Adik Yang Meronta Kesedihan

Assalamualaikum, kalau cerita aku ni dipublishkan, harap korang semua dapat beri sokongan dekat aku yo. Nama aku Mon, tahun ni umur aku 22 tahun, umangai raso dah tuo lah.

Aku nak cerita pengalaman hidup aku semenjak umur dah 22 tahun ni, harap korang semua tak bosan lah yo bilo baco pasal aku. Benda ni start terjadi sejak cuti semester baru-baru ni bila aku tengok suasana tak macam dulu, aku ada 4 orang adik beradik alhamdulilah 2 dah kawen lagi 2 belum kawen lagi. And untuk pengetahuan korang aku ada mak yang kurang upaya (pendengaran dgn bisu), she is the best mother that i had ever (moga syurga untuk mu omak). And ayah yang sangat baik sanggup berkerja keras untuk family (moga syurga tempat mu ayah).

Okay ceritanya bermula dari abang aku yang sorang ni sejak dia habis diploma dia adalah jugak kerja tapi sekejap jelah then lama gak ahh dia tak kerja duduk rumah habiskan beras yo. Tapi aku sedih min sebab ayah aku lebih manja kan dia, untuk pengetahuan korang ayah aku dia kerja kebun kelapa sawit, pagi-pagi ayah aku g kebun meracun sorang2 petang balik umah buat rumah tpi abang aku ni asyik tidurr langsung takde serba salah dalam hidup untuk tolong ayah aku,

Aku ni anak bongsu tapi aku sedih sebab bila aku buat salah kemain aku kene marah, bila aku tidur dia kata aku menyalar jer padahal masa tu abang aku pun tengah tidur. Aku kekadang jadi berdendam nan abang aku sebab dah lah tak kerja pastu bila nak jumpa awek mintak duit kat ayah aku, haihhh aku ingat lagi min time tu abang aku dia dapat kerja pastu ayah aku belikan motor baru untuk dia time tu duit ayah tinggal rm800 yang paling aku geram ayah aku guna duit tu untuk bayar muka motor tu padahal time tu aku dah nak balik universiti ayah tanya dik ada duit tak, pastu aku cakap lah ada tapi tak cukup nak beli buku – ayah tanya kau nak pakai berapa ayah takde duit sangat ni nanti ayah ada duit ayah bank in ye. -nangis.

Lepas 2 bulan macm tu abang aku quit dari kerja dia pastu macam biaso duduk rumah tidur, sedih lah sebab ayah aku penat-penat cari duit untuk keluarga tapi bayarkan je duit motor abang aku.
Aku pernah tanya ayah aku, ayah manjakan anak tapi anak tak kenang jasa lagi ada lah, kau tahu ayah aku balas apa “ayah tak kesah dik sebab semua yang ayah dapat ni semua sebab rezeki dari korang” deep beb. Macam mana lah ayah aku boleh jadi kuat macam ni ya Allah.

Ni aku nak cerita pasal diriku jugak aku sebenarnya macam dah dilanda kemurungan bila aku tengok ayah masih layan baik dekat abang aku walaupun dia tak kerja, tapi aku murung sebab mostly apa yang aku buat semua tak kena, tolong salah tak tolong salah pastu bila perkara xsengaja aku buat kemain kene marah wei aku sedih sangat-sangat aku tak nak perkara ni punca aku nk jauhkan diri aku dari keluarga. Anak bongsu memang selalu kene macam ni ke korang? masa aku cuti sem aku kekadang rajin kekadang malas nak buat kerja rumah tapi aku mengharapkan orang sekeliling aku jangan give high expectation untuk aku rajin setiap masa.

Mana yang mampu aku tolong aku buat lah tapi aku malas tu jangan lah paksa aku sebab tu punca aku jadi tak ikhlas nak tolong kemas rumah, tapi kenapa kat rumah ni takde sorang pun marah abang aku yang tak berkerja when dia bangun dari tidur sampai pukul 12 lepas tu bangun makan then tidur balik, sikit pun tak buat kerja rumah takde sape pun nak marah. Bila aku cakap kat mak aku kenapa tak suruh abang aku je yang buang sampah reaksi mak time tu like “taktahu dah nak kata apa”.

Apa yang aku nak cakap orang dalam rumah ni memang ingat aku ni takde emosi/perasaan ke bila semua cari kesalahan/kelemahan aku, kadang-kadang nangis lah jugak sebab aku kene hadapi benda ni semua tapi aku kene kuatkan hati yang Allah tengah uji aku, aku harap aku kuat sampai bila2, dan jangan mudah berputus asa dengan rahmat Allah ni. Aku rasa sampai sini jelah untuk aku melepaskan luahan hati ni, terima kasih sebab sudi baca cerita aku ni.

– Mon

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *