Aku benci perempuan, aku benci manusia bodoh

Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.

Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.

Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.

Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.

Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.

Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.

Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.

Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.

Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.

Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.

Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.

Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.

– Lutfi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

587 Comments

  1. Lutfi..nama awk da sdp dan pastinya ad mkna tsendiri..drpd pnulisan awk, sy dpt rasakn awk penuh ngn dendam dlm aty awk..i can feel u bro..tp ingt, kita xslamanya kekal hdp, smpai masa kita akn mati dan Allah malaikat akn kira sgla amalan kita kt dunia ni..sy pn bkn baik sgt, cme nk pesan jauhi zina..andai kata 1 hari nti awk da bkeluarga, awk sggp llki lain rosakkan ank awk atau ank2 awk blakon baik dpn awk sdg kn realitinya sgt bbeza?wallahuaklam..dekatkn diri awk pd Sang Pencipta..

  2. Kena AIDS baru nak tobat kot. Tak takut ke bila Tuhan bagi kau nikmat senikmat-nikmatnya sampai satu tahap Tuhan hukum kau juga dgn seburuk-buruk azab? Baik kau taubat dulu dik..lepas tu biar Allah bagi kifarah yg lebih ringan sebelum mende yg lebih buruk berlaku.

  3. bro ko cakap org bodoh…tapi ko yg bodoh…sebab sorg pompuan ko open diri ko untuk hidap HIV and sifilis…xgf ko walopun share2 duit nk kawin…tp die menuju bahagia?? kau menuju ape?? kegelapan…hahaha kesian weyh kat ko..sebenar ko yg bodoh

  4. Padan budak pompuan tu tak nak dekat engko. Patut dari awal ko dah boleh baca perangai dia yg nampak sangat nak gunakan ko. Taste ko pun entah apa apa. Suka kat awek yg pemalas buat assignment sendiri. Kalau dah 2,3 kali masuk lubang biawak tu maknanya engko sendiri yg ‘bijak sangat’.

    Lagi 1, nak bagitau, orang tak hadap la status millionaire ko tu. Bukan boleh bawak masuk kubur pun. Orang perempuan kalau yg jenis ada duit sendiri ni dia tak hadap sangat setakat pandai financial. Dia nak cari lelaki/suami yg boleh jadi bapa/atuk yg baik pada bakal anak cucu dia.

  5. Dr atas sampai bawah, memanjang ko cite pasal ex ko. So sape yg bodoh sebenarnya nie?

    Move on la.
    Plus, hati-hati dengan riak tu. Hidup bukan kat dunia je tau.

    • Entah lar..sya pon bca ats smpai hujung crita xde yg mnarik lngsung smua psl x move on die je gn mmblak2 kn balak ex die.Gaya pnulisn pon bleh bca yg die mnulis smbil lps kn mrh.ermm

  6. Tak tau nak pcaya ke tak cite ni…mcm saje reka nak bash pmpuan pon ade…tpi xpela,,cuma nak pesan,,btaubat..sdgkan Rasulullah SAW mletakkan pmpuan di darjat paling tggi..kau mrendahkan mreka..kau lupa ibu kau tu prempuan….??klu kau org paling pndai kau doa ex gf kau brubah jdi baik..bukan asyik doa jadi bodoh,,,,,,

  7. Bila Allah dah bagi full stop pasal relationship kau dgn ex kau, kenapa kau masih tanya tanda soal lg bro.. kau dok pikiaq pasai ex kau dgn centa hatik dia tu lg bt apa… kaula bodohnya… dah taw ex kau bodoh kau masih follow dia pnya hidup bt apa… haaa kan dh jadi laguni.. balik pda akar umbi bro.. jgan bila kita terasa xdhargai, smpai kita xnk lagi bt kebaikan.mgkin ex kau xpndai nk hargai kau yg dulu dn skrg…Allah xkejam.mngkin one day dia hadirkan org yg pndai hargai kau.so kau rileksss bro..cmtula proses khdupan..turun naik.kita bukannya maksum. And last jgn mudah kau merajuk dgn Allah… kita cuma hamba.so kembali kepda fitrah kita..chill la bro…kalo kau letak Allah nomb satu , nomb 2 3,4 n strusnya kn mnyusul…rileksss broo…yg pnting alhamdulillah mujur ada pamoga..haha..kbye..

  8. Bro, aku x solute kt ko jadi millionaire la, kaki pompuan la, ape la,, aku lagi solute kt ex-gf ko, sebab dia mampu buat hidup ko macam ni, dia mampu buat hidup ko terkesan sampai mcm ni..ko sebenarnya nk buktikan mcm2 kt ex ko.. Pada aku, ex-gf ko yg winner dan ko loser sebab dia dah x ambik port pasal ko dan buang ko mcm sampah dan ko plak dedicate ko punya life, do your hardest to prove something kt ex ko yg aku rasa ex ko xpeduli pun benda yg ko nk prove tu, ada ex ko ckp yg dia menyesal tinggalkan ko dan nk kembali kt ko? .. So, move on..

  9. Hi lutfi (confessor), aku rs utk umur ko xseswai dh nk org nk marah2 ke ap. It just aku nk tnya, dh puas dh enjoy nikmat dunia? Ap yg aku maksudkan kt sini…duit yg byk…and ko dpt kepuasan nafsu ko dgn call girl kn? Dh puas? Tp still ko rasa kosong kn? Means ko buat bende yg sama lagi dan lagi still ko benci pempuan and ko xpenat2 nk show off kt ex gf ko yg ko dh kaya skrg. But still ko rs cm ko buat bende yg sama every single time. Ko kata ko solat, betul dh tu sbb bende pertama kt akhirat Allah tnye psl solat. Tp aku pelik napa klu ko solat sekalipn ko xterkesan
    malah ko ulang lg bende yg sama every each time. Pernah x ko tnya diri ko. Tp smpai bila nk jd cmni. Pada aku….utk ko yg lbh pandai dr aku yg bodoh suri rumah ad degree benti koje lps dpt anak ni. Aku cadangkan ko list all question mark kt dlm jiwa ko. Kenapa jd cmni, cmne boleh jd cmni, smpai bila. Then aku nk ko jwb soalan yg ko create sendiri n evaluate the answers. Ko rs seswai x jwpn org pndai cm ko utk jwb suma soalan tu. Then da selesai ko pegi amek wudu’ solat taubat. Xpn lps ko selesai dgn call girl ko….ko pg mandi wajib pastu solat tahajjud skali. Alangkan solat isya’ asar n zuhur 4 rakaat xkn solat sunat 2 rakaat org pandai xley buat kn.

    Pastu psl girl yg mak ko nk jodohkn tu aku nasihatkan ko terus terang je dgn mak ko…ko xready lg nk kahwin. Xyah semak2 kepala pk nk jwb itu ini. And ckp je dgn girl tu ko xnk bg harapan. Kalau dia panjang cerita. Ko story direct kt mak dia. Org pandai xkn rungsingkan diri dia dgn bende2 simple cmni sbb pd aku nk cari duit lg ssh dr handle manusia ni.

    All the best. Hidayah milik Allah. Semoga Allah mudahkan utk ko. Ameen.

  10. Ko ptut bnci dri ko dlu bro.. sweet character pale hangguk ko tu akn mnyebabkn parents ko berendam air mata satu hri nnt bla ank dia dpt std.. ko xpnah pikir masa dpn ke bro? Move on man.. itu bkn caranya nk beat ur ex.. baek ko kawen branak byk2.. meanwhile u’re claiming urself as a millionaire, why not u find 4 beautiful girl to be married and have as many children as u can.. kata kaya kot.. klu nk tnjuk sgt ko hebatla.. tp cara ko skrg, klu ex ko tau, dia gelakkn ko dr tepi je.. mcm ko stalk fb dia diam2.. sbnrnya ko yg bodo.. jd sila bnci dri sdr dan bnuh dri mcm yg ko suggest kt kaunselor tuh.. hahaha

  11. Sebab itulah ada dua jenis quotient yang orang reka, satu intelligence quotient, satu lagi emotional quotient

    Bro, kau mungkin pandai dari segi IQ, tapi ternyata kau sangat teruk dari segi EQ

    Walaupun kau cakap kau berjaya, kaya, boleh tidur dengan ramai perempuan dll, tp kau rasa…. siapa yang tengah lebih bahagia sekarang?

    Kau ke, atau ex GF kau dan balaknya?

    Deep inside, kau tau jawapannya. Diorang lebih bahagia, walaupun diorang takde duit, kereta murah dll

    Disebabkab kau tak bahagia itulah kau masih lagi compare hidup kau dengan diorang. Kau cuba yakinkan diri kau yang kau lagi bahagia, walaupun sebenarnya tak

    Lupakanlah dia, dan tinggalkanlah maksiat…. sebab sesungguhnya, ketenangan dan kebahagiaan tu datang dari Allah…. malahan rezeki dan harta pun dr Allah….

    Tak guna banyak harta, tapi hidup kita tiada kebahagiaan dan ketenangan

  12. Susah bg org sedar..nak tegur?mesti lg marah dan masuk telinga kanan kuar telinga kiri…Belajar tinggi2..hormat ibu bapa..solat pn solat…tp looser gara2 perempuan?…fuh…benci dgn org bangga dgn nikmat dunia….mmg da d takdirkan…syaitan berjanji membawa manusia sampai neraka.ko je boleh sedarkan diri yang telampau hanyut..jgn bangga dgn call girl dan millionare yep.. cuba pejam mata..gara2 perempuan ko boleh jauh jd pendosa…istigfarlah..

  13. kalau kau pandang kaya tu better, kalau kau pandang org tu bodoh sbb xkaya, cuba kau bagi jalan bermula dgn kenalan2 kau utk diorg kaya… baru la kau nampak diorg ‘pandai’.. tp seyes ah… walaupun kau akan cakap aku yang mengata nie xkan kemana, kau yang hidup kaya, n penuh dgn call girl nie pon, xkan kemana.. kecuali nnt kau sempat taubat… bawak2 la insaf… pompuan, duit, sementara ja.. bila2 masa Dia boleh tarik… skrg kau tgh rasa istidraj.. yang sangat2 besar… boleh jadi akan makin menghanyutkan kau…. sebelum kau makin jauh, atau mungkin kau akan terus tinggalkan islam, aku sebagai saudara kau nak tegur, janganlah sampai mcm tu… :)

  14. Ape yg aku nmpak ko tak move on lagi dari tunang ko sbb tu ko mcm ni..move on la pandang ke depan cukup2 la banding kn diri ko dgn org lain ye tahu ko hebat byk duit berjaya etc tp kalau ko riak kejap je Dia boleh tarik balik semua tu.

  15. Psychologically, this is common. A counterback reaction from someone who underwent severe emotional experience. Moga Allah beri hidayah bro. Mungkin dah sampai masa utk balik, Allah sentiasa menunggu :D

  16. Lerr.. br jumpe sorg dah frust sampai tahap skrg benci semua perempuan?
    Kemon.. nasib le aku ni yg dah bercerai 2 kali pun x pernah putus asa dengan lelaki. X de pulak aku chop semua lelaki “sama”.
    Anggap je la xde jodoh dik ooi..
    Allah tlg kau tu.. drpd ko da menikah n tibe2 br tau perangai bini tu teruk, baikla dijauhkan.
    Dan jangan le bangga bebenor konon x suke feeling attach.. kamu berzina tu pun sbb fitrah manusia akan memerlukan attachment. Admit it yg kamu sebenarnye bukan x suke attach, tp TAKUT dengan tgjwb terhadap komitment. Fobia kisah lalu kateko.

    Kena admit kekurangan diri kau dik.. xde mslh pun. Bile dah admit, perbaiki lah diri.
    Xde teruk mane pun kisah ko.
    Yg teruk dlm citer ni ialah ko x solat n zina. Lain2 pd akak.. alaaahaaiii kecik anak jer..

    Okbai.

  17. The fact yang kau dah confess kat sini really show how weak you are. Luar mmg gah. tapi jiwa kosong.

    tapi tak apa. semua orang ada skeleton hidden in the closet. Kalau aku, aku xkan suruh berubah, sebab keinginan utk berubah datang dari hati kau. kalau aku aku kata aku doakan pun , mesti kau annoying jugak, sbb mesti kau ckp selama ni kau doa ex kau bagi perhatian kat kau, tak dapat apa pun.

    so aku cuma doakan supaya emak kau dikuatkan jiwa,sentiasa dilindungi Allah dan semoga doa2nya didengari Allah..

  18. Awk nk tau sapa yg bodoh lam cite ni..?? AWAK yg Bodoh!!! Knape perlu rosak kn dri sbb seorg pompuan?? Ak plg xpaham dgn org yg bcinta ni.. ble puts cinta, mula lah meroyan sana sini.. nangis bgai nk rak.. nk terjn bngunan bunh diri.. nape mse nk start bcinta dlu xpenh terpk kmgkinan akn puts.. prepare mental tu ckit.. kat dunia ni xsemua indah.. xsemua akn jd spt yg kite nk. Xsalh nk bsedih.. tp jgn lah berlbih.. lelaki yg baik tuk prempuan yg baik, bgtu sblik nyer.. mgkin prempuan tu blm ckup baik tuk awk.. sbb tu, die bkn jodoh awk.. n blh nampk kat situ dye hanye menggunakan awk utk kebaikkan diri.. awk nk ke org cam tu tuk djadikan istri?? Cr ble dye sush, tggal ble dye seng.. just move on.. lupakan pompuan tu.. kmbalikan diri awk yg dulu.. kesian ayh n mak awk yg didik awk dr kecil. Mereka yg ad dgn awk sjak awk knl dunia lg.. bkn pompuan tu.. xberbaloi awk rosakkan diri tuk org yg tak mghargai.. Jodoh hanya DIA yg tahu.. entah jodoh, entah ajal yg smpai dulu.. n satu lg.. psal pompuan yg mak awk kenlkan tu.. ckp jelah awk xsuke, bgtau mak awk tu.. awk xnk kawen lg.. jgn rosakkan org lain sbb dendam awk.. dye xbersalah.. xsemua org jahat.. dan.. xsemua baik.. manusia xsempurna. Last, brubah lah krana Allah, plg tidk pun.. hargai lah ibu bapa awk. Lupakan pompuan tu. Slagi awk xlupakqn dye, slagi awk xmaafkan dye.. sush tuk diri awk berubah.

  19. Simple jer…di bg tau skrg ni perempuan adlh alat jer bg dia….tp apa yg sy nmpk hanya kerana seorang perempuan dia jd rosak….nmpk la perempuan tu lg hebat drp dia yg so call hebat sangat tu..

  20. Arak dadah x amik? Solat x tinggal? Eeh alang2 dh pakai call girl haruk skali la semua. Ko ni dh mcm acah2 nk buat jahat, tp takut2. Benci pmpuan? Benci lah. ada yg melarang ke? Karangan ko mcm gempak je. Tp budak pmpuan annoying sorng pun ko tokleh handle. Mende? Ex ko dh bahagia pun dgn bf dia. Walopun pakai keta ehsan mak bapak dia bg. Ko move on lah. Jadah ape dok stalk ex gf lg.

  21. Rasanya dulu penah baca confession kt sini yg lebih kurang mcm ni tp lain dr segi the whole situation.

    Anyway, aku pun ada perasaan benci kt laki. Tp tak pernah la aku nak buat mcm yg ko buat. Cuma rasa tu mmg ada. Dan penyebab aku bkn mcm ko yg kena tinggal ke apa. It’s another thing la.

    Tp mmg betul. Once you’ve that kind of feeling, mmg susah nk resist rasa nk superiority tu. Boleh faham la knpa ko rasa mcm tu. And it’s kind of depressing jgk kan? Sbb tu ko g jumpa doktor. Sbb ko pun tak selesa duk dlm keadaan cmtu. I dont know how. But one day, ko akan keluar jugak dr belenggu hidup mcm tu. Maybe. Just maybe. One day. Bila ko dh sedia utk let go sume benda yg berlaku and start accepting whatever happened in your life.

    Tp serius aku nak ckp. You’re trapped in your past. Let go of your past and move on. Mmg easy to say. Tp cubalah. Sbb kalau hati kita sendiri takleh nk redha takleh nak terima, tak perlu lah nk harapkan org ketiga utk bantu kita.

    Cuba sikit2 utk let go. Susah setara mana pun, cuba. You’ll get better in time. Cause I’m also doing the same thing. And there are others too. And wish you all the best! May Allah bless.

  22. Allahu…spatutnya awk x prlu buka aib sndri dgn tulis luahan ni,simpankn je,Allah dh usaha jaga aib awk tapi hmmm sndri fhm…kalau rse nk berubah cpt2 berubah, jgn tgguh..rse x mmpu dn nk luah jugak cri la someone yg blh diprcayai..bkn dgn dedahkn aib sndri…btw, mmg perit bila kena tggal tapi apa guna Allah?why not you back to Allah and asked from Him?kdg2 Allah nk bgi rsa peritnya kena tggal sbb Allah nk awk kmbali pada dia…jgn salahkn manusia, back to urself mgkin awk ada buat something yg Allah x suka then He make you dissappointed but trust me…everything that Allah gives to us contain hikmah that we did’nt know…lastly from me, back to Allah and asked His forgiveness sblm trlmbt dn cuba utk buang rse ego, sombong dn bongkak dlm diri krna smua itu adalah sifat syaitan…In Shaa Allah, Allah Maha Pengmpun…sgeralah brtaubat sblm trlmbat

  23. Dear confessor, sebenarnya kau yang paling kesian diantara watak2 dalam cerita kau. They got nothing to lose pun dgn kejayaan kau tidur dgn ramai gadis, kereta n duit kau.
    You should go for treatment k.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *