Abah, Abi, Ayah, Baba, Papa :)

Dipendekkan cerita, perangai abah aku sama mcm cerita abah2 yang diceritakan dalam ni. Abah aku kaki perempuan. Mak aku selalu cerita pasal abah aku,mmg masalah dr awal kawin, mcm mana dia berendam air mata sbb abah aku. Suatu hari, setelah 30 tahun diorg kawin, mak aku dapat tahu abah aku dah kawin lain, setiap hari aku tgok mak aku nanges, setiap hari aku tengok mak aku tulis something dlm diary (yg smpi skrg aku xthu diary tu kat mana). Time tu aku kecik lagi, walaupun kecik, aku dah berdendam dgn perempuan yg kacau bapak aku tu. Difahamkan, perempuan tu EX bapak aku dulu sblm menikah dgn mak aku. Jumpa balik waktu ada urusan pejabat di luar.

Tahun 2009, parents aku bercerai. Depan aku abah aku melafaskan talak. (Buat kali kedua). Sebelum abah aku keluar rumah, abah aku sempat peluk aku cium aku, katanya, kalau rindu abah call abah. Satu benda ja aku tabik abah aku, tanggungjawab dia dgn anak2 dia dia xpernah tggal. Sampai satu tahap dia terpaksa berhutang utk antar abg kakak aku sambung belajar. Dia tak tahu baca quran, tapi dia hafal ayat2 yg dia perlu baca dlm solat. Tak pernah tggal solat sekalipun.

Setelah bercerai. Hubungan aku dgn abah renggang. Xrapat mcm dulu. Aku anak bongsu, aku anak plg rapat dgn dia. Mana dia pergi dia bawak aku. Pergi kerja pun dia bawak. Isteri baru abah aku pun dah x call mak aku maki2 lagi dah.

Mak n abah aku kembali tenang selepas bercerai. Still contact utk anak2 , tak gaduh pun. Even aku masuk UIA pun, mak n abah aku yg hantar. Bahagianya lillah. Selalu keluar makan sekali waktu gaji kakak or abg aku. Lps spm, aku kerja dgn abah aku. Hubungan kami kembali rapat. Tuhan ja yg tahu betapa aku rindu nak rapat dgn dia. Even sedikit kekok sbb dah lama xduduk sekali. Aku taknak kerja tu, aku xnak kerja pejabat, tapi aku terima sbb aku rindu dia.

6 tahun berlalu setelah mak n abah bercerai. Baru2 ni Aku dapat call dr makcik aku, abah sakit seminggu dah, tak boleh jalan n x makan, dia x bg bini dia bagitahu kami sbb xnak susahkan kami. Dah teruk sgt, makcik aku terpaksa call jugak aku. Suruh pujuk abah pergi hospital sbb dia xnak pergi even dah teruk luka dia sbb eksiden. Sikit je, tapi dia kencing manis so luka tu cepat merebak. For the first time aku jejak kaki dekat rumah mak tiri aku. Aku cari abah, abah terlantar tak boleh bangun. Aku kejut abah, terus peluk, aku tak tak tahan rindu, abah pun nanges, abah cakap abah xboleh bangun, abah takut nak p hospital. Biar abah mati kat rumah dia kata. Aku pujuk lagi, terus dia kata okay jom pergi hospital. Sekali dgn kakak aku bawak dia. Aku rasa kalau kami xdtg, mmg dia xpergi hospital. Rindu kami agaknya.

Walaupun dah masuk hospital, keadaan abah makin teruk. Abah dah mula lupa org. Tapi dia xlupa anak2 dia. Dia selalu tanya, abg mana? Kakak mana? Adik2 mana?(adik tiri aku). Dia selalu ckp kat kami dia syg kan kami walaupun jauh. "Abah syg anak2 abah, anak2 abah ja igt abah xsyg kat depa". Time tu ada aku n kakak aku, mmg menitis air mata kami. Lupa habis apa dia buat kat kami dulu. Mak aku pun dtg tgk dia. Waktu mak aku dtg, abah aku nanges, mungkin tanda nak mintak maaf.

3 minggu selepas abah aku masuk hospital, dia xsedarkan diri 4hari. Kami anak2 dia, aku, abg aku, kakak aku, dan bini baru dia ada dgn dia. Dia meninggal. Meninggal waktu kami dlm pelukan dia. Dia xsempat tengok kami, aku tak sempat cakap aku sygkan dia. Dia pergi sbb jangkitan di luka dia dah makan organ2 dalam.

Tapi aku bersyukur, aku bersyukur walaupun Allah ambil 7 tahun waktu aku dgn abah sejak bercerai. Tapi Allah gantikan dgn sebulan waktu utk aku jaga abah. Kebetulan waktu dia sakit aku cuti sem. Aku jaga dia, kami adik beradik dpt peluang tukar pampers dia. Cium dahi dia hari2 waktu dia sakit. At least dia tahu kami sygkan dia. Abah sakit waktu birthday dia, aku puas sbb aku boleh cium pipi dia n wish besday face to face, benda yg aku teringin selama ni. Abah senyum. Abah tarik aku nak peluk, abah x boleh cium sbb pakai mesin utk bernyawa.

Harini genap 15 hari abah pergi. Abah pergi meninggalkan seribu kenangan utk aku. Aku rindu abah. Rindu sgt3.

Nak pesan kat sini, abah aku n abah korang yg confess kat sini. Takde beza pun. Sama2 jahat perempuan. Tapi jangan benci diorg. Diorg jadi mcmtu mungkin sbb korang jugak. Mcm kes aku. Anak2 tak ambil tahu. Jangan benci dia even seteruk mana pun mak korg benci dia. Sbb akan sampai satu tahap dia akan pergi, dan korang akan lupakan kejahatan dia. Yang tinggal hanyalah rindu. Rindu org yg azankan korg. Org yg cium korg, org yg semeja dgn korg waktu makan. Yg antar korg pergi skolah. Trust me, korg akan rindu. Tegur dia baik2, cakap dgn dia elok2. Jangan bls perbuatan dia dgn kebencian korg. JANGAN!

Dulu abah aku pesan, kalau rindu abah, call abah. Tapi aku xpernah call walaupun aku rindu. aku mesej dia setiap kali sebelum exam je.

Sekarang aku rindu abah, tapi aku mampu sedekahkan alfatihah je. Jangan jadi mcm aku.

JANGAN.

– Abah – kekasih pertama

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *