Assalamualaikum semua. Ini confession pertama aku. Aku seorang perempuan berumur 25 tahun bukan nak cerita pasal jodoh. hehe.. Aku bukan graduate U. Hanya ada diploma dalam bidang technical engineering. Ni kali pertama aku cuba ceritakan tentang hal ini. Maaf ye kalau tak faham cerita. Aku cuba cerita sehabis baik untuk korang faham dan mungkin boleh bagi pendapat atau sama-sama kongsi pengalaman.
Aku tak pasti bila mula-mula aku dapat petanda ni. Mungkin selepas habis diploma. Petanda apa tu? Korang pernah tak baca pasal kalau kita tengah buat sesuatu tiba-tiba terluka maksudnya ada benda tak baik berlaku. Ala macam dalam drama tu tiba-tiba cawan gelas jatuh lah.. Mata kiri berkedip-kedip maksudnya ada sesuatu tak baik nak terjadilah.. Ada tak? Haaa itu lah petanda yang aku biasa dapat dari Allah. Cawan jatuh tu tak lah. Tu contoh. Biasa jadi mata berkedip.
Hal ini betul-betul merisaukan aku pada mula. Aku ingatkan mata aku dah kenapa nak rosak ke apa ke. Bila dah kerap sangat kelopak mata kiri atas aku ni berkedip kadang kelopak mata kanan kadang bawah mata kanan aku pun mulalah google. Biasalah kan selagi tak keluar pasal tanda kanser, tanda penyakit kronik mesti nak google kan. Haha.
Carian yang keluar di google rupanya banyak juga pasal mata berkedip. Ni petikan yang aku ambil dari sebuah blog:
1) Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
2) Alis Kiri – akan mendapat wang.
3) Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
4) Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
5) Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
6) Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
7) Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
8) Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
9) Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
10) Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
11) Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bila keluar je benda macam ni aku mestilah tak nak percaya. Tak pasal-pasal solat tak diterima. Bila jadi macam ni terus aku doa banyak-banyak seriously aku jadi takut tak kisah lah petanda baik ke apa ke aku jadi takut. Kadang bila berkedip je terus aku menangis.. Paling mengejutkan kadang-kadang contoh kelopak mata kiri bawah tandanya aku akan menangis. Memang haritu aku akan menangis. Kadang sebab orang buat aku menangis. Haaa gila kau siapa tak takut jadi macam tu kan.. Bila berkedip je aku nangis siap-siap sebab aku takut. Aku doa banyak-banyak.. Minta Allah lindung aku. Aku tak pernah cerita dengan sesiapa. Family aku atau kawan baik aku pun tak tahu benda ni. Sejujurnya aku tak nak percaya.
Apa yang membuatkan aku tergerak hati nak tulis confession ni adalah sejak minggu lepas telinga aku kerap panas tiba-tiba dan aku anggap panas biasa je. Tadi aku saja gatal tangan nak google ‘hati berdebar telinga panas’. Sekali keluar link-link petanda jugak. Aku dah mengeluh dah “adoiii takkan petanda jugak” lepas tu aku sajalah buka lah satu link tu. Tapi untuk petanda ni ada jam tertentu pulak dah. Aku ambil satu je lah ye. Jam aku start terasa panas telinga tadi.
PETANDA DATANG PUKUL.17.00-19.00.
1.kedut mata kiri akan ada tamu
2.kedut mata kanan akan ada tamu dari jauh
3.telinga kiri berdenging akan
mengeluarkan uang atau makanan.
4.telinga kanan berdenging”pertanda akan dapat rizki yang besar atau mendapat kebahagian.
5.telinga panas”akan membicarakan perjodohan atau kesepakatan usaha.
6.wajah panas’akan datang tamu dari luar kota.
7.jantung berdebar’akan mendapat kabar baek atau menyenangkan.
8.gelisah’akan mengualarkan uang atau makanan.
9.bersin’akan kedatangan tamu wanita.
Yang mengejutkan aku korang nampak tak telinga panas tu sebab apa? nak ceritakan pasal jodoh kan? memang lagi beberapa minggu lagi family boyfriend aku nak datang bagi cincin tanda. Lagi teruk aku tepuk dahi nasib tak sakit.
Tiba-tiba aku jadi lagi takut lepas tu aku muhasabah balik niat sekadar membaca. Aku tak nak percaya dan aku kuatkan hati tak nak percaya. Mula-mula dulu aku jadi takut sampai aku tak nak buat apa-apa takut tiba-tiba berkedip. Lama-lama aku kuatkan hati buat bodoh. Aku saja kongsi dengan korang. Kalau ada yang jadi begini jangan cepat percaya. Kita tak tahu mungkin ni semua mainan syaitan. Dan semestinya kadang-kadang mata berkedip tapi tak ada apa-apa pun berlaku haritu.
Bila aku google tentang mata berkedip ni dalam english baru banyak scientific punya explanation yang keluar antaranya kurang tidur, mata sudah letih, vitamin tak cukup, mata minta tidur. Haaa kesimpulannya kalau nak google apa-apa taip dalam english. hihihik.
Itu je Assalamualaikum. Semoga bermanfaat.
– Aya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit