Akhir Zaman, Selawat dan Teori Konspirasi

Assalamualaikum.. Seperti mana tajuk di atas, saya akan cuba tuliskan apa yang saya faham dari kefahaman saya serta kajian saya lihat dan fikir.

Saya buat confession ni sebab terbaca confession yang mengatakan teori konspirasi tu mengarut, (https://iiumc.com/henti-kongsi-konspirasi-mengarut/).

Yer. Saya faham kita tak boleh terima satu teori yang kita rasa tak logik. Kenapa saya katakan macam ni? Sebab sebenarnya otak kita telah di ‘brainwash’.

Saya percaya dan tidak menolak teori konspirasi ni mungkin terjadi. Sebab apa? Sebab saya yakin lambat atau cepat. Kiamat pasti terjadi. Dan kiamat kecil yang paling hampir dengan kita ialah mati.

Guru saya selalu berpesan ‘kita sekarang berada di penghujung masa dan zaman’. Around 10 or 20 tahun ke depaan ialah crucial time.

Dan beliau selalu mengingatkan kami untuk cepat meningkatkan diri kepada maqam iman daripada maqam islam sekarang.

Kenapa beliau berpesan macam itu?

Kerana kalau kita di maqam islam sahaja bila bila masa kita akan tergelincir, dalam al-quran Allah hanya membela orang beriman sahaja bukan orang islam. Fahamkan ayat al-quran ini.

Kerana di maqam islam, islam mana kita berpegang? Islam Ahlu Sunnah Wal jamaah yang benar. Ada yang islam hizbut tahrir, islam syiah, islam liberal.. Sebab itu 73 golongan, 72 masuk neraka. 1 je masuk syurga.

Katanya beliau lagi , maqam iman bila kamu sudah dapatkan kamu akan berada dalam ‘protection’ Saiyidina Nabi Muhammad SallahualaihiWassalam dan Allah Jalla Jalaluh.

Dan beliau selalu berpesan kepada kami untuk selalu banyak selawat. Kerana apa? Katanya beliau, selawat cara cepat untuk kamu dapat tingkat kan diri masuk ke maqam iman.

Dalam al-quran perintah berselawat (rujuk al-quran), hanya orang beriman Allah sebutkan yang dapat berselawat kepada Nabi.

Berbalik kepada cerita akhir zaman, saya tak nak huraikan setiap satu tanda akhir zaman kerana ianya boleh dicari dan almost tandanya sudah kita terjadi dan nampak. Cuma itulah kita ni beriman ke tak pada hari kiamat?

Pasal COVID-19 ini, ye ianya lebih kepada perancangan Dajjal and the geng. Pasal cip tanam kat kita, 5G, kita dicontrol.

Yes all these is make sense with this current situation untuk ke sana. Kerana memang itu tugas Dajjal and the geng nak menjerumus semua bani adam sebanyak mana ke neraka.

So lets get back to topic, seperti kita tahu akhir zaman tanda nya yang besar keluar Dajjal. Semua orang tahu Dajjal keluar ada tulisan KAFIR di dahi.

Tapi pernahkah kita terfikir? Adakah kita dapat melihat tulisan itu? Kerana hanya orang yang beriman je nampak. Kita di golongan mana masa itu?

Then, Dajjal akan keluar offer makanan untuk kita. Sebab masa itu kita kurang makanan. Kenapa ini terjadi? Sebab nya sila lah cari dan selidik tentang ini ramai yang tidak tahu ikan di laut sudah hendak kehabisan.

Maksudnya, makanan semulajadi akan berkurang tahun dari tahun. Sebab? Kehancuran dari tangan manusia sendiri dan juga ini part of ‘their’ plan. Cari la kajian tentang makanan dalam makmal.

Sudah ada sekarang, daging lembu dengan semudah ABC dalam lab boleh hasilkan daging. But all these is harmful to be eat. Because not naturally.

Masa tu makanan orang beriman hanya zikir. Jadi kita fikir Ianya tak logik, macam mana? Tunggu dulu. Kalau kita ikot logik akal, kita telah menghadkan kuasa Allah. Allah can do everything.

Saya pun suka lihat teori Konspirasi kerana all the ‘sign’ of them ada. Sebagai contoh simbol, nombor. A lot of secret. Sekarang, penyembah iblis sudah ada. Lihat saja sudah ada gereja syaitan. Apa ini?

Kerana itu bila dajjal keluar, he has its own army. Then, dajjal ni dibantu oleh jin, syaitan, iblis dan Samiri. Kalau kita percaya bomoh tu puja syaitan. Kenapa kita tak boleh percaya ada orang yang sampai jadikan musuh musuh Allah ini tuhan mereka?

Organisasi ini menjual jiwa mereka untuk kemasyuran, kekayaan dan banyak lagi. Ala korang pernah tengok orang bela toyol tu nak kaya. So sama concept but these high level use the people at high level too.

Dan akhir zaman dengan kepesatan teknologi ini sudah dibuat campur bersama sihir jin syaitan.

Kerana kerjasama manusia dan alam jin syaitan ini sudah dibuat dan dibuka portal oleh Jack Parsons seorang saintis roket dan telah membuka pintu untuk menyembah syaitan iblis dengan menembak atmosfera bumi.

Dalam diari nya menuliskan pada 1948. Dia bermimpi didatangi seseorang yang dalam perkenalkan diri dajjal. Mengucapkan ‘terima kasih kerna telah menolong saya’. Boleh tengok video nya search Dajjal, Technology and Jack Parsons.

Adakah kita nak cakap benda ni mengarut lagi? Masa genting sekarang kita dah kena wake up.

Jika ramai yang cakap teori Konspirasi ni mengarut or mabuk ketum. Baik cuba kamu hujah dan buktikan jugak kenapa ianya mengarut?

Kerana setiap yang dipamerkan dengan bukti, video, simbol dan nombor yang melambangkan ‘mereka’ yang menyembah syaitan.

Nasihat yang selalu guru saya berikan, istikharah mintak tolong, tunjukkan kita seorang Guru Mursyid yang boleh membawa kita ke jalan kepada Allah.

Dan jika tiada amalkan selawat sebanyak mungkin kerana amalan selawat ialah amalan yang paling kita perlukan pada akhir zaman.

Cari bekal amalan. Pergi ke daerah iman supaya kita selamat dari fitnah semua ini.

Kerana itu Sidna Nabi Muhammad SallahualaihiWassalam telah tinggalkan berbagai doa dan amalan quran untuk kita jauh dari fitnah dan kejahatan syaitan jin iblis.

– Aries (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *