Adakah Ini Diskriminasi?

Assalamualaikum, nama aku Bintang, umur mid-20s. Masih lagi seorang insan yang berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari yang sebelumnya. Luahan ini akan menjadi luahan sulung aku di IIUM Confession ni.

Kalau publish, Alhamdulillah semoga dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama warga pendidik di Malaysia, jika tidak dipublish, (haish susah-susah saja aku taip panjang-panjang ni) tak pe la, aku anggap admin saja pembaca pertama aku.

Sebelum aku mulakan cerita aku ni, aku nak mohon maaf terlebih dahulu jika ada yang terkilan dengan coretan aku ni.

Aku menulis dari 100% apa yang aku hadapi semasa aku disekolah rendah yang membuatkan aku menjadi aku, mungkin sukar untuk difahami, kerna tak tercapai akalmu. Hek, ternyanyi lagu Elyana pulak.

Serba sedikit latar belakang aku, mak seorang suri rumah, ayah seorang buruh kasar, berkulit gelap, tahap kepandaian pun biasa-biasa aje. Note: ni aku masa sekolah rendah tu ye. Jom mula.

Aku tak tau kenapa masa aku sekolah rendah, aku dah ada satu habit yang mana aku akan tengok dan ingat apa yang aku nampak/ alami dan aku akan fikir balik dan analisis tentang kejadian tu.

Masa aku kecik tu, aku tak de la rasa pelik tapi bila aku besar, aku jadi faham dengan tindakan orang-orang dewasa tika itu.

Antara kejadian yang aku ingat, menjelang akhir tahun, sekolah aku (aku takkan dedahkan even slightest hint untuk menjaga sensitiviti, cehh) akan adakan majlis penutup la, kira majlis untuk pelajar cemerlang UPSR.

Jadi memang satu majlis yang gilang gemilang dan banyak upacara selingan yang akan dipersembahkan, antaranya tarian pembukaan majlis dan flower girl.

Masa aku darjah 1, aku suka tengok budak-budak yang terpilih tu, comel-comel saja. Pakai baju cantik, makeup. Aww, i like. Jadi aku pun taruhla harapan nak jadi macam tu jugak.

Untuk kebudayaan ni, ada sorang teacher yang in charge untuk ajar budak-budak ni semua menari, makeup dan pilih baju untuk dorang. Aku ingatkan jenis macam sign up la, sapa nak, daftar nama.

Tapi masa aku darjah 2, aku ingat lagi, dalam 2 ke 3 bulan sebelum majlis, teacher tu dia akan pergi kelas ke kelas untuk pilih budak mana yang dia nak.

Masa dia masuk kelas aku, dia cakap, cikgu nak pilih ahli tarian tahun ni. Lebih kurang macam gitu la ayat dia. Pastu aku dengan harapannya tunggu dia datang kat meja aku untuk tanya.

Tapi aku pelik, dia tak tanya pun sapa nak masuk ke tak, dia tengok sekeliling sambil cakap ‘ah, ni cantik’ dan pilih budak-budak yang dia nak.

Dia tak pandang pun kat aku gais, tulang belakang aku da rasa macam nak patah dah, duk streching kasi tinggi biar dia nampak. Akhirnya, dia da pilih dalam 2-3 orang, pastu dia blah. Hmm, terkuburlah hasrat aku. Tapi tak apa, mungkin rezeki next year dak?

Ni dah next year, aku darjah 3. Around timeline yang sama, teacher tu datang masuk kelas aku dan umum dia nak pilih ahli tarian untuk tahun tu, masa ni aku betulkan tudung, maniskan senyuman, bagi eye contact sikit.

Tapi hmmm, masih. Dia tak pandang pun aku, padahal tempat duduk aku dah hot spot dah, tengah-tengah alam.

Masa ni aku dah start fikir kejadian tahun lepas dan tahun ni, persamaan dia, teacher akan masuk dan umumkan dia nak cari ahli tarian, pastu dia akan pilih budak-budak yang dia nak pastu dia blah.

Budak-budak yang dia pilih semua comel-comel dan berkulit putih. Ada jugak kawan aku yang sememangnya tiap-tiap tahun terpilih.

Patutlah, semua sedap mata memandang. Aku sedih, serius. Kenapa perlu pilih berdasarkan rupa? Kenapa tak tanya siapa yang berminat untuk bagi equal chances kepada semua orang?

Hmm, kesimpulan untuk bahagian 1; dear teacher, mungkin bagi teacher semua benda ni tak ada hal, small matter, tapi untuk seorang budak yang ada terdetik minatnya dan menaruh harapan untuk menjadi sebahagian daripada crew tarian tu, besar impaknya.

Disebabkan ini, saya jadi yakin bahawasanya saya bukanlah budak yang “cantik”. Tapi aku ketegaq, masa darjah 5 & 6, aku masuk jugak kelab tarian sebab minat.

Tapi sama, end up jurulatih tak penah pun pilih aku jadi wakil sekolah untuk pertandingan walaupun masa latihan puji cakap posture dan langkah aku cantik semua tu. Tapi tak apa, aku husnuzon. Kawan-kawan aku menari lagi baik dari aku, memang tak ada bakat kot.

Part 2 (last part), ni pasal sorang cikgu BI, aku namakan dia mrs Z. Dia seorang guru cemerlang BI, seorang yang sangat berpengalaman, disayangi sekolah malah dikenali diluar sekolah dan ramai pelajar yang nak belajar dengan dia.

Tapi mrs Z hanya mengajar kelas atasan atau kelas no 1 sahaja.

Aku minat BI, walaupun tak pandai sangat, aku pernah dapat gagal untuk subjek BI masa aku darjah 3. Hehe. Tapi aku nak sangat belajar dengan dia, sebab orang cakap kalau dia ajar, confirm pandai.

Aku ni, taraf kelas ke-2 saja masa sekolah rendah, jadi memang tak bersempatan belajar dengan dia.

Tapi ada satu masa, sekolah buat workshop untuk persediaan awal menghadapi UPSR. Workshop ni dia gabung kelas, untuk subjek BI, mrs Z yang ajar. Memang dia bagus, aku suka belajar dengan dia, aku faham. Tapi tu saja la satu-satunya kelas aku dengan dia.

Boleh dikatakan dia tak kenal pun aku, mungkin tak wujud pun dalam kotak ingatan dia yang aku ni pernah jadi student dia. Hekhek. Tapi dia, aku akan ingat buat selamanya.

Pada suatu hari, semua pelajar tahun 6 diminta untuk berkumpul didewan untuk taklimat. Aku tak ingat taklimat apa, tapi dia lepas habis waktu rehat.

Jadi aku dengan member aku awal, kita orang pun duduk la dulu. Makin lama makin penuh dan taklimat pun bermula.

Mrs Z ni la yang bagi taklimat, masa dia mula dalam 5 minit ada pelajar yang baru datang, terus dia sembur budak tu guna mic, semua orang dalam dewan tu pandang budak tu, aku dapat rasakan budak tu malu wei. Kesian dia.

Then, taklimat diteruskan, selang lagi 10 minit (tak ingat pun berapa minit, agak-agak saja la) ada 3 orang budak datang lambat, tapi 3 orang ni bukan biasa-biasa ye.

Yang sorang tu, anak orang kaya memang havoc semua orang kat sekolah tau dia anak orang kaya, lagi 2 orang bff dia tu pun dikenali la.

Terkedek-kedek masuk dewan lewat, kau tau apa mrs Z buat? Dia cakap, “owh awak baru sampai ke, meh duduk kat depan ni, ada kerusi kosong”, dengan mic dia tadi tu. Aku tercengang.

Satu lagi pasal mrs Z, dia akan buat kelas tambahan khas untuk subjek BI. Hanya terbuka kepada, pelajar-pelajar kelas yang dia ajar dan beberapa insan terpilih.

Macam mana nak kenal pasti insan terpilih? Owh mudah, pelajar cemerlang semasa dan anak kepada orang yang dikenali.

Dalam circle aku, 2 orang kawan aku yang terpilih, sorang sebab dia budak pandai BI, sorang lagi sebab dia anak pegawai PPD. Tapi kawan aku yang budak pandai tu, dia malas nak join, jadi dia ajak aku lepak, masa ni aku balik lambat jadi aku teman la dia.

Lepas kita orang makan kat kantin, kita orang pun menuju ke kelas untuk ambik beg dan balik, tapi masa ke kelas, kita orang lalu kat depan kelas mrs Z.

Kawan aku cakap, “alamak, jalan cepat sikit nanti mrs Z nampak” . Tup tup, mrs Z nampak kawan aku, dia keluar kelas, dia panggil kawan aku.

Dia cakap, “-nama kawan aku- mari masuk kelas teacher, baru mula ni” . Kawan aku pun senyum.

Aku tengok kat mrs Z, aku kat sebelah kawan aku saja, berharap dia ajak aku sekali, tapi mata dia hanya tengok kawan aku saja. Lepas dia ajak kawan aku masuk kelas dia, dia blah balik masuk mengajar.

Perghh, perasaan tu, sampai sekarang aku tak boleh lupa. Mengalir air mata kalau ingat balik. Barangkali aku ni halimunan kot zaman kecik-kecik dulu, tu yang orang tak perasan.

Ada lagi kisah-kisah diskriminasi yang aku hadapi sebagai seorang pelajar miskin, tak cantik dan tak berapa pandai ni. Tapi penat pulak nak menaip ni, guna phone pulak tu, gigih betul.

Aku sampaikan setakat ni saja la, peristiwa berat sebelah yang terkesan kat hati aku, mungkin kedengaran simple, tapi bagi aku, kes ni beri impak yang besar untuk diri aku.

Untuk cerita 1, aku jadi seorang yang lebih tabah, aku tak mudah tersinggung kalau aku tak layak untuk dapatkan sesuatu.

Aku tahu kalau aku betul-betul layak dan berbakat dalam sesuatu, orang tak akan pilih aku semata rupa. Cerita 2 pulak, dulu aku yang tak berapa nak pandai ni.

Alhamdulillah, masuk sekolah menengah aku excel berkat self taught/ self learn.

Aku tanam dalam diri aku, kalau bukan aku yang ubah diri aku, tak ada orang yang boleh tolong aku. Lagi lah aku sedar, aku ni serba kekurangan, aku kena ada sesuatu sebagai added value untuk diri aku sendiri.

Aku mendapat tempat ketiga dalam pertandingan English peringkat daerah dengan pasukan aku.

Jadi pengerusi majlis english speaker kat sekolah aku. Dalam erti kata lain, pengalaman mendewasakan kita. Aku jugak merupakan seorang pelajar cemerlang untuk PMR & SPM.

Sekali lagi aku nak cakap, ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri, tak semua cikgu macam ni, banyak lagi cikgu yang baik hati, yang ingat aku sampai sekarang, terima kasih cikgu.

Cuma aku nak tekankan disini, kepada yang bergelar pendidik dan bakal pendidik janganlah sesekali menilai seseorang pelajar itu berdasarkan rupa, latar belakang, kepandaian sebab semua orang boleh berubah,

“We didnt know what the future holds, we didnt know when our paths may cross again, so be kind to everyone” .

Layanlah kami sama rata, jangan bezakan kami. Anda guru, seorang yang bijak dan insan yang diteladani.

Semoga kalian yang memilih kerjaya yang mulia ini faham dan sanggup menggalas tanggungjawab yang besar ini.

Sekian.

– Bintang, menyerlah jauh dari yang biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *