Reply to Anabel: Couple?

Wah ramai betul cakap pasal couple ni ye?

Apa yg Ana,bel cakap mmg ada betulnya. Menjaga, niat nak nikah dan sebagainya.

Tapi ada sbb kenapa Allah turunkan surah Al-Isra’ ayat 32 tu,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan satu jalan yg jahat (yg membawa kerosakan)”.

‘Jangan hampiri’ – Allah tahu manusia ni takkan pernah puas dalam satu tahap. Dah pergi selangkah, nak selangkah lagi. Dah kaya, nak kaya lagi. Dah berjaya, nak berjaya lagi.

Sbb tu Allah kata, jangan dekat kerana Allah yakin, once kita dah dekat situ, kita akan cuba terus masuk ke dalam.

Saya tak kata lah ia akan ke step yg drastik terus mcm ‘romen’ dan sebagainya, tapi boleh jadi benda yg simple.

Daripada whatsapp, nak call. tiba2 nak skype pulak utk tatap muka dia. Dah skype tak puas lagi. Nak keluar pulak dengan dia. Daripada bawak sorg teman, jadi berdua. Bila berdua, siapa teman? Syaitan.

Does this applicable to you? No? If not, sorry mungkin iman awak dah tahap dewa.

Tapi kalau yes, dan hanya hati awak sorang yg tahu benda ni betul jadi kat awak ke tak, check balik diri kita. Muhasabah balik.

Kita dijadikan kat dunia bukan senang2 nak masuk syurga. Kita ada nafsu. Ada syaitan. Dengan iman senipis kulit bawang ni mampu ke nak tawan musuh kita syaitan terkutuk tu?

Bukan setakat terkutuk, tapi bijak. Licik. Sebelum kita diciptakan, syaitan (iblis) dah hidup dulu. Dah sembah Allah di setiap pelosok dunia, dah scan badan Nabi Adam. Gerak geri Nabi Adam.

Maka dia teramatlah jelas setiap inci kelemahan manusia.

Syaitan takkan bawa kita terus ke lembah kegelapan, tapi dia akan bawa kita ke tempat yg samar2, sehingga lah kita sedar kita dah terjatuh teruk tapi dah agak lambat nak bangun balik.

Tak, saya tak keji org yg couple. Memang manusia ada perasaan. Tapi, jaga lah selagi boleh.

Sekiranya awak tahu awak masih belum bersedia menjadi isteri yg baik, awak tahu yg si dia yg awak suka belum mampu nak tanggung awak, awak tahu yg mak ayah masih tidak setuju nak lepaskan awak pada jagaan teruna orang,

Maka terimalah hakikat yg masih belum waktunya untuk kita mendirikan rumahtangga.

Belum waktunya kita mencintai yg lain, selain ibu bapa.

Saya tak minta yg couple terus putuskan hubungan. Terus stop, bukan.

Tapi.. lebih selesa jika awak cuba berikan diri awak ruang untuk bertafakur sekejap..

Cari. Cari apa yg awak rasa ‘missing’ selama ni.

Berkemungkinan kita rasa kita dah kenal Allah, tapi kita tak sempat merasai Allah itu ada, kita tak sempat mempersembahkan apa yg Allah suka dan menghindari apa yg Allah tak suka

kerana sibuk menunggu, menghiburkan hati dengan keberadaan ‘jodoh’ kita.

– Tako

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *