Aku benci perempuan, aku benci manusia bodoh

Aku banyak baca confession dalam page ni, boleh katakan banyak perempuan yang confess terutama pasal lelaki rosakkan perempuan, jujur aku cakap bila aku baca aku tak rasa apa apa, iya aku tau aku kena rasa benda ni bukan normal ataupun kesian tapi aku langsung tak rasa apa apa. Aku lelaki, umur 25 tahun, masih baru dalam dunia luar sebelum ni pelajar dekat satu universiti local.

Cerita aku mungkin susah nak percaya, tapi terpulang aku tak kisah. Kalau perempuan nak komen apa apa buruk pasal aku pun terpulang, apa yang anda cakap sikit pun tak effect mental aku. Masa lapang aku, masa sunyi aku banyak aku habiskan dengan call girl. Aku sendiri dah tak ingat dengan berapa perempuan aku pernah tidur.

Life aku sekarang memang senang, sebelum aku grad lagi aku dah mula bisnes. Status aku sekarang dikira millionaire, tak percaya muda boleh jadi millionaire? Pergi mampus, orang bodoh memang tak reti nak cari duit, dunia trading luas sampai satu dunia, shipping barang boleh seluruh dunia, nak berbisnes sampai ke Jepun pun boleh tapi kau tak nampak jalan? Macam aku cakap, aku benci manusia bodoh, tapi aku tau ramai yang tau macamna nak trade international ataupun guna internet untuk cari duit. Aku bukan budak MLM atau mana mana skim lingkup bodoh yang tersenarai hitam dekat Bank Negara. Aku buat real business, aku belajar dari zaman university sebelum term dropship atau fbads famous dekat Malaysia dari forum luar.

Aku mula benci perempuan sejak tahun 3 dekat universiti. Girlfriend aku, perempuan yang dah 6 tahun dengan aku, curang, dia ada lelaki lain, umur lagi tua dari aku, dah kerja. Kerja biasa saja, loser yang kereta pun parents bagi dan dah umur 30 lebih pun masih duduk bawah ketiak parents. Aku sayang ex girlfriend aku, masa tu aku bodoh lagi, result pun habis lingkup sebab tekanan, hari hari call tapi ex sibuk call balak baru. Dia tak layan aku, tapi aku tetap cuba pujuk. Tapi setiap kali dia ada masalah dalam pelajaran nak tolong buat report atau apa apa aku la yang dia cari, kos aku dengan dia jauh beza, engineering dengan biologi tapi aku tetap study dan akan tolong dia, sebab apa dia cari aku? Sebab balak dia bodoh apa pun tak reti, nama saja grad universiti tapi bodoh sebab tu umur 30 tapi kerja tempat sama, tak maju. Setiap kali aku tolong ex aku, bila habis kerja dia akan sibuk dengan balak dia balik dia akan buat bodoh dengan aku balik, lama lama aku mula fed up, aku jadi benci perempuan sebab aku rasa perempuan suka pergunakan orang bukan ex aku saja ada lagi yang lain ambil kesempatan pergunakan, soal duit la, kerja la. Aku benci manusia bodoh sebab balak dia bodoh, yang dia tau dota, anime, kereta dan bola. Financial ke apa apa benda berguna semua bodoh. Tolong assignment pun tak boleh.

Kalau korang rasa dia tinggal aku sebab personaliti aku busuk, atau kuat cakap benda bukan bukan, haha silap. Aku dulu tak macamni, aku terima semua orang, aku banyak senyum. Kalau orang tak faham apa apa aku explain baik baik, bodoh pun dikira perkataan berat. Aku dari family yang well educated dan jaga agama, bukan tahap warak tapi sangat jaga terutama pergaulan. Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.

Aku dulu sangat benci lelaki yang suka mainkan perempuan, bagi aku dulu, perempuan kita pilih biar niat nak nikah, bina family yang stabil, anak anak yang dididik elok. Tapi itu dulu la. Masa tu pulun aku buat macam macam nak cari duit konon nak nikah lepas grad build happy family hahaha. Antara kerja aku pernah buat, ghost writing, untuk blog luar sebab bayaran dalam USD, sebab tu aku boleh tulis confession panjang. Duit nak kawin tu yang jadi modal kepada apa yang aku ada sekarang lepas angan angan nak kawin lingkup. Sekarang ni aku benci perempuan. Mesti perempuan akan cakap mak aku bukan perempuan? Hahaha mudah, semua benda ada yang terkecuali dalam dunia ni, ini apa yang aku rasa so suka hati aku la.

Aku benci perempuan tapi aku selalu tidur dengan perempuan? Bagi aku, perempuan tak lebih dari sekadar alat. Aku tak pandang perempuan dengan apa apa perasaan, cuma sekadar alat. Kalau tak kenapa orang selalu cakap, lelaki akan gila bila dapat DARJAT, DUIT, PEREMPUAN. Nampak tak, dia letak perempuan sama level dengan reward yang ada, kenapa ramai pakai seksi nak tarik lelaki? Sebab deep down perempuan pun tau dia sekadar reward kepada lelaki. Nak cakap aku ketagihan dengan perempuan tak juga, aku dah tidur dengan ramai call girl, dari banyak bangsa, negara, bahasa tapi kalau aku tengok perempuan lalu lalang perempuan Melayu, tak pula rasa tertarik, atau nak try, lagipun semua call girl yang aku pilih semua lawa, tahap model, tak percaya sila tengok sendiri, Malaysia ni macam bebas saja nak cari call girl, open lagi, relaks saja. Kalau aku rajin aku akan bid virgin girl. Tauke call girl pun dah biasa whatapps aku kalau ada info baru, siap hantar depan apartment aku. Aku duduk sorang, studio apartment, banyak jiran aku Cina dan expat dari negara luar jadi tak ada sapa nak report lagipun sini guarded area, JAIS pun tak boleh masuk. Perempuan yang datang kadang kadang bahasa pun aku tak faham, memang tak komunikasi, tak penting pun. Dia sendiri tau apa kerja dia.

Aku cuma akan order call girl bila dekat rumah aku, kalau balik kampung aku macam biasa saja, tapi selalu tak lama aku kat kampung. Masih lagi sweet character depan parents aku. Aku pilih call girl sebab berbayar jadi takkan ada apa apa attachment lepas tu, aku tak suka ada feeling feeling atau jumpa perempuan yang sama. Apa aku dapat kalau order call girl tapi aku tak ketagih belaian perempuan? Kepuasan mental, bila aku dapat tidur dengan perempuan lawa aku rasa macam nak jerit bagitau ex aku, aku dah tidur dengan ramai perempuan lagi beratus kali lagi lawa dari dia dan aku beratus kali lagi kaya dari balak dia yang looser tu. Kalau aku tengok fb dia aku mesti akan cakap dalam kepala aku, aku dah dapat ramai perempuan lawa dari kau, plus aku hundreds times better dari balak kau. Balak kau drive kereta sedangkan masa kat universiti aku motor buruk pun atas nama parents? Sekarang aku drive kereta yang lagi best dari balak kau yang dapat kereta free dari mak ayah even umur dah 30 lebih dan bila masa saja aku boleh tukar kereta macam aku tukar perempuan. Lawak bila aku jumpa lelaki bodoh yang sibuk cerita bab kereta tapi pakai kereta myvi second hasil derma mak, aku tak minat kereta tapi boleh tukar mana mana kereta aku suka dan tak payah merayu dekat bank sekalipun, aku takda apa apa attachment dengan bank.

Selain dari perangai aku kat atas, yang lain masih normal. Aku masih macam orang Islam lain, aku tak minum, drug atau rokok. Aku pernah jumpa jumpa doktor tapi aku memang takda apa apa mental disorder, clean, cuma ada strong superiority complex, keadaan yang buat aku rasa aku better dari orang lain. Memang betul pun. Aku habis grad bayar cash loan pelajaran, balak ex aku dah umur 30 terkial bayar loan belajar tapi upgrade kereta boleh pula, bodoh. Aku pernah juga cuba lepak dengan geng tabligh, tapi bila dia mula sembang pasal konspirasi, vaksin, cakap tak berasaskan fakta terus aku bangun and cakap, aku tak campur dengan orang bodoh dan aku sangat benci orang bodoh. Jumpa kaunselor pun pernah doktor refer, tapi kaunselor pun hati tisu, baru aku sedarkan dia life dia macam loser dah mata berair, aku taktahu la dia bunuh diri ke tak sebab aku suggestkan dia buat macamtu.

Baru baru ni pula mak aku kecoh nak aku kawin, dia kenalkan anak kawan dia, muda dari aku, mak aku cakap sesuai dengan aku sebab aku nampak muda dari umur aku, aku agak kurus dengan ketinggian sederhana so ramai ingat aku belasan tahun. Masalah utama sekarang, perempuan tu serius annoying gila, mak aku bagi no whatapps aku dekat dia, then dia dok mesej aku nak sembang pasal jodoh la apa la, aku serius nak jerit kat muka dia, suruh dia diam, perangai dia annoying, tapi aku takut dia bagitau mak aku, so aku reply mesej dia pendek dan jarang, normally cakap aku busy kerja ataupun dan tidur semalam tapi dia tetap dok mesej selalu, paling aku meluat dengan pesanan harian dia entah ciplak quote dari fb sapa entah. Nak block pun tak boleh. Rimas aku, belum dikira mak dia lagi, serius aku rimas dengan anak beranak tu.

Confession aku memang penuh hate saja, jadi kalau ada apa apa nak cakap silakan, mana nak tau ada yang boleh cakap something yang buat aku terkesan hahaha. Oh, ex aku nak nikah, duit siap bahagi sama sama dengan balak, dengan aku dulu semua nak aku yang cari. Ramai betul nak nikah sekarang tak kira musim, yang cerai pun ramai, banyak sebab duit, see, duit kuasai dunia sapa ada duit dia ada kelebihan. Feminist mesti meluat gila dengan cara fikiran aku, tapi serius aku tak kisah.

Btw, semalam aku baca confession perempuan yang keluar dengan laki dia kenal kat wechat lepastu kena bawak ke hotel, siap laki tu pinjam duit lagi. Aku suggest kau pergi buat report polis dia paksa kau then peras ugut atau rompak kau. Biar kau pun rasa puas hati, apa pun sebab ni la aku tak suka perempuan yang pick up macamtu saja terutama bila jadi banyak communication nanti ada feeling attach tak kisah mana mana side, lagi teruk kalau pregnant, darah daging sendiri takkan kau boleh biar takpun hantar orphanage pula. Escort girl takda benda, bayar saja, no feeling attach.

– Lutfi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

587 Comments

  1. Dayyum son =.=
    Kinda get what he meant, sakit hati kot being used by other people, sabar je tapi last2 tak dapat apa.
    But that doesn’t mean he should make that as an excuse for what he’s doing right now. Takboleh lah cakap sbb bnda tu je kau marah sgt smpai buat maksiat tak ingat Tuhan.dah nafsu,nafsu lah.mamat ni kalah dgn nafsu,tu je ceritanya.back story pasal ex tu is kinda like an excuse

    • Oh n btw if you’re reading this, just wanna say i’m not judging you.aku pun ada dosa aku sendiri. Semoga Allah ampunkan dosa2 kau n that kau dapat hidayah n dpermudahkan to change for the better

  2. Whatsoever orang cakap kat kau lutfi,satu aja kau kena yakin dan pegang,umur yang Allah masih izinkan kita hidup ni,sebenarnya sebab Dia nak ber peluang kita bertaubat.Tak ada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan hambaNya yg kafir.never lose hope

  3. Bila dh terlalu banyak word bodoh yg aku jumpa, aku pun jd malas nk baca. Sekadar mendoakan, Semoga hidup anda dipayungi kebahagiaan dan rahmat Allah yg maha agung.

  4. Well saya rasa awk yg loser,loser sgt. Awak ni hidup penuh dendam sebab tak boleh terima apa yg ex awak buat. Awak ada penyakit hati. Ego terlalu tinggi. Susah untuk terima kenyataan. Then lastly awak buat benda2 yang bodoh. So sekarang siapa yg orang bodoh? Ex awk terang2 menang Dan bahagia tapi awak? You have everything, duit mewah kereta best tapi awak sunyi. Jiwa kosong then awak hbskan masa buat benda2 bodoh. Tak semua perempuan macam tu.sah2 dia tu bukan jodoh awak, ada yg lebih baik tunggu awak. Apa yg awak buat tu sikit pun tak nampak awak menang dri ex awak. Belajarla terima kenyataan. Buang rasa benci dendam tu awak. Move on. Nampak best ada semua tapi hati tak bahagia. Jiwa kosong. May Allah swt bless you and all of us.

  5. lutfi, ko ni heartbroken.. pernah jugak sekali totally heartbroken so paham sesangat keadaanye.. nak langgar semua benda perasaannya. kau ni bijak pandai dari cerita ko, so kau lebih tau menimbang yang mana baik yg mana buruk.. takyah nasihat dah..

    benda ni ambik masa. hati ko dah kering n keras sesangat dek kerana dosa n dendam.. jadi susah benda lain nak lembutkan hati ko kecuali dengan mengingati mati.

    dalam hidup tak semua yg kite nak kite akan dapat. mcm ko dpt wealth, ko x dpt bahagia.. org yg dapat bahagia plak x dpt wealth cam ko. ko nmpk org tu bodoh.. tapi hakikatnye dia lagi bahagia dari ko.. Allah Maha Adil.

    aku just nak suggest ko tune in kat radio ikim 91.5 lembah kelang petang2 dalam pukul 5.30 camtu hari khamis, ustaz dusuki sentiasa cerita pasal mati. ada masa kau dengarlah.. Allah yg memegang hati ko, dia gak berupaya mengubah hati ko..

    harap ko baca komen ni ngan minda terbuka dan menerima.. risau gak aku baca confession ni dari seorang muslim yang lain n harap kau berubahlah ye, selagi ada nafas tu sempat je lagi.. kekayaan ko tu banyak kegunaannye lagi yg bleh bawak ko ke syurga, kalau kau channelkan ke tempat ke betul.. :)

  6. Sedih. Sebab bg awk, ex tu harga dia tinggi sangat. Sampai awak rosakkan hidup sendiri.. Nak balas, bukan dgn cara mcm tu. Jadilah lebih bahagia. Tulisan awak tak tunjuk awk bahagia. Tp lebih nak tunjuk awak ‘nampak bahagia’.

    Moga ditunjukkan jalan. InsyaAllah

  7. Personally, aku kesian dekat kau. You know why you are being like this? Sebab perempuan tu, ex kau. Dari kau putus, sampai skrg, kau tak leh nak get over dia, takleh nak move on, sbb tu bila kau buat sesuatu, dlm diri kau ade rasa nk tunjuk kat ex kau yg kau lg hebat dr bakal suami dia tu. Tahu ape yg lagi sedih? Bila kau sbnrnya tak sedar yg kau x leh nk move on, masih berharap kat ex kau..sbb tu kau rse dia bodoh, semua org bodoh, sbb kau pikir kau hebat tapi kenapa perempuan tu masih tak nak dekt kau. Move on weh, tinggal benda2 yg kau selalu buat tu. Takkan sebab seorang perempuan yang dh tak kisah pasal kau, kau nak hidup bergelumang dlm dosa? Kat akhirat nanti kau ingat boleh nak tunding jari salahkan ex kau sbb buat kau jd mcm ni? Sorry to say bro, this is your choice. Sempat lagi kalau kau nak bertaubat. Buang semua superior inferiority complex kau tu, jgn ingat diri tu selalu kat atas, sesaat je Allah boleh jatuhkan kau. Jatuh kalau boleh bangun takpe lagi, kalau dah tak boleh2 bangun dah, ape kau nak buat? Kembali lah ke jalan Dia, ikhlaskan hati, throw all of your hatred away. You will be okay, in the future.

  8. Aduh! org lain dah beranak pinak anak ramai, tp ditinggalkan suami sbb suami syok kt perempuan lain… habis tggl sehelai sepinggang bini tu kena cari kerja, nk bg makan n sekolahkan anak2. Kalau nk comparekan ngn kes kau yg ringan ditinggalkan awek nih.. xde ape lah. Org lain blh move on dan ubah hidup ke arah lebih baik, so do you. Xberbaloi lah dosa2 yg kau buat tu dgn perasaan dendam kt ex kau yg x cun, tinggalkan kau, curang and pemalas buat assignment tu.. pikiaq lah. Xberbaloi baqhang.

  9. Satu benda je nak cakap. Kesian. Segala nikmat dah Allah bagi tapi still jiwa kosong disebabkan dendam dan tak puas hati. Payah dah kau ni. Tak kesian kat mak ayah kau ke? Allahu.. Kau bijak jadi moga diberi hidayah sebelum dijemput ajal. Amin.

  10. “Parents aku tegas, mak aku dari zaman aku sekolah asrama pesan macam macam pasal pergaulan, bila dah besar setiap kali pesan jaga pergaulan. Tapi sekarang aku sekadar iyakan nak jaga hati mak, aku anak yang baik kot, perangai ni aku simpan, mana parents aku pernah nampak, dekat mata diorang aku anak lelaki dia yang sopan, baik, berjaya, selalu bagi duit nafkah, solat jaga.”

    Hi bro Lutfi. I never would want to comment on something so sad like this. But you were never like this before. You were raised by your parents longer than you have known your ex. Dont let your ex ruin your life. You have money and family support, go out. Explore the world. Meet new people. Try bungee jumping, skydiving and other activities that you have never tried before. You dont have to be attach to anyone if you dont want to. There are more to life than just sex. You would be surprise. Now, stop looking at your ex’s fb, stop thinking about her cos maybe you guys dont deserve each other. Go out, have fun out there with what the world has to offer! Because you can do it!

  11. Ya allah..kesinnya life dia..sebb perempuan je? Bnyk bnda lagi bnda yang kau boleh buad dalam hidup ni..enjoy your life..ingt allah..thats it. Jodohh allah dh tentukn..insyaallah..try ubah diri anda..forgive and forget seriouss kesian gila..

  12. Lesson learnt for ladies. If u think that guys can easily move on after u break their hearts, then think again.

    He has nobody to share his agony. He keep it to himself and pretend to be strong, but actually he is brittle.

    I feel him too. Being dumped before. Took me years to heal and move on. Deals with emotions for guys is not an easy job.

    Hopefully u can steer ur life to the right path. In Sya Allah.

  13. Ok..akk nk cakap beberapa point je utk awk dik. Nk cari yg baik2 je ttg awk dik. Sbb yg buruk semua u dah confess n semua org dh tahu n semua marah. Akk tak mau marah sbb nanyi sukar nk advice. So Ni point2 positif ttg kau. Selaminya dan kembangkan ia.

    1-Allah bagi kau kecewa dgn perem dulu. Tp DIA rewardkan u sebalik tu nikmat kekayaan sbb kau berusaha gigih kesan dari kekecewaan. Cuba kau tk kecewa, mungkin kau di takuk lama.

    2-Lutfi, lega akk bila kau kecualikan mak kau dalam membenci perempuan. Dari confession kau ni jelas akk nampak apa yg positif dlm diri kau n ikhlas mendoakan kau kembali ke pangkal jalan. Akk pun bertaraf ‘mak’ sbb dah ada anak. Seorang ibu perasaannya berbeza.

    3- Lutfi ada sebut ttg ‘takkan nk biarkan darah daging sendiri’. Dari situ jelas namamu Lutfi menyerlahkan lembutnya hati kau sbg manusia yg bertanggungjawab. So mmg ada chance kau akan berubah ke pangkal jalan.

    4-Akk minta satu perkara shj. Di malam yg sunyi, kau ambil wuduk . Ambil Quran dan buka secara rambang. Baca terjemahan page tersebut dengan penuh tumpuan dan ikhlas . Pastu kalau free la…pm akk apa yg kau jumpa dalam page tu.

    Sekian terima kasih.

  14. Bersederhanalah dlm hidup.
    Hidup jgn terlalu benci orang.
    Aku nampak ada potensi kau nak berubah.
    Cuma kau masih terikat dgn dunia lama.
    Mulakan diri dgn perbetulkan solat.
    Cari kekhusuyukan tu semula.
    In shaa Allah.
    Aku doakan semoga Allah permudahkan urusan kau utk berusaha ke arah yg lebih baik. :)

  15. Kenapa banyak sgt bodoh yang aku baca sampai rasa confessor ni yang bodoh. I tell you laaa bro you sebenarnya tak move on lagi with your ex. Sebab tiap kali pun nak compare u tidur dgn orang yang lg lawa dari your ex.

    Conpare you lagi better dari current bf your ex. Harta banyak but deep down you lonely. You cant accept salah what your ex did to you sampai turn upside down like this.

    Lucky you still have a good family. Dah boleh kot start move on from your ex tu. Start back to Him. Doakan you peroleh ketenangan dlm hidup

  16. Dia ni pon bodoh jgk sbnrnya..
    Tp xnk ngaku..
    Blagak sombong riak smua ad.
    Kata ad didikn agama la.. tp langgan pmpuan. Mcm haramm..
    Bodoh pnya jantan ni.

  17. xde sape boleh jatuhkn hukum dosa pahala kau…klu bnde tu nyata kau buat…kau sedar bnde tu salah…kau pndai la pk nk buat ape…hati2 melangkah lutfi…dunia penuh liku…penuh org bodoh…jgn jd one of them…semoga kita semua masih dilindungi Allah..amin

  18. Kalau kejayaan tak lahir kesyukuran n still berlagak all of that harta totally kau yg usaha cari,itu yg dipanggil istidraj.Part hang blh move on tu,salute Sgt…but please ingat satu je.mati tak kenal usia,kembalilah ke jalan Dia..Allah masih sayang.Jangan sebab dendam,kau lupa siapa paling berkuasa.Jangan sebab dendam,kau rosakkan diri kau..Bayangkan ur parents tahu perkara ni,sanggup kau tgk betapa kecewanya mereka.Masih belum terlambat Bro..Ramai yang akn bantu kau,In shaa Allah

  19. kena gaul dengan orang ramai dan kena buat solat atau buat amalan mendekatkan pada ALLAH sehingga maksimum. dengar ceramah2. sentiasa basah lidah dan hati dengan ingat Allah.

  20. Aku doa semoga kau LUTFI..jumpa cahaya ILAHI..rahmat ALLAH ni luas..sia2 je kau rosakkan diri kau sendiri dgn dosa2 maksiat yg kau banggakan sgt tu..one fine day..aku hrp aku dpt baca lg confession kau kt sini ttg erti REDHA, RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH..aku doa jgk semoga kau dpt guna kebijakan yg ALLAH anugerahkan pd kau pd jln yg betul..aku harap kau berubah.. lapangkan hati kau seluas2nya..kau carilah ALLAH dlm hati kau..kau luah pd ALLAH apa yg yg kau luah kt sini..insyaALLAH..kau akn jumpa jawapan yang kau nak dan sepatutnya kau dpt dr ALLAH..

  21. Dari mula sampai habis confession ni satu je perasaan yg sy boleh rasa. Loneliness. What a poor soul. Behind all those negative things he did/said/thought, is a very sad heart. You need love buddy, you crave for love, you are desperate of love without u even know it. You are critically lack of love, your soul is dying. Your intelligence makes you a diseased person which is a waste because that brilliant brain of yours can help so many people in need, especially in your field of expertise. You need a companion that match that level of intelligence but higher in term of spiritual. For now, i pray for your calmness and peacefulness of heart, to wash away the pain and anger that has been burning for too long, for the heart to be pulled closer to Allah our creator innshaaAllah.. Because you know, Allah is the best healer. Go cry n talk to Him i promise you’ll feel that rush of calmness after that. You dont have to stay strong all the time, you are a human, remember that.

  22. Well said bro !!! Aq rs xlma lg aq pn jd mcm ko cuma skrg aq msih d situasi ko yg dlu iaitu msih gunakn moto buruk mlik parents…..aq rs fkran ko dgn aq 99% sma…..aq bnci pmpn yg suka mmpergunakn aq…..bla ssh bru cari time sng sronok brmnja dgn org lain…..tp sblm aq lpskn dy aq akn pstikn aq lpskn dna aq dlu dkt dy then bru tinggalkn…..muhahahahaa……igt kot aq sorg ja prngai mcm ko…..ssiapa nk kta apa2 kt aq kata lah…..mcm aq kesah…..hahahaha

  23. Aku cume mampu bgth, aku kesian.

    Dlm pada aku doakan Allah s.w.t. lembut kan hati aku sendiri yg degil ni,
    Aku doakan supaya lelaki ni lembut hati jugak.
    Hanya diri engkau sendiri boleh ubah diri engkau, engkau minta lah Allah s.w.t. lembut kan hati engkau sendiri.
    Itu yang aku buat, aku minta Allah s.w.t. lembut kan hati aku sendiri.
    Mudah-mudahan engkau temui bahagia engkau di dunia dan di akhirat.
    Aku dah lama dah stop buat kerja-kerja stalk.
    Lama sangat-sangat dah.
    Jangan sakit kan hati engkau sendiri.
    Move on.

    Aku cadangkan engkau buka lah hati engkau, meet up new people, lepas tu kalau engkau nak stalk senyap2 pun engkau stalk lah orang baru yg engkau minat atau crush yang engkau boleh admire atau adore senyap-senyap.
    Cinta tak semesti nya memiliki.

    Kalau betul pun ade orang yg engkau adore, ko jadikan lah semacam sumber inspirasi untuk engkau lebih bersemangat.
    Sebagai contoh, engkau adore akhlaq Rasullullah s.a.w. , engkau boleh pergi stalk page yang ade semua ayat al-quran atau hadis Rasullullah s.a.w. yg sahih,
    Utk kau gunakan sebagai sumber move on engkau.

    But most of all, hati engkau kene ingat Allah s.w.t.
    Sebab sgt sedih aku rase bile engkau confess engkau solat, tapi solat smpi dah tak rase ape-ape, solat dalam keadaan tak takut Allah s.w.t.
    Rasa kemanisan iman di dalam hati tu, hati yg sentiasa zikir ingat Allah s.w.t. tu yg paling penting.

    Aku doakan supaya Allah s.w.t. lembut kan hati aku, dan jugak hati engkau.
    Mudah-mudahan engkau, aku dan semua orang, bahagia di dunia dan di akhirat, in sha Allah…

  24. Betapa aku setia baca confess hang. Tetiba terdetik nak karang nobel ttg orang yg kritis dlm kehidupannya. Haha
    Banyak komentar yg negatif. Akutaksuka guna pendekatan yg negatif tuk mengubah orang. Jadi, aku rasa kau salah seorang yg hebat, bro. Dan, Tuhan mengurniakan kronologi hidup yg agak rare, unik, ekzotik utk hang- mengemudi kehidupan sendiri. Moga kau bahagia. Peace.

  25. Lol, actually bro, kau yg loser, kau yg bodoh.. kau dah kalah dgn dri sndri wlaupon kau rsa kau bgus kya rya millionaire.. eh, who care kalo akhlak kau klaut. Btw, your ex win. Lol.

  26. Why the hell do you have my name man. :(

    You could be better, but by doing this you’re just the same as the guy you keep mocking.

    Seorang patah kaki kanan, seorang lagi patah kaki kiri, then dua2 rasa dia tak cacat dan sempurna.

    And oh yeah, kau ni lembik sangat apahal sial? Kena reject terus jadi retard macam ni. Aku banyak kali kena reject, tak la jadi retard sangat. Tapi retard gak la.

    Well played.

  27. Actually, the real fact is you’re still a loser. Tak kisah la kaya ka tak, pandai ka bengap, kalau bab cinta pun tak boleh move on apa kes. Baru 1/1000 drpd masalah dunia kot. Tak boleh move on tu xpa la, yang nak lepaskan dengan cara macam tu dah kenapa? Mungkin kau solat tak berjiwa, hati mati. Aku doakan kau berubah bro.

  28. I think u need a serious help. Have u consider new hobbies like travelling or as cliche as it sounds, coming back to basic? To repent? We all stupid thats why we’re human. Only God knows what ur heart needs.

  29. Jgn bongkak roda x slalu atas. Dpt aids bru tau. Awk msih x leh lwn ex awk. Awk kalah. Sbb awk msih ingat dia.
    Bkn org prempuan mcm tu k. Sbb kau x reti nilai org. Patutnya brsyukur kau dpt tauu dia x setia sblum dia jd bini kau. Org lain kena lebih truk lg. Ada yg dh kwin bini curang pn ada. Tp msih blh redha. Msalagnya kau x redha. Selagi kebencian tu ada, kau x move on. Slagi x move on kau lah yg kalah. Kau la bodo.

  30. Saya cuma rasa kesian dekat confessor ni. Kesian sangat.

    Betulla org kata, when a man truly love a woman, she becomes his weakness.

    Btw, tahniah sbb dh dpt pgg duit sendiri since zmn belajar lg. Im 24 yrs old, sesen pun xpernah dpt bg dkt parents.

    Cme blh ckp, klau dpt cite dkt Mak, terus terang, mintak doa restu drpd Mak.Dilembutkn hati anak dia ni..Doa n restu Mak sgt powerrrr :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *