Cerita Kak N

Assalamualaikum.

Kak N, fresh grad medic. Ketika aku mengenalinya, Ka N tengah tunggu interview dan posting HO. Aku kenal kak N masa cuti sem 5bulan yang lalu. Aku dan kak N sama sama kerja part time dekat sebuah mall. Walaupun sekejap je aku kenal kak N, tapi hari hari semua nasihat kak N bermain main di fikiran aku. Kak N ni orangnya lemah lembut, cantik rupa paras juga tutur katanya mendamaikan. Senyuman sentiasa menghiasi wajahnya walaupun kekadang aku nampak matanya berair.

Aku selalu mengadu pasal studi dekat kak N. Susah itu ini,dah berusaha tapi kenapa Allah takbagi lagi kejayaan. Kak N bagi nasihat. Dan cerita kak N, ” dulu akak selalu marah Allah, kenapalah Allah takbagi akak posting hospital lagi ni, interview pun lambat lagi. Lama lama akak terfikir, kenapa asyik nak salahkan Allah, Dia dah bagi macam macam. Sejak dari tu, setiap hari, apa yang akak buat, akak akan cari apa yang akak boleh bersyukur pada Allah hari tu. Lepastu, cakaplah ‘terima kasih Allah. Harini aku dapat ‘sesuatu’ tu.” Haaa tulah apa yang kak N ajar aku. Kalau rasa nak marah Allah, cari dulu apa yang Allah dah bagi, yang kita boleh bersyukur dan berterima kasih pada Dia.

Kak N ada cerita lagi, ” lepas grad haritu, akak ada list out tempat yang akak nak kerja before jadi HO. Tapi perancangan Allah, semua tempat yg akak mintak termasuk klinik klinik semua tak bagi jawapan hingga sekarang ni. Tapi masa akak datang je mall, tanya sekali je, terus dapat. Allah baikkan. Walaupun susah nak dapat kerja kat mall ni, tapi masa akak mintak, Allah mudahkan urusan akak. Baikkan Allah.” Kak N cakap, kita kena selalu bersangka baik dengan Allah. Kalau sesuatu tu Allah dah tentukan walau susah macam mana pun, kita akan dapat sesuatu tu.

Aku ada buka isu jodoh dekat Kak N. Nak dengar nasihat dari dia. Aku beritahu, aku dah 5 tahun jadi penunggu yang setia kat seseorang ni. Diselitkan jugak tentang usaha dan doa aku. Kak N bagi aku nasihat dalam bentuk surat. Dan surat tu aku lekatkan di meja studi aku sampai sekarang ni. “Yaya my dear, andai sesuatu itu milik kita walau seisi alam cuba menghalangnya, ia tetap menjadi milik kita. Dan andai sesuatu itu bukan milik kita walau seisi alam cuba membantu mendapatkannya, ia tetap bukan milik kita”. Diselitkan juga doa dalam surat tu. “Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikan aku keyakinan bahawa takdirMu adalah lebih baik dari apa yang aku inginkan. Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMu, kerana aku yakin dan percaya perancanganMu yang terbaik dan terindah buatku.” Surat kak N ni aku akan baca setiapkali aku sedih dan rindu. Dan ayat tu jugaklah yang bantu aku bangun dan berjalan kembali saat lelaki tu pilih wanita lain.

Setiap ayat yang keluar dari mulut Kak N semuanya yang bermanfaat dan tidak sia sia. Mesti Kak N selitkan dengan hadis, kisah para nabi dan kata kata Allah. Pernah sekali, aku berseloroh dengan kak N dan diselitkan jugak kebohongan dalam gurauan tu. Kak N ketawa tetapi tegurnya, “Yaya, bercakaplah benar walaupun ketika bergurau.” Kak N bukanlah orang yang serius malah tawanya dapat didengari setiap masa. Dia memang periang dan peramah orangnya. Tapi, semua kelakuannya dibatasi dengan syariat Allah.

Sebenarnya banyak lagi nasihat kak N tapi takmampu nak kongsikan segalanya kat sini. Ohh yaa, kak N ni kematian ibu dah lama dan masa kerja haritu, ayahnya pula kembali kepada penciptaNya. Seminggu kak N menghilang. Bila masuk je kerja, senyuman kak N sama je macam dulu. Dan dia berborak dan bagi nasihat seolah olah tiada apa yang berlaku. Walhal, masa hari kematian, dia datang jumpa promoter dia sambil nangis teresak esak. Betullah orang cakap, dalam senyuman seseorang tu, dia sebenarnya sembunyikan kesakitan dan kesedihan dia. Kuat kan Kak N.

Sebelum aku tamatkan cerita kak N ni, aku kongsikan satu lagi isi surat yang kak N bagi kat aku. Walaupun pastinya semua tahu, pernah dengar dan baca tapi aku tetap nak sampaikan kerana ini salah satu sumber kekuatan aku untuk redha saat aku takboleh grad on time macam kawan kawan aku yang lain.

” Dear Yaya, goodluck for your paper!! :)
‘bacalah dengan menyebut nama tuhanMu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya'(Al-Alaq;1-5). Rabbi zidni ‘ima. O’Allah increase me in knowledge. Allahuma inni as aluka ‘ilman nafia. O’Allah, i ask You for knowledge that is of benefit.”

Terima kasih membaca. Semoga nasihat dari Kak N bermanfaat untuk semua. Semoga Allah redha.

– Yaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit