Aku juga pernah melaluinya

Baru-baru ni kecoh pasal sister kena pukau tu. Sabarlah sister kerana aku juga pernah melaluinya.

Kisahnya macam ni:
Pada suatu hari,aku dapat panggilan dan sms dari seseorang yang aku tak kenal. Dia ajak jumpa. Aku seperti orang hilang ingatan apabila aku setuju untuk jumpa dengan dia. Dia suruh aku tunggu dekat Uptown Danau Kota.

Selepas beberapa minit aku tunggu dekat situ,dia datang dengan menaiki sebuah kereta proton saga. Dia suruh aku naik.

Dalam kereta tu,macam-macam dia tanya aku. Dia minta aku punya ic,wallet dan phone aku. Katanya dia nak tolong pegang. Aku hanya serahkan saja pada dia. Aku hanya separuh sedar je waktu tu. Dia cakap dia dapat number phone aku dekat R&R *****.

Selepas tu dia tampar aku. Kuat gila sampaikan cermin mata aku tercabut. Dia paksa aku call semua orang yang ada dalam phone aku tu. Dia suruh aku minta duit dengan diaorang semua. Nasib baiklah cuma ada 3 orang je yang bagi duit.

Lepas member aku bank in kan duit dalam account aku,dia paksa aku keluarkan duit tu. Aku hanya turutkan saja cakap dia. Dia paksa aku call parents aku. Mak aku dah syak sesuatu dari suara aku tapi mak aku tetap bank in duit tu.

Dia bawa aku pusing-pusing KL. Bila dia dah dapat semua duit aku tu,dia tinggalkan aku dekat Chow Kit. Aku berdiri dekat situ hampir 3 jam. Tengah panas beb.

Kemudian ada sorang pak cik ni dia perasan aku berdiri sorang-sorang tengah panas dekat 3 jam,dia terus tegur aku. Saat tu baru aku tersedar. Aku cerita semua dekat dia dan dia dah agak yang aku memang kena pukau. Dia suruh aku buat laporan polis. Dalam perjalanan nak ke UIA,dalam LRT,aku menangis sepuasnya. Aku dah tak kesah orang pandang.

Aku cerita semuanya dekat polis. Polis cakap termasuk aku dah 3 orang pelajar UIA yang kena macam aku. Polis cakap suspek dah lama perhatikan mangsa sebelum dia serang.

Disebabkan aku tak tahu nama suspek dan no plate kereta,polis suruh aku tarik balik report. Aku hanya buat je la.

Walaupun kisah hitam tu dah berbulan-bulan lamanya,tapi aku masih lagi trauma.

Walaupun kita ni lelaki,jangan ingat kita selamat.

– Hafiz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *