Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.
Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.
Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.
Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.
Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.
Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.
Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.
Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.
Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.
Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.
Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.
Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.
– Lutfi
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Menakutkan baca confession ni. Bertaubatlah. Cuma nak kata jangan rosakkan diri sendiri semata-mata kecewa. Bangga
? Sebenarnya kau yang looser . Bukan dia. Tak kisah kau kaya mana sekalipun, tapi kau miskin sebenarnya. Cari diri lama kau balik. Semoga Allah berikan kau hidayah.
I pity you
cantik jalan cerita encik.. boleh jual ni.. huhu~
kalau betul lah cerita dia ni, aku harap dia sempat taubat..
Tundukkan playgirl itu ? Huhu
mungkin boleh guna tajuk aku lelaki buaya tembaga. haha. ?
1. Istidraj. 2. Payah kau ni. Hanya tuhan boleh tolong. Tapi kau sendiri kena pergi dekat dia dulu. Baru dia boleh pergi pada kau. Kau paham maksud aku. 3. Aku baca dari atas sampai bawah haram xde mention pun bisnes apa kau jalan. Adakah aku juga si bodoh itu?
Dia kata online business. You can sell lots of stuff online and can become millionaire easily. Especially when you go global. Senang je nak jd jutawan muda haha
Perghh~~Aku nak kaya jugak..tapi taknak istidraj hee~
Hahahahha..buat aq tergelak wei ayt ko yg last tu…????
Yes, online business cepat kaya. Tapi , ramai jugak golongan ni yg istidraj.
I feel you bro. Aku kesian kau. Aku harap doa mak ayah kau tak putus utk kau. Semoga kau balik pangkal jalan. Untuk ex kau tu, boleh pergi meninggal!
Muneera wooo real sick… You gotta read this.. Nanti after paper today kita up kes ni k hahah
Kesiannya dia ni Kalau cerita ni betul la.. Semoga dia balik ke pangkal jalan.. Rugi sgt dia merosakkan hidup sendiri.
move on la bro, nak bg puas sampai bila xpuas, duk stalk ex tu lagi buat apa? satgi kot family hang buat orang anggap alat jugak camna? simple ja, hang ego sebenaqnya, hang benci org bodoh pasai hang penah jadi bodoh pasai pompuan tapi sebab hang ego hang terus duk buat jugak benda bodoh, tapi bab kumpoi duit muda serius hang stail
. cinta tak berbalas memang pedih. tapi kita ada Allah . kami tak kisah kau mengata pempuan. tapi kami kesian kat engkau…mak engkau. semoga mendapat hidayah.
millionaire tp eja loser pun salah. ke berangan je die ni hehe
Bipolar kut..gi la check dr
Katanya dah cek. Dan Dr kata takde pape disorder.
Superiority complex ada dlm borderline personality disorder Anis Amira
*bukakDSMcepatcepat* hahahahah
Kihkihkih profffff
Consultant kihkihkih
Such pity. Very much destructive.
sifat ujub dan riak yang sgt tebal. semua org bodoh, dia seorang ajer yg pandai dan betul. membuat dosa besar dan bangga … penuh dgn sifat2 mazmumah..penyakit hati yang parah. sebab ex gf dia tolak dia mentah2, dia labelkan pompuan bodoh dan sebagai alat.. bro…awak tu sebenarnya bodoh!! ko dah lama jadi ex tapi kau biarkan ex gf ko masih berkuasa keatas kau. dia x payah buat apa2 pun tapi dia masih berkuasa penuh atas hati dan minda kau, bila kau berzina tapi fikiran kau penuh dgn dendam yg x kesudahan dan semakin menjadi2.. bertaubatlah bro…. ko kate parents ko dah byk pesan dari segi agama tapi ko berzina.. pastu bangga pulak.. kau memang bodoh..jgn ingat kau byk duit, pandai bisnes trading, tu kau layak label-labelkan manusia dan pandang rendahkan mereka. kau dgn manusia lain pun sama la bodoh.. semua hamba tuhan… ko byk duit sebab ko pandai??? bodoh!!! tu rezeki tuhan bagi pada kau… skrg dah macam istidraj dah… tuhan biar jer ko terbang makin tinggi supaya bila ko jatuh terhempas teruk…. aku x nak bersekongkol dgn setan mengajak org masuk neraka jadi aku ajak ko bertaubat agar ko masuk syurga
Wan Zulkarnai
See mcm mana girls boleh rosakkan lelaki. Perempuan ingat, lps dia tinggalkan, lelaki boleh move on dlm sebulan mcm dlm lawak2 org putih selalu buat. You girls tak tahu, deep in his hurt tersangat la sakit. Dia da berjaya pon (jd kaya), dia tak ckp dkat ex dia. Dia ckp dlm hati jak. Nmpak tu? Jgn2 smpai skrng ex dia tak tau keadaan n feeling dia skrng. Anyway, mohon penulis remove ego, rasa benci n nascisstic tu. Goodluck bro
vice versa
haaaa ni laaa ai cakap haritu Anna Fadzillah
maybe AIDS je yg akn jd turning point ko nanti dik…
Alhamdulillah rezeki Allah bg kat kau. Bersyukur lah sbb bila2 ja Allah boleh tarik balik. Ambillah pengajaran yg duit yg berjuta tak mampu capai kebahagian . Sbb kebahagian dtg dari Allah. Harta yg Allah bg kat kita bkn untuk kita menghina org lain. Ingat, kita mungkin kaya kat dunia, tp tu sementara. Org yg kita hina tu nnti mungkin lebih kaya dari kita di akhirat nnti. Kami semua doakan yg terbaik untuk kau. Semoga Allah kayakan hati kau.
:) . turn back to Allah. Dia tidak akan pernah tinggalkan kau.
Ckp pada masalah, kau ad Allah. Dia akan bantu kau utk keluar dr masalah. Kau kene yakin.
Setiap yg hidup akan mati, tidak berguna langsung kekayaan duniawi andai x digunakan ke arah yg diredhai.
May Allah bless you n beri pengampunan serta kemaafan kepada diri ini dan juga kamu.
Semoga jumpa jalan pulang.
Kita semua pendosa.
:) goodluck
Antara komen2 membina kt sini. Yg lain semua nk kutuk dan tak faham gangguan jiwa dalam diri dia.
Sometimes, kita kene reflect diri ini, layakkah nak mengutuk dan mengeji, andai diri ini x sempurna mana.
Sedangkan kita pun sendiri ad dosa yg tersembunyi.
Cumanya, Allah masih tutup aib ini.
Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri, berusaha menjadi yg lebih baik. Walau siapa pun diri ini seminit yg lepas, jika masih ad waktu utk bernafas, berubahlah ke arah yg diredhai.
Allah bg masa, Dia sayangkan kita.
Haha. Kita tak faham masalah dia. Kita tak tahu apa dia lalui.. Dan melalui confession ini la mungkin dia release apa yang terbuku dalam hati.
Kita mungkin baca apa dia tulis.
Yang jahat2. Kebaikan dia kita tak tahu.
Bimbing lah dia.
Tapi saya suka style dia.
Setuju.
Aku kesian dekat yg orang yang confess ni. Kesian sbb org hebat macam dia ni boleh jadi smpai macam tu sekali disebabkan oleh seorang perempuan. Dahsyat jugak penangan org perempuan ni
kalau diberi peluang , memang aku nak koyak² kan muka ko bro . tp ofcoz aku akan pakai sarung tangan asal aura bodoh ko xberjangkit . serius ah bro , bukan org lain bodoh tp confession ni mcm ko tuju kan dekat diri ko sendiri . mungkin aku x pandai berkata² , tak pandai nk nyentap ko . well , xkisah ah ko kaya ke x , pandai ke x , tp ko xrasa kesian dekat mak ko ke ? Ya Allah , kalau mak ko tahu ‘ANAK DIA DAH JADI ALA² SETAN ‘ mesti dy sedih bapak ah . damn ! mohon baca sampai habis bro . serius aku cakap , ko xnampak apa y Allah rancang utk ko . ko xterus berdoa malah ko terus buat kerja setan , kerja bodoh . then , sape bodoh ? KO X NAMPAK ALLAH ATURKAN Y TERBAIK UTK KO , SEBAB APA ALLAH XBG KO BERSAMA NGAN POMPUAN TU ? KENAPA ? HAA , KO CERDIK KAN ? PIKIR KENAPA . xtahu ? serius ? okay ko bodoh . sebab ALLAH SAYANG KO . ko dah tahu couple tu mcm taik , tak , maksud aku , bercinta sebelum kawin tu harroommm tp ko buat jgk . waddefish bro . mesti ramai kecam ko . xde ah , sebab peremouan , ko jauh dari Allah ? ko islam kan ? okay bro , ko boleh pm aku , aku nak hadiahkan buku² aku dekat ko . serius ah , aku tak sanggup tgok saudara seislam aku jauh dari Allah . kesian mak ko bro , seriys kesian . ko xpikir perasaan ur mom . aku yakin , dia akan kecewa dengan kebatakkan perangai ko . aku dpt rasa . bro , aku masa zaman jahilliah aku oun oernah bcinta 4tahun , cadang kan kawin bagai , kah ! last² , dia ? haaa time tu baru aku rasa bodoh . dah ada aku salahkan semua lelaki mcm tu ? lek ah , sangka baik je lha dengan Allah . alaah , ko baca komen aku , mesti ko cakap ‘ alah , bodoh ah pompuan ni . tu ko , bukan aku ‘ n whatsoever . chill lha bro , xkan sebab sorg perempuan je , hidup ko nak hancur mcm ni je ? istighfar bro , igt Allah . aku sarankan ko selalu baca al-quran . memang bro , ko xkan tersentap dengan komen aku sbb aku bukan penyentap dan org y ilmu byk . tp , semua benda y tjadi , aku jdkan ia pngajaran . jgn nk syok sgt bcinta , igt Allah . jgn smpai Allah tarik segala nikmat ko bro . bersyukur dgn apa y ada . syukur ! bukan perangan mcm budak² kecik . sekian daripada org bodoh . maaf panggil ko bodoh
I feel you bro. Perasaan kena tinggal dengan GF yang mana kau dah memang niat untuk menikahinya (a true love) tapi dia dah ada orang lain. Kes aku aku dah 5 tahun. Duit dah cukup dah. Tapi orang dah taknak. Taknak sebab apa? Wallahualam….
bertabahan bro! susah nak lepas org yg kau syg .
Hurmmm..xtaw nk kesian ke..nk happy ke…nk sedih ke…utk si confessor…mungkin ini Ujian…so, teruskan hidup baik2 yea confessor…so,doa2 la ,takut u ‘si confessor’ x kena penyakit kelamin..huhuhuhu…
Ni penulis lirik lagu “Sudahku tahu’ ek.?
Tak perlu musnahkan kehidupan disebabkan seorang wanita bro. Move move.
Ko rasa ko pandai tapi, semua benda ko buat kena kaitkan dengan ko punya ex.
Pandai sangat.
Semua hal ex ko dgn bf dia ko tau. Tak move on ke woi. Kata millionaire. Byk duit pegi travel la. Bagi ketatkan sikit skru ko yg longgar tu.
Ngko ni sebenarnya sakit mental..tp x nk ngaku. Masih gila bayang ngn x gf ko tu dgn harapan dia akan berpaling melutut menangis merayu kat ngko trima dia balik. Series mental retard..cuma ngko tutup mata hati kau dr trima hakikat yg dia x nk ngn kau. Ngko fikir level ko plng up..tp soal hati kaulah paling bodoh. Haha…move on la bro..p ambil wuduk solat. Life ni short je.. nk simpan ke mana revenge ko yg x da ujung pangkal tu. Ko x da kwn ke nk buat aktiviti sihat?…malas nk ksian..sampah masyarakat mcm ngko ni..X trkesan suka kaulah…kau ngn life ko bleh p mampos…
agree sgt.. dia xleh move on, sampai tahap ex dia nak nikah dah, siap share duit dgn bf dia pun dia tau. Kelakar gila. agaknya dia akan stalk ex gf dia sampai ex gf dia bahagia smpai cucu cicit dan dia kekal sbgai a loner yg guna call girl. haha kesian tu laaa kata org bodoh habis perkataan tu balik ke dia… lulz
Yolah..dia x terkesan kutukan org..tp hari aku jd bad day cuz annoying gila dgn org bgni..bajet2 kebal..rs nk tumbuk jer..crita dia lbh kpd revenge yg nth hapa2…x gf tu tau ke tidak dia hdp lagi pn tak…stlk x gf wat apa..kalau dh kemaryk sgt..p masuk meminang..buktikan yg ko jantan bkn pondan yg meratapi nasib malang dgn bls revenge yg hnya rosakkan dri…stupid man..??
Nurul Ezza plis read dis..
Sy dah read,, tp ape moral of the stori? Sumpah x phm?
Nurul Ezza ingatkan dlm novel melayu je ada cite cmnih
Hahaha, tp dye terlampu asyik guna perkataan bodo. Trasa bodo jugk sy membacanya td
kesian ko
Jom smua doakan dia diberi petunjuk.. Hidayah itu milik Allah.. moga Allah terangi jalan2 kehidupan mu dik..
Lapangkan dada, awak sebenarnya terlalu berdendam. Sayangi diri awak sendiri. Sebab awak sebenarnya tengah menyakiti diri awak sendiri. Pasal ex awak, usah stalk pasal dia lagi.
its gud for u to write. take a deep breath. feel u, dude but dont b bitter for too long…write more pls :)
yg gua nmpk dia ni nk berubah. tp dia rasa dia kebal sangat. dia nk tunggu azab allah yg paling teruk baru dia nk berubah. dia mungkin ingat, mati ni mungkin cuma bila dah tua. first dia rasa dia hebat. sebab tu mungkin dia rasa dia boleh selamat kat dunia. satu lagi gua rasa bersyukur ex dia tinggalkan dia. sebab cuba bayangkan takkan ex dia sanggup terima bf yg bergelumang dengan dosa besar. zina. satu lagi. dia ni kecewa terlebih2. come on. bila dia main2kn kau. kau sepatutnya tahu dia bukan yg terbaik utk kau. move on. kau berhak dpt cinta yg lg baik. dia pon dah nk kawen. kau kena percaya satu benda. jodoh. yg aku nampak kau mcm gila bayang. konon2 nk tunjuk yg kau bole dpt yg lagi lawa dari dia. kau rasa dia heran ke. kau kena main dgn diri kau sendiri. semua yg kau ckp tu ada kat kau. kau hati tisu. baru kena main dgn perempuan sikit dah gelabah nak buat dosa besar bagai. pondan. serius. mcm pmpn bila kena main ngn laki. mula kelar tangan bagai. cuma kau sebab kau ada duit tu cara lepaskan marah tu dgn cara lebih keji. kau sebenarnya nak kasih syg. tapi x dpt. selama ni kau ingat duit boleh beli kasih syg. sbb tu kau jd ego. kau ingt dgn duit bole beli semua benda. tp kau salah. kau kena bg kasih syg utk dpt kasih syg. bukan tabur duit. masih ada masa kalau kau nk rasa hidup ada kasih syg la. terus stop. carik yg btol2 bole bg kasih syg kat kau. move on bro. jgn jd pondan. takkan kena tinggal sekali dah meroyan bagai.
???well said bro…
kpd bro lutfi, engkau ni xmove on lg ni, klau dh move on kau xperlu nk bnding pun kau ngn balak ex kau tu, aku agreed ngn bro raizan ni kau terlbh kecewa ni & kau rsa kau hebat kebal but the truth is u’re not…kau asyik bodoh²kan org je aku tgk, xyah nk riyak sgt la bro…klau kau rse ssh sgt nk berubah minta parents kau doakan kau jd manusia berguna ntuk agama, even kau xnk berubah skali pun…jgn nk selfish sgt, pk mak bapak kau kat akhirat nnt, kata hebat, then pk la
tp at first dia ada ckp, dulu dia tak mcm tu. well, mksudnya dua jd mcm tu lps ex dia tinggalkan dia..
conclusion nya : dia frust menonggeng. tu je..
oi, ko tulis pnjg2 siapa nk baca? lukis la weh. hahahahaa
Hahahahahaha betul2. Dia gila bayang, frust menonggeng, tu semua setuju sgt la.. If you’re mentally strong, you would’ve forgotten your ex by now, even without the money.
Dia merosakkn diri dia sendiri in order to show yg dia lg better dr balak ex dia..kesiann..
Padu!
Aku setuju gila nak mampos dgn statement kau bro!
hahaha.. dia kata dia benci perempuan.. well.. nmpk x impact pmpn tu kat dia? haha..
actually dia xbenci perempuan, dia benci ex dia je, sbb tinggalkan dia..
in real life, dia mmg psyco ?
Lutfi ni yg tisuu… hahaha
Kesian laki ni.xsayang diri sendiri.ade personality problem tapi xtau.
Sebenarnya dia lemah. Sbb ujian kena curang + break tu dia xmampu hadapi. Huehue
Tahniah bro kau pnya komen pling aq stju. Bila pkir blik bro lutfi mmg mcm tu. Satu ja psan untk bro lutfi balik kepada allah insyaAllah kau akan jumpa ketenangan dan mula lupakan ex kau. Moga allah buka mata hati kau untk nmpk bahwa pntu hidayah dah lama trbuka depan mata kau bro lutfi.
betol2..sbnrnye die masih lg gile bayang kt ex die sbb tu dlm stiap amarah die tu die mention & bandingkan ex die ngan pakwe ex die..kesian die ni
Aduhh komen ni tajam hahaha
such a sore loser la mamat ni. superiority complex apamenda. geli ah mamat hati tisu mcm ni. benci perempuan tapi cara handle rejection lagi emo daripada perempuan.
Event doctor pun xnampak career path da 3 tahun, sedih juga aku baca sbb family aku mcm family kau yg nak the best. Lagi 1 aku nk ckp kalu bole jgn smp berzina, jgn ckp aku bodoh haha aku fhm sbb aku pun pernah bodoh dimainkam perasaan. tp klu kita redhi insyallah yg dtg skrg akan jadi yg lebih baik tu pengalaman aku sendiri
Seriously he’s a fuckin psycho. ROFL
Scary
Ya Allah. Berat sgt sbnrnya sakit ditinggalkan ye.
Hrp kita semua lebih berhati2 utk tak main kan emosi org lain.
Sakit dendam buatkan dia nampak sgt sakit dan sengsara, dan cuba buat mcm2 utk buktikan yang dia bukan lah tak hebat.
Saya just harap Lutfi sempat bertaubat. Sementara masih ada peluang, since dia nampaknya bijak dan boleh fikir yg mana baik dan tidak.
Berat.
Ditambah dgn personality dia yang saya rasa bersifat perfectionist. Itu yg buatkan dia tak boleh move on.
well. actually point kau dari atas is kau bengang awek kau tinggalkan kau untuk seorang yg loser. mana kau tau dia loser ? ntah2 dia ada some characteristics yg kau takde. yelah kau kan sibuk cari kekurangan dia. lelz. actually, aku pun ada perangai mudah annoyed dengan org bodoh. cuma everytime rasa macam tu, aku akan fikir semula aku pun ada bodoh aku. so boleh cool down lepas tu. aku harap kau takdela kena penyakit bukan2 pasal suka guna call girl. agak2 dah cukup puas jadi munafik nanti bertaubatlah ye ?
haaha loser.. kesian
Ii felt u bro. Aku pernah ada perasaan mcm kau. Perasaan nk lebih dr org yg pernah tingglkan kau. Perasaan nk rasa boleh move on dgn ada semuanya konon2. Tp lama2 kau akan bosan. Sebab keras kepala or ego buat kau rasa forever alone. Kau menaip pun dlm keadaan marah aku rasa tp kau ego ckp konon2 tk kisah sedangkan kau kisah. Kalau kau jenis tk kisah, kau tk akan stalk kisah hidup org yg da ludah kau. Aku pernah jd ego mcm kau sampai sibuk nk buat perbandingan tk habis, tp bezanya aku tk cari manusia nk mengadu.
hati-hati dengan HIV ngan AIDS bro
Pastu pengakhirannya engko mati kena STD. dan ex engko bahagia selamanya. Riak sangat dia ni. Ingat nikmat yg ada semua ni Allah yg bagi. Tuhan tu boleh tarik benda yang kita ada ni sekejap je. Bertaubatlah noks
Habis baca confession ni, berderau darah aku tengok nama dia.
Aku ke yg bagi confession ni? Hahaha.
ko jgn aktif sgt call girl weh… ingat akhirat dehhh :p
?? nak taubat dah ni….
I feel u bro, tp sampai bila nak bg diri kau puas? Move on la. Mak kau tak lahirkan kau untuk jadi mcm ni. Semoga Allah beri kau hidayah.
Ok sis..
Sadly, ex gf jgak yg msih menghantui.
Kau benci perempuan sebab ex kau tinggalkan kau? Hang jd mcm tu pun sebab perempuan. Tak pernah tanya kenapa ex pilih org lain? Perkataan bodoh buat ratib, duk ulang2. Kesian kau kan.
Ko ni sebenarnya tak leh terima yg ex ko dumped ko. Tu je punca dia
Iman da xde..mcm tu la..munafik pd diri sendiri.. kmudian riak n ujub pula timbul.. syaitan menjerit kesukaan dgn perangai cmni.. nk tnye, hidup kau tenang ke bile bt cmtu? Kalau tak tenang, ambil wuduk, solat n doa.. taubat lah weh… kau x tenang tu sbb tu bt coffession kt sini.. kesian.
serius aku rasa ko ni sbenarnye xleh nk move on..dr awal cite sampai abis..entah berapa byk kali ko mention ex ko..perangai xnk kalah ko ni kuat sgt..hanya Allah yang mampu tolong ko bro..
Sebenarnya awk dh rosakkan Diri sdri..awk msih Ade sikap syg n Xblh Lupe ex..ape yg awk BT Bkn khndak awk sdri tp SB Nk BLS PD ex..awk hncurkan DRI sdri je..sbnrnye Allah Nk BG Jdoh yg lbih baik PD awk..tp awk tewas dgn prbuatan ex smpi hncurkan DRI sdri..Mudah2han awk CPT2 brtaubat Dan Jgn dh kene Pykit or else Bru Nk insaf..sian Mak ayah awk..
Berubah sbb perempuan?
Knp perlu mcm tu skali ..
Ntahh, mungkin sbb aq x penah rse..
Kesian kau bro… D sebabkan ex kau.. Effect idup kau sampai mcam tu sekali.. Moga Allah jentik kau dgn hidayah.. Tapi kau kena cri hidayah tu.. Moga berjaya
Nk tnya sket je.. Puas x da confess? Will waiting 4 the next one.. chill !!
Lepaskan bro..lepaskan perasaan tu..buat apa nak seksa diri sendiri?
jalan ko masih panjang lg..yg dh lepas tu, kita tak boleh nk buat ape, yg akan dtg, masih byk lg perkara yg baik ko blh buat..