Doktor Pelatih Manja

Assalam korang. As the title goes, benda tu la yg aku nak komen. This is the point of view as Dr pelatih myself. Dah bekerja setahun. Another one year to go to complete housemanship. Few weeks ago, ada keluar isu yg mengatakan doktor sekarang ni manja la, ponteng kerja la, work less than 8 hour per day la. Aku dah lama nak luahkan perasaan aku jugak, tapi tak tersempat. Aku nak kencing berak pun tak sempat, apatah lagi nak taip karangan panjang. Kebetulan harini aku off day and ada TCA clinic so blh la aku menaip while waiting to be called.

Anyway. Aku perasan bila keluar isu tu, ramai la citizen yg turut menghentam itu ini. Kata Dr ponteng sesuka hati. Tak tough. Manja. Lembik. And banyak lagi hinaan yg korang bagi dekat kitorang ni. As a doctor pelatih myself, aku rasa sedih dgn apa yg korang tuduh. Takpe. I wont be affected by it. Aku tau Dr pelatih kat luar sana macam aku pun buat tak heran. Sbb sebenarnya, hati kitorang ni dah macam batu.

Tapi aku still nk luah sedikit dua. Bagi can la sikit.

Dulu masa aku sekolah, aku ingat bila dah kerja, hidup akan jadi lebih mudah. Belajar rajin rajin. Jadi orang berjaya. Then bila berjaya, Dpt duit banyak, boleh bermalas malasan. Boleh bangun lewat. Boleh tidur awal. Tak. Sebenarnya aku tertipu. Aku cukup cukup tertipu.

Masa aku sekolah rendah, mak ayah aku hantar aku sekolah jauh jauh nun di bandar sbb nak aku pandai. Seawal aku umur 7 tahun, aku bersekolah di bandar yg 25km jauhnya dari sekolah. Rumah aku dkt kampung je. Cikgu sekolah semua kenal family aku sbb mak aku semua hantar anak anak dia ke sekolah tu. Semua pelik kenapa hantar anak sekolah jauh jauh padahal ada je sekolah sebelah rumah. Tiap tiap pagi aku bangun seingat aku, 5 pagi bermandikan air panas yg mak aku jerang, then naik bas pukul 530pagi. Bas sekolah aku tu penuh dgn budak budak cina yg duduk di kg tapi sekolah di bandar. Aku dgn kakak and adik aku je melayu atas bas tu. Bila balik sekolah, kena berjalan jauh panas terik ke tempat tunggu bas. Oh ye, bas tu tak masuk kawasan sekolah aku. Jadi kena jalan lagi. Dan tak masuk kawasan rumah aku. So kena jalan ke rumah. Sampai rumah pun lewat petang. Memang kulit aku hitam sbb burn memanjang je dek panas matahari.

Bila dah masuk sekolah menengah, mak ayah pindah ke rumah dkt sedikit dgn sekolah aku, still – 11km dari sekolah. Oh. Aku dpt full A upsr, tp aku tak apply Msrm or sekolah asrama penuh pun. Mak ayah aku tak bagi, sebab diorang nak jaga anak-anak diorang sampai diorang tak boleh jaga katanya. Meaning to say, close observationlah. Sekolah menengah aku tu sekolah kawalan khas, tapi sebelah je dgn sekolah rendah aku tu. Hari hari aku tahan bas nombor ke sekolah. Lagi letih dari bas sekolah. Sebab ape? Kalau pagi- pagi tu biasanya okay lah, sebab tak ramai orang. Kau tunggu mcm tiang tepi jalan besar pukul 615, then 630am bas sampailah. Yg bab balik rumah tu mencabarnya, ya Allah. Aku kena tunggu tepi jalan besar panas terik utk tahan bas nombor tu. Bas biasanya dtg every setengah jam or sejam. Tapi, tangan kau je tahan. Kalau nasib baik, dia berhenti. Kalau bas penuh sampai ke pintu (which usually happened on daily basis), alamatnya bye bye je la. Kau nampak je bas tu berlalu dgn hati sayu. Kena tunggu lagi. Everyday macam tu. Bila aku sampai rumah, setelkan kerja sekolah, basuh baju, gosok baju semua. By the time aku nk tidur, badan aku letih sangat – aku rasa nak perah perah badan aku biar hilang semua letih. Tapi aku sabar. Aku fikir, belajar betul betul, bila dah jadi doktor, dah berjaya, boleh rilek. Payah payah dulu. Senang senang kemudian.

Masuk asasi, aku memang belajar sungguh sungguh lagi. Oh ye. Keputusan PMR, SPM aku straight A.Tapi aku apply UIA je. Local. Tak pergi oversea pun. Sebabnya, kan aku dah cakap tadi. Mak ayah aku nk jaga betul betul anak dia, katanya. Ni first time aku jauh dari family. Ya, mak ayah aku mmg overprotective. Both of them cikgu anyway. Aku belajar betul betul masa asasi so that pointer aku tinggi and secured myself a place utk Medic. Korang pun tau sistem asasi UIA mcm mana kan. Kalau kau tak perform masa asasi Medic, kau kena kick and tak boleh sambung Medic in main camp. There went my 2 years of foundation study.

So bila masuk main camp, kena belajar lagi bersungguh sungguh so that kau pass semua exam, tak nak repeat paper, tak nak repeat posting, tak nak repeat year. Masa ni aku slow down sikit sbb ye la, aku dah rasa secured sikit kan so main aim tu aku nk lulus within 5 years as expected. Alhamdulillah aku and husband aku sama sama lulus in 5 years. Tapi aim nk lulus je pun, belajar macam nak mati. Korang pun tau course medic ni susah macam mana ye. Aku study sampai muntah darah tau. Sbb aku ada underlying gastritis, minum coffee memanjang. Haha. Aku ada teringat mak ayah aku cakap since aku kecik lagi – study betul betul sampai muntah hijau, kalau kau dah muntah hijau barulah kau boleh kata kau dah study betul betul. Haha. Oh ye. Aku kahwin dgn husband aku masa kitorang final year. Kenal masa 3rd year. Oh masa ini, kulit aku dah cerah dan kembali ke warna kulit asal aku since aku masuk asasi. Ye la, kelas dalam aircond. Mana ada dah nak jalan bawah matahari panas berjam jam. Hehe.

Aku ingat, bila dah start kerja, dah start lega sikit. Ye, aku lega in terms of income, walaupun gaji doktor taklah semegah mana nak dibandingkan dgn workload. Tapi dapatlah aku bagi duit dkt parents aku bulan bulan, hulur sikit duit dkt adik aku yg belajar lagi, beli rumah banglo sebiji atas nama aku seorang, pakai kereta aku sendiri tapi second hand je la (yang ni sbb prinsip aku priority rumah more than kereta, in terms of long term value etc). Alhamdulillah aku cukup makan sbb kami suami isteri sama sama kerja kan. Tapi in terms of kesenangan lain yg aku bayangkan sebelum ni? Nope. It only get worse.

Dulu masa aku belajar, bolehlah aku ada masa free nak pergi berak kencing, nak adjust waktu tidur aku accordingly. Sekarang? Far from what I imagined it to be. Ye, alhamdulillah aku senang dari segi duit. Tapi kehidupan aku hectic. Aku dgn suami hari hari bangun pukul 530am, turun kerja and be there in ward seawal before 7am. Usually 630, 645am dah sampai, dah start review patient dah pun, kejutkan patient bangun pagi Aku tau ada HO yg kena review patient lagi awal dari tu. Luckily my place takde la nak mendera HO reviewing patient as early as 4 am. Aku tau ada hospital yg mcm tu. Zaman sekolah dulu, at least kelas start 720am. Masuk universiti, start kelas 8am. Now? 630am aku dah tercegat depan patient.

Lepas tu ada round. Masa round adalah masa utk kena bambu. Oh ye, masa mula mula jadi HO, masa tu paling tough sbb kau nak kenal sistem, nak belajar camana ambil darah, pasang branula semua. Luckily aku study local, so aku dah biasa buat prosedur masa zaman belajar, so aku cepat adapt and takde la terkial kial nak pasang jarum ambil darah. Back to my point. Masa round tu la kau kena present and ready utk bamboo, kena tau in out of your patient. Kalau tak kau kena marah free je depan patient. Kena kata bodoh, mangkuk hayun, kena tengking, kena cubit depan patient. Hari hari macam exam. Sebab hari hari kau kena ditanya soalan masa round tu. Awal awal kau rasa malu. Ye la, kena marah depan semua orang. Tapi lama lama kau akan kebal. Hati kau keras mcm batu. Kata la apa pun. Ada specialist and MO yg suka marah entah pape. Kau sinsing lengan baju pun dia marah. Padahal kau tak nak kutip kuman kuman dkt katil, meja patient tu ha. Yg mcm tu, bila kena marah, kau buat bodoh je la. Angguk angguk, say sorry, move on. Ada yg jenis marah downgrading. Lepas dia marah kau, kau rasa macam tak nak hidup je. Tapi tak ramai yg macam ni. Yg jenis marah membina, yg ni aku suka. Yg ni kalau dia marah, dia akan bagi contoh utk overcome masalah tu. Sbg contoh, dia marah sbb kitorang tak tau causes of hyponatremia, then lepas marah, dia cakap tips how to study, contohnya walaupun dia dah specialist hari hari dia study, take 5 minutes to study before tidur at least. Yg ni, walaupun dia marah, dia akan buatkan semangat kita berkobar kobar balik nak study and jadi bagus mcm dia. Yg ni, aku memang suka. Aku tak kisah pun kena marah kalau mcm tu, it will only makes us better. Kan.

Speaking about ward work, it depends ward mana yg kau in charge, and how hectic that hospital is. Hari hari kau akan biasa tahan kencing, tahan berak, tahan makan. Sebab tu yg kurus maintain kurus, yg gemuk jadi kurus. Aku and husband aku memang turun la berat badan since kerja walaupun kitorang ni dah kategori kurus dah. Kadang kadang kau memang tak makan sampai la pukul 10pm especially time tagging. Kalau nk hidup pandai pandai la kau ready dgn roti ke, gula gula ke utk elak hypo. Tapi ada jugak time yg kau free. Terlampau free pun ada sampaikan jobless. Masa tu kau sempat makan, sempat pergi tandas semua. Ada ups and downs la.

Balik paling awal pukul 5pm. Tp tu utk syarat punch card je. Hakikatnya kau balik lagi lewat dari tu. Sampai rumah dah malam. Memang tak jumpa matahari. Sbb tu aku dah tak hitam dah. Haha. Oh ye, kau kena oncall. Frequency of oncall in a week tu depends on berapa banyak houseman yg ada dlm department korang. Sekarang ni HO department aku tak cukup, kena oncall 3x seminggu. Masa kau oncall, kau tak payah la nak mimpi nk tidur. Kau ingat kau boleh tidur kalau banyak admission, patient desat (Spo2 drop malam malam), berona entah pape? Nature kerja ni, memang kau tak duduk, berjalan sepanjang masa. Kalau kau oncall, imagine la since 630am kau berdiri, lepas tu kau tak tau pukul berapa kau akan properly duduk. Sampai malam pun belum tentu kau blh duduk elok elok.

Ni aku belum ulas tough posting macam posting mak mak beranak. Aku memang trauma dgn posting tu. Aku perform elok je, lulus tak kena extend tapi aku trauma dgn workload. Lepas tu mak mak asyik mintak nk Dr perempuan. Kalau aku sorang Dr perempuan oncall macam tu, aku la yg kena attend itu ini. Berjalan jauh dari wad itu ke wad ini sbb ada sorang mak berkeras nk Dr perempuan je cekkan jalan. Nak kena attend dua mak beranak sekaligus. Dah la masa tu aku tgh awal pregnancy, muntah teruk. Depan diorang pun aku muntah. Oh ye, bila kau dah jadi doktor ni, kau dah tak geli dah tgk darah, nanah, ape je yg yg keluar dari atas bawah badan manusia. Aku selamba je makan gula gula depan pt masa aku cekkan jalan diorang, tapi aku cakap awal awal dkt diorang, minta maaf yg aku makan gula gula sbb aku tgh loya sbb pregnant, so that diorang takde salah faham. Tapi diorang pulak yg rasa geli sbb aku blh je makan sambil cek jalan diorang, diorang sendiri pun geli dgn cecair yg keluar dari bawah diorang. Tapi kan aku dah cakap, kalau kau dah jadi doktor, takde maknanya kau nak geli. Tu la hidangan mata hidung kau hari hari, sampai kau dah takde perasaan. Hati kau dah jadi mcm batu.

Housemanship memang tough. Hanya orang yg melaluinya je yg tau. Hari hari kau sakit badan. Oh ye, kau offday sekali seminggu je. Tak pelik kalau kau nampak doktor bekerja, kau akan wondering bila masa dia makan, dia tidur. Ada depan mata je memanjang. Oh ye. Hospital aku bekerja still guna oncall sistem. Takdenye sistem shift. Hidup kau rasa mcm zombie. Nasib baik husband aku pun doktor jugak, so kitorang faham la sangat sangat nature kerja masing masing. Kau ingat Dr ada masa sangat nk balik masak? Sampai rumah pun dah lembik, so hari hari beli makanan bungkus dkt luar je. Nak kemas rumah, basuh baju, nak qadar tidur lagi. Tapi ada je kawan aku yg sempatkan diri jugak, in which aku memang tabik spring. Pergh.

Back to my point. Doktor pelatih ni manja? Nope. Far from manja. Aku tau, aku dgn kawan kawan aku semangat juang nak hidup mmg tinggi. Aku rasa kalau kau lempar diorang ni dalam longkang pun, diorang blh hidup. Sape kata Dr pelatih kerja 8 jam sehari? Bagi tau hospital mana? Kalau ada, aku pun nk apply pindah hospital tu. Bahagia hidup. Seteruk macam mana pun kena marah sampai kitorang gelarkan benda tu as traumatic brain injury, sakit macam mana pun, muntah muntah teruk macam aku pun, aku dan kawan kawan aku still turned up for work. Pengsan masa assist pembedahan pun aku pernah. Seteruk mana perasaan kau pagi tu malas nk pergi kerja, tapi sebab kau fikirkan tanggungjawab kau, kau bangun jugak, walaupun hati kau menangis berdarah sekali pun. I guess sbb hati kitorang dah banyak yg jadi batu, sbb tu hati keras tough semacam.

Tapi aku tak nafikan, ada HO yg buat perangai. Come on. Mana mana sektor pekerjaan pun, ada yg ore kelate kata berona kan. Ada. Tapi tak ramai. Sepanjang aku keje, aku jumpa dua orang je, yg jenis tak turned up for work, missing in action, MIA. Dlm satu posting ada yg berpuluh puluh HO tu, sorang dua tiga je yg jadi mcm tu.

Tapi yg sorang tu la yg korang nk besar besarkan. Yg sorang tu la yg korang nampak. Yg sorang tu la yg nk keluar headline. Yg sorang tu la yg citizen generalized kan as if semua Dr teruk. Tak nampak dah HO lain yg hidup mcm zombie tapi gagahkan diri jugak, yg turned up for work jugak no matter how hard life is. Yg menangis dlm hati tak berlagu tapi depan patient senyum. Yang tu, korang tak nampak. Yg penting, korang hina. Dr pemalas. Dr manja. Dr ponteng kerja.

Adil ke utk nak cakap macam tu sedangkan aku tau, betapa ramai kawan kawan aku, termasuk aku and husband aku berhempas pulas utk terus hidup, bekerja macam takde life, sampaikan family sendiri terabai demi menjaga kesihatan orang lain? Tapi orang-orang lain itulah yg lempar batu lepas kita bagi bunga. Sakitnya baca komen korang tu, sampai boleh berdarah hati tau.

Niat aku bukan nak complaint pasal beban workload. Setiap kali aku nk complaint, aku tak jadi nk complaint sbb aku tau, kalau aku nk cakap kerja Dr ni susah, eh, kerja lain ada yg lagi susah. Aku tau. Sebab aku pun pernah kerja dkt McD while waiting for employment, aku tau letihnya macam mana. Aku pun pernah jadi cikgu ganti jugak masa tunggu kena panggil kerja, aku tau letihnya macam mana jugak. Dan aku tau betapa ramai manusia lain tgh struggle nak hidup, be it penjual sayur, ikan, kedai makan. Semua kerja ada tough part masing masing.

Tapi utk generalized kan yg Dr pelatih ni manja? Tak. Tak bagi aku. Tak adil bagi aku dan kawan kawan aku. Life is hard.but we keep going on. Sakit la macam mana pun, stress la macam mana pun, still kitorang keraskan hati, datang jugak kerja. Just because ada seberapa yg buat perangai, tak payahlah nak generalized kan yg kitorang ni manja. Ramai lagi yg tough, hati mcm batu. Lagi ramai dari yg manja tu.

So, korang as patients, tak banyak pun kami ni Dr nk minta. Sikit je. Mohon ubat yg Dr bagi tu makan. Jangan tinggal. Nanti korang jugak yg sakit teruk. Sakitnya kami jugak sbb kena uruskan korang yg dah teruk. Ubat supplemen entah pape, tak payahlah korang tertipu and beli. Betapa banyak organ pesakit dirosakkan ubat supplemen tu. And paling membahagiakan hati kami, adalah bila patient senyum and say thank you. Hilang segala sakit urat berurat kami ni. Hati yg menangis tadi jadi betul betul berlagu, tau?

Oh ye. Aku sekarang tgh sarat mengandung. Takde la sampai sarat. Baru 5 bulan. Tlg doakan kandungan aku sihat. Perut aku kecik je, agaknya baby tak cukup makan. Doakan kandungan aku sihat, cukup bulan nanti, almaklumlah ramai Dr yg beranak tak cukup bulan sbb overwork kan, berjalan banyak sampai terbukak jalan awal. Doakan kami semua Dr Dr pelatih terus bersemangat utk kerja dgn ikhlas jaga korang semua.

Dan pada adik adik yg nampak kerja Dr ni cool, tak, tak. Adik adik jangan tertipu ye. Kalau adik sanggup korbankan hidup adik demi orang lain, barulah adik boleh proceed dgn profesyen ni. Kalau tak, tak payah. Baik adik kerja lain. Lepas housemanship pun, belum tentu senang.jadi MO lagi la. Lagu rasa berat tanggunjawab. Then nak sambung jadi specialist. Bukan senang. Betapa byk yg failed exam and finally gave up. Pendek kata, impian aku yg harapan bersenang lenang tu, entah bila tercapai. Mak ayah pun, please jangan paksa anak jadi Dr. Let them be kalau diorang nk jadi. Bila korang paksa, thats why ada wujudnya Dr yg berona ni. Please.

Dah panjang berjela dah aku tulis. Okaylah. Aku berhenti dulu. Assalam.

– Doktor Pelatih Manja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit