, ada bulan-bulan yang aku tak ambil permintaan servis pet sitting kerana sibuk dengan kerja full time.
Namun dari pet sitting ini, aku mula nampak dan jadikan salah satu alternatif terapi untuk depression aku sendiri.
Walaupun aku kena hadap kerenah klien yang bermacam-macam, tetapi so far alhamdulillah semua berjalan lancar dan paling penting semua klien membayar tanpa sebarang masalah.
Buat masa ini saya belum lagi menghadapi klien yang tidak membayar seperti yang dialami oleh pet sitter yang lain.
Sebelum buat pet sitting ni, saya niatkan untuk membantu para pet owner dan kucing2 owner ketika owner tiada di rumah dan kucing2 tidak berasa lonely sangat. Dan report pada klien keadaan kucing mereka.
Jadi saya tidak mahu fokus pada keuntungan semata-mata. Sebab takut hasil yang diberi tidak memuaskan.
Dan dari pet sitting ni juga secara tak langsung saya banyak belajar dari klien2 saya seperti cara penyediaan makanan, penggunaan sangkar dan litter box. Yang mana ada juga saya aplikasikan pada kucing-kucing saya.
Disebabkan saya masih baru dalam pet sitting, caj yang saya kena boleh dikatakan affordable iaitu RM30 sekali visit & saya open untuk nego bagi para klien yang on bajet tetapi kucing lebih dari 5 ekor atau 10 ekor atau jarak agak jauh dari rumah saya.
Mungkin akan ada kata mahal tetapi bergantung pada kemampuan diri masing2. Kerana nak pergi dari lokasi ke lokasi saya bergerak menggunakan kereta dan minyak ditambah pula menghadapi trafik jam di kawasan bandar.
Bagi saya pengalaman juga adalah paling berharga untuk menjadi pet sitter yang reliable dan trusted.
Buat masa ini saya tidak mengenakan extra caj & masih maintain caj RM30 sekali visit, untuk mendapatkan pengalaman.
Saya pernah mendapat permintaan untuk kucing special need tetapi terpaksa tolak kerana tiada pengalaman.
Dan ini membuatkan saya terfikir untuk mencari peluang belajar menjaga kucing-kucing yang special need ni.
Untuk penambahbaikan juga, saya juga pergi ke workshop2 grooming kucing. Of course bayaran pun boleh tahan tetapi demi ilmu kena lah spend sikit.
Hopefully, saya boleh melonjak lebih lagi ke dalam bidang pet industry ini dan berjaya.
Sekian dari perkongsian saya. Terima kasih.
– Miss S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit