Abangku Kaki Pukul

Saya berumur dah nak masuk 28 dan masih bujang. Abang pula dah kahwin dan mempunyai 4 orang anak (semuanya dah masuk sekolah rendah & prasekolah).

Masalahnya, abang saya ni kuat cemburu dan akan angkat tangan. Selalunya isteri dia lah yang akan menjadi mangsa.

Benda kecil saja contoh macam saudara lelaki dari jauh telefon kak ipar nak singgah ke rumah, abang saya akan naik darah dan ungkit yang bukan-bukan atas dasar “cemburu”. Memang tak boleh brain.

Sebelum ni, memang mak & ayah dah pernah lapor ke pihak polis sebab mak & ayah pun tak dapat handle dah perangai abang saya ni yang kaki pukul.

Lepas dibawa ke pihak polis, memang ada perubahan dalam rumah tangga mereka. Kes memukul tu memang dah dalam 2-3 tahun takda.

Saya luah kat sini sebab baru saja kak ipar bagitau abang saya dah naik tangan.

Abang saya ni keras kepala, kalau nak bawa bincang dengan dia tentang satu satu perkara, memang susah nak dapat kata putus.

Dia memang nak ikut apa yang di kepala dia sahaja, lebih baik tak bawa berbincang sebab kalau berbincang pun dia akan naik angin dan marah semua orang sekeliling.

Sehinggakan mak & ayah saya pun dah tak dapat nak kata apa dah dekat abang saya ni.

Saya dah sampai tahap meluat dengan gaya abang. Padahal semua yang dia nak, rasanya dah lebih dari cukup.

Semua orang memang segan nak berkawan dengan dia sebab perangai dia macam jantan tak guna, pentingkan diri sendiri.

Mak ada kata dekat saya, abang saya ni ada sedikit kurang dalam pelajaran dan emotional intelligent.

Ya, memang dah cuba faham pun.. tapi kalau setiap kali ada masalah kecil nak naik tangan, mulut laser, dan keras kepala tak kira lah kau tu mak ke ayah ke adik ke isteri ke.. tak larat aku.

Kadang-kadang rasa macam eh lebih baik mati je lah abang aku sorang ni tapi saya tau sebagai seorang muslim, inilah dugaan yang harus kami sekeluarga hadapi.

Saya dah tak tahu nak buat macam mana, jadi saya luahkan di sini.

– Tidak tenteram (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. pergilah jumpa doctor/psy.. entah2 ade trauma ke? ada benda yg x leh luah ke.. ko takat stress je, kak ipar ngn anak buah kau? yg hadap jantan kaki pukul tu mcm mn?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *