Sebenarnya aku tulis ni selepas baca confession si Bob, best tengok keluarga dia dan aku terhenti kejap bila dapat tahu ayah Nita kaki perempuan,
Boleh baca confession Bob di sini, (https://iiumc.com/aku-lelaki-gemuk-iii/).
Dan aku rasa geli hati bila tengok usaha Nita supaya bob sentiasa debab dan perempuan tak ada yang minat pada dia.
Well aku pun minat pada perempuan seperti Nita, tapi dekat sini aku nak cerita pulak pengalaman aku yang menghasut kawan-kawan tabligh untuk kahwin 2/3.
Aku pernah keluar tabligh waktu zaman remaja dalam 3 hari dan paling lama aku keluar adalah 40 hari. Majoriti orang tabligh yang aku jumpa adalah yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarga sendiri.
Tak dinafikan ada juga orang tabligh yang bekas gangster dan masih ada perangai gangster tersebut. Fokus kali ini adalah kawan tabligh aku yang 10 tahun lagi tua dari aku.
Aku pernah mengusik kawan aku untuk berpoligami dan mesej aku tersebut sampai dekat bini kawan aku. Dekat sini haru biru lah keluarga kawan aku dan bini dia siap warning suami dia jangan kawan dengan aku.
Kawan aku pernah beritahu, selepas aku cakap pasal poligami bini dia sampai tidur dan dapat mimpi ngeri yang suami dia dah berpoligami.
Sampaikan bini dia tanya betul ke abang dah kahwin dua, sebab dia mimpi dia dah ada madu.
Aku yang dengar ni cuma mampu ketawa je.
Kebanyakan perempuan akan condemn orang lelaki,
“Awak tang solat, tang ibadat tak ingat sunnah. Bila kahwin je nak hidupkan sunnah nabi”
Tapi kawan aku ni lain, dia memang hidupkan sunnah, baik pada ahli keluarga, jaga solat berjemaah, bertanggungjawab, pakai pula serban dan jubah, ada janggut ala2 pak arab.
Jadi bini dia tak dapat serang dengan dialog “bila kahwin je baru ingat nak hidupkan sunnah nabi”.
Aku sebagai lelaki memang kagum juga tengok kawan tabligh aku ni, orang nya putih, tinggi, kuat kudrat, bertanggungjawab,
Lepas itu hidupkan amalan beragama dalam rumah tangga (macam baca hadis, alquran bersama anak-anak), sebab itu tak pelik aku tengok anak anak dia jadi hafiz hafizah sebab ayah dia pun hebat.
Bini dia sebelum ini pegawai polis, lepas kahwin dia tak bagi bini dia kerja.
Namun begitu nafkah cukup untuk ahli keluarga, contoh rumah perlu RM 3000 sebulan dia cuba sebaik mungkin bagi RM3000 sebulan pada keluarga.
Sebab itulah isteri dia risau, kerana suami dia seorang yang attractive sampai lelaki macam aku pun boleh tertarik (bukan tertarik dari segi seksual ya tapi dari segi kehidupan).
Itu kisah 10 tahun lepas, sekarang ni aku masih single lagi dan tabligh dah lama ku tinggalkan selepas PKP lepas.
Kini aku baca cerita pasal Bob dan Nita hati terasa ingin isteri seperti Nita, nak bahagiakan dia dengan agama islam. Adui bob, cerita kau memang best, tapi kau menyebabkan lelaki macam aku nak cari perempuan seperti Nita.
Memang tak ada kaitan, cuma aku nak luahkan frust bila baca kisah romantik orang lain. Bob beruntung kau dapat isteri macam itu walaupun queen control.
Ok lah sampai disini sahaja..
– Aziz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit